CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

"Saya Lebih Tenang, Farid Minta Saya Solat Kalau Penat Sangat" - Diana Danielle

1-11-2019 12:36 PM| Diterbitkan: Cari-Azza| Dilihat: 13936| Komen: 75|Original author: Shimmer Shine


Foto: IG

"Farid nasihatkan saya dekatkan diri pada Allah."

Selepas gangguan keresahan yang teruk Ogos lalu, pelakon Datin Diana Danielle,28 mendedahkan dirinya kini lebih tenang.

Akhirnya Diana berjaya mengatasi gangguan keresahan yang disebabkan kepenatan melampau itu.

IG

"Sekarang saya lebih sensitif dengan badan. Kalau rasa minda dan mood terganggu, saya akan rehat disebabkan tahu tak okey."


Diana, 28, berkata dia turut bersyukur suaminya Datuk Farid Kamil, 38, banyak membantu dengan kerap menasihatkannya untuk solat setiap kali dia mula merasa hampir terkena serangan itu kembali seperti dipetik Harian Metro.

IG

"Kalau dulu selalu paksa diri untuk terus kerja, tapi sekarang dah pandai tahu perasaan tu, jadi senang untuk atasinya."

"Farid nasihatkan saya untuk selalu minta bantuan daripada Allah sebab Allah saja boleh bagi panduan. Suami kata kalau penat sangat suruh solat."

iG

Pelakon Gol & Gincu Vol 2 itu juga memutuskan untuk tidak mengambil sebarang ubat bagi mengatasi penyakit itu sebaliknya mengubah gaya hidupnya menjadi lebih baik.

"Gangguan keresahan itu dapat daripada diagnosis doktor tapi saya tak mahu ambil ubat disebabkan sedar gaya hidup dah bertukar sejak dua tiga bulan sebelum terkena.

Ig

Menurut Diana, setelah kembali ke gaya hidup sebelum kena iaitu makan banyak dan tidur ikut masa, hanya dalam masa tiga minggu doktor mengesahkan keadaannya jauh lebih baik.

Ogos lalu, Diana berkongsi detik mencemaskan apabila diserang gangguan keresahan menerusi Instagram. Pelakon itu menjelaskan dia berpeluh, mengalami insomnia yang teruk, gelisah dan kehilangan selera makan.

Baguslah, Diana berjaya atasinya. Jadi, artis yang rasa depresi boleh berjumpa doktor terlebih dahulu untuk kepastian dan melakukan langkah sewajarnya ya.- CARI 

1

Bagus
1

Marah

Terkejut
1

Sedih

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (4 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Perawankota 1-11-2019 01:45 PM
Aku salute satu DD ni.. Dia x pernah buruk kan husband dia..
Quote samshik 1-11-2019 02:00 PM
Sabarnya die ngn laki kepam she olls
Quote Sangkar_Emas7 1-11-2019 02:07 PM
DD sama umur laa dgn sangkar rupanya, tp nmpk mcm byk DD kene tempuh. Stay strong DD.

Quote AshkieLa 1-11-2019 02:12 PM
Cantik dia dan baju gambar yg pandang ke atas tu...
Quote sukacactus 1-11-2019 02:17 PM
Betul la kan...kenkadang kita rasa rushed nak buat semua benda, rasa nak tenggelam dgn keje2.
Ada baiknya kita brenti kejap, tarik nafas dalam2
Take things slowly
Tu yg aku janji dgn diri aku masa bday aritu
Jangan rasa terkejan, take your time
Quote doubleA 1-11-2019 02:18 PM
Rupanya dd & fk ni beza 10 tahun ke. Banyak gak tu. Umo 28, dua anak dah dd, chemat tu pun besar dah
Quote tagas 1-11-2019 02:24 PM
so selama nih tak solat ke

carik rete berjimba smpai tak ingat tuhan
Quote kiyudi 1-11-2019 02:39 PM
Rasa tertekan baru solat yea...

tgh2 happy tu x perlu....

Quote Cpkay 1-11-2019 02:46 PM
kiyudi replied at 1-11-2019 02:39 PM
Rasa tertekan baru solat yea...

tgh2 happy tu x perlu....

ayat dd ni mengundang kan ?
Quote matchstick 1-11-2019 03:02 PM
Solat sunat ko yg bila tertekan tu.. Solat wajib ikut waktu

#donehusnuzon
Quote matchstick 1-11-2019 03:03 PM
AshkieLa: Cantik dia dan baju gambar yg pandang ke atas tu...

I pun berkenan baju tu.. Cantik pulak DD pakai
Quote misuke 1-11-2019 03:18 PM
alhamdulillah   
Quote Issandra 1-11-2019 03:40 PM
Cantiknya DD.
Quote jijilaaa 1-11-2019 05:17 PM
untunh ko parid dapat bini baik tak buruk2 kan kau walaupun perangai kau nauzubillah hazab
Quote ezacbee 1-11-2019 05:48 PM
Penyabar btol DD ni
Quote bakingsoda 1-11-2019 06:12 PM
solat bila masuk waktu bukan bila penat #donesetajah
Quote multinicky 1-11-2019 06:16 PM
DD ni cantik n sejenis arura classy... tp tu lah end up dgn farid kepam..tp dh jodoh die..
Quote caprut 1-11-2019 06:23 PM
bakingsoda replied at 1-11-2019 06:12 PM
solat bila masuk waktu bukan bila penat #donesetajah

Kecoh la lu. Org solat x solat pkn nk bahan. Bangang
Quote virgo19 1-11-2019 07:08 PM
farid tu baik nasihatkan diri sendiri dulu, dia yg byk menyusahkan bini sampai anxiety

Lihat semua komen(75)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-12-2024 11:42 PM GMT+8 , Processed in 0.108219 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top