CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

'Merenyam Dengan Janda Anak Satu' - Bini Ugut Frame, Tampal Slip Gaji Terus Tak Jadi Kahwin Dua

4-11-2019 10:25 AM| Diterbitkan: Sang_Pencinta| Dilihat: 8729| Komen: 33|Original author: Sang_Pencinta

Seorang suami tersilap perhitungan apabila menyangkakan isterinya akan memberikan kebenaran untuk berkahwin dua apabila wanita itu bersetuju untuk berjumpa dan berkenalan dengan calon madunya, seorang janda beranak satu, tapi yang terjadi adalah sebaliknya.


Kredit foto: KRT

Menurut perkongsian isteri tersebut di Facebook Kisah Rumah Tangga (KRT) yang mencipta rekod dengan 32K komen dan 29K perkongsian, mereka bersemuka di sebuah restoran mahal yang sengaja dipilihnya apabila suaminya mengutarakan meminta keizinan berkahwin dua.

'Jumpa tiga hari lepas dengan janda itu di restoran mahal, dekat RM200 untuk tiga orang makan rasanya' kata wanita itu lagi.

Menurutnya, suaminya dan wanita itu tersengih-sengih sepanjang awal pertemuan.

'Amboi gatal dan miangnya berdua, bukan main sengih, ingat pertemuan suai-kenal' katanya lagi.


'Jadi selepas makan saya keluarkan geran dan pemilikan rumah, motor, motor semua didaftar atas nama saya, betul ke kamu nak kahwin dengan suami saya' katanya lagi sambil menyuakan slip gaji suami yang berbaki RM800 selepas komitmen bulanan.


Kredit foto: Google (Hiasan)


'Laki aku tak ada harta, tak hidup cuma cinta dan sayang, pampers  anak kau siapa nak beli? Saya pun dapat RM100, RM200 sebulan dari suami, kalau kamu sanggup nafkah RM10 sebulan, kahwinlah' katanya kepada janda tersebut.

'Fikir baik-baik, ini baru pasal zahir, belum batin lagi , kot 2 minit kah tahan, sebulan sekali ja mampu' luah wanita itu lagi.


Kredit foto: Goofle (Hiasan)


Selepas itu wanita itu berlalu pergi dengan keretanya menyebabkan si suami dan janda tersebut terpaksa menaiki Grab pulang.

Keesokan harinya, wanita itu menyatakan si suami meminta maaf dan janda itu juga kata tak sanggup bermadu.

'Aku cakap kat laki, kalau tak sedar lagi, aku frame, tampal slip gaji di ruang tamu, toilet, dapur, profile WhatsApp dan Facebook' katanya lagi.

Ramai netizen yang memuji tindakan wanita tersebut menggagalkan percubaan suaminya untuk pasang satu lagi. 


Kredit foto: FB

Kredit foto: FB

Kredit foto: FB



Semoga rumahtangga kakak itu akan aman damai selepas kejadian tersebut. Persoalannya, benarkah kata orang, ramai suami yang berkahwin dua sebenarnya tidak mampu pun? - CARI 



2

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (2 people)


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Meiizu 4-11-2019 10:27 AM
wowwww bravo.akak memang hebattt
Quote helicornia 4-11-2019 10:38 AM
hahaha marah pun tak guna kita ajar cara halus
Quote haryatie 4-11-2019 11:05 AM
kesudahannya..x jd la kawin ekk
laki org yg miang2 ni biasanya yg mampu pun
n muka pun  x siap
Quote mizruncing 4-11-2019 11:15 AM
hope bukan cerita hassanah. tp laki ni bila kita tak bg pn risau dia tipu plak blkg kita. so if aku jadi akk ni aku mintak cerai je ngn laki tu. rumah, kereta, reta semua dh ade atas nama sendiri. tu pn dpt laki tak sedar diri lagi nk kawen dgn janda. so better angkat kaki jelaa. so lantak jela laki tu nk kawen ngan janda ke ape lps tu. 1 keje plak nk mengingatkan psl laki tu tak mampu. pdhal laki sdri pn blh pikir dh kot dgn gaji ko tinggal bape tu mampu ke nk kawen lg 1. tu semua sbb nafsu je
Quote batmana 4-11-2019 11:16 AM
merepek la
klu nk kwin lebih, mmg pejabat kadi siasat dlu, klu gaji takat tu, mana leh lepas?

igt main2 ke bab nafkah ni.. abis kadi kene tanggung dosa plak.
Quote syadq 4-11-2019 11:33 AM
Mesti hari-hari kena sindir dengan bini sebab tu mencari lain.
Quote Melorqe 4-11-2019 11:41 AM
batmana replied at 4-11-2019 11:16 AM
merepek la
klu nk kwin lebih, mmg pejabat kadi siasat dlu, klu gaji takat tu, mana leh lepas?

ada saja yg lepas dgn tok kadi
tak dpt kawin kat malaysia, diaorang pergi seberang
kalau dah nafsu merenyam tu tak boleh buat apa laa
Quote Kurex 4-11-2019 12:23 PM
senoga cerita ni bukan cerita hasanah
Quote cikkilata 4-11-2019 12:37 PM
batmana: merepek laklu nk kwin lebih, mmg pejabat kadi siasat dlu, klu gaji takat tu, mana leh lepas?igt main2 ke bab nafkah ni.. abis kadi kene tanggung dosa  ...


Ade je kes2 yg terlepas sbb pejabat agama x siasat detail.. kalau dah laki letak dlm form gaji kasar, pastu org pejabat agama tgk lepas je syaratnya so dia luluskan lah.. sbb ade je kes2 org terdekat yg lepas poligami lps laki diorg tipu masa isi borang permohonan...
Quote limans 4-11-2019 12:47 PM
suai kenai tu x tahan...betul org kata yang hebat tetap isteri pertama x boleh tipu ooo
Quote salmon-suki 4-11-2019 01:10 PM
mizruncing: hope bukan cerita hassanah. tp laki ni bila kita tak bg pn risau dia tipu plak blkg kita. so if aku jadi akk ni aku mintak cerai je ngn laki tu. rumah ...

ai setuju dgn sis..laki dh mcm bewak..kita y tanggung..mnyusahkn..lg xsedar diri nk bini baru
Quote NekNgah 4-11-2019 02:01 PM
Entah-entah, niat nak berbini baru sebab nak cari bankers aje.  
Nasib baik dapat tambah duit poket, dapat motor/kereta dengan nama sendiri.
Quote mrs_salvatore 4-11-2019 03:10 PM
batmana replied at 4-11-2019 11:16 AM
merepek la
klu nk kwin lebih, mmg pejabat kadi siasat dlu, klu gaji takat tu, mana leh lepas?

tu kalau kawen kt malaysia, yg kawen kt sempadan tu ko ingat kadi die nk cek ke gaji takat mane? balik malaysia bayar denda rm1k je
Quote missinpiece 4-11-2019 03:56 PM
Padan muka suami x sedar diri. Dapat pulak ipar mertua menangkan anak sendiri lagi la bertambah tak sedar diri
Quote palmolive 4-11-2019 04:00 PM
batmana replied at 4-11-2019 11:16 AM
merepek la
klu nk kwin lebih, mmg pejabat kadi siasat dlu, klu gaji takat tu, mana leh lepas?

kat Perak pernah ada kes hakim luluskan permohonan utk berpoligami..dah kena cekup di SPRM pun

Quote missinpiece 4-11-2019 04:00 PM
Memangla hari2 kena sindir isteri, dah bagi duit belanja rm100-200, kerja rumah xnak sama2 buat, balik kerja terbaring penat macam dia sorg je kerja. Kereta rumah beli atas nama isteri. Lepas tu jadikan alasan isteri sindir masam muka untuk cari lain. Tu tak tanya lagi pendidikan penjagaan anak diambil tahu ke tak
Quote Ratutulip 4-11-2019 04:09 PM
bagus cara dia tu.... bg mkn kenyang2 dl, bg sengeh mgenyam dl then kasi tepek sekali dkt muka laki nya ... bravooooo
Quote Pink_Purple 4-11-2019 04:21 PM
lelaki patut diajar macam ni..

tapi laki akak ni jujur juga la..bagitahu nak tambah cawangan..
ada setengah tu dah tahu xmampu cepat2 p menikah sempadan..balik bayar denda...sah..
masalah berlaku pada yang xmampu,ataupun bapa pompuan no 2 xizin xmau jadi wali, lari p siam..
Quote cmf_premierleag 4-11-2019 04:35 PM
dah sah2 umah keter sume atas nama ko, ko blah je la drpd hidup dgn laki tak guna tu
ni takkkkk...hadap gakkk berlaki (asalkan berlaki konsepnya)
dah serba serbi kau mampu ada harta khueeen, blah je la

Lihat semua komen(33)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-12-2024 02:55 AM GMT+8 , Processed in 0.120875 second(s), 47 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top