CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Terpaksa Batalkan Trip Ke Korea? Ikut Cara Ini Dapatkan Refund Tiket Air Asia Sehingga 100%

4-11-2019 10:48 AM| Diterbitkan: Cari-Amiey| Dilihat: 4734| Komen: 11|Original author: SakuraJo

Pasti ramai yang tidak senang duduk setiap kali syarikat penerbangan tambang rendah Air Asia membuat promosi harga tambang yang 'menggoda poket', betul tak? Ada juga yang membeli tiket setahun lebih awal kerana harga yang ditawarkan kadang kala tidak masuk akal! 



Setelah pelbagai perancangan dilakukan adakalanya kita terpaksa membatalkan hasrat untuk meneruskan percutian tersebut atas sebab-sebab tertentu.

Sudah pasti anda merasa rugi kerana sejumlah wang sudah pun 'dilaburkan' untuk membeli tiket penerbangan dan beranggapan yang duit anda tidak akan dikembalikan oleh syarikat penerbangan tersebut kerana dibeli pada harga promosi.

Masih ramai yang tidak tahu yang kita boleh mendapat kembali wang sehingga 100 peratus daripada Air Asia untuk tiket penerbangan yang telah dibeli untuk beberapa buah negara dengan syarat tertentu. Antaranya adalah tiket penerbangan pergi atau balik dari negara Korea Selatan.


Ya, betul. Anda boleh mendapat kembali wang anda sehingga 100 peratus sekiranya anda berhasrat untuk membatalkan penerbangan anda ke Korea Selatan!

Bagaimana caranya?

Disini kami akan kongsikan cara untuk membatalkan penerbangan dan proses untuk mendapat 'refund' tiket penerbangan tersebut. 

1. Request' untuk 'Refund' melalui AVA Chat

CARI

Prosesnya amat mudah. Anda hanya perlu masuk ke laman sesawang Air Asia dan klik 'AVA Chat' yang terdapat di sebelah kanan bawah laman tersebut. Boleh rujuk gambar di atas. 

2. Klik 'Refund'


Terdapat beberapa pilihan dan anda hanya perlu klik pada 'refund' dan 'new refund process'.

3. Pilih Korea Refund

Anda akan diberi pilihan seterusnya selepas memilih 'New refund process'. Klik pada 'More' dan akan tertera pilihan 'Korea refund'. 
Jumlah wang yang akan dikembalikan tertakluk pada kriteria berikut:

Lebih dari 91 hari (lebih 3 bulan) dari tarikh berlepas -100% tambang tiket 
Antara 61-90 hari (2-3 bulan) sebelum tarikh berlepas - 90 % tambang tiket
Antara 31-60 hari (1-2 bulan) sebelum tarikh berlepas - 80 % tambang tiket
Antara 3 jam sehingga 30 hari (1 bulan) sebelum tarikh berlepas - 70% tambang tiket

*Tambang tiket termasuk dengan 'add on' seperti bagasi dan lain-lain.


4. Ikuti arahan seterusnya dan berikan maklumat yang diperlukan. 
 


Rujuk pada gambar untuk langkah seterusnya. AVA akan meminta beberapa maklumat seperti nombor rujukan tempahan (booking number), nama salah seorang penumpang serta tarikh lahir. Tidak perlu masukkan semua nama penumpang sekiranya anda pergi dalam kumpulan yang ramai. 


5. Pilih cara pembayaran yang diingini. 


Selepas anda memberi maklumat yang diminta, AVA akan meminta untuk anda membuat pilihan bagi cara pembayaran. Samada bayaran dikembalikan ke dalam akaun atau kad yang digunakan semasa membeli tiket ataupun dikreditkan ke dalam akaun Air Asia anda. Penulis lebih gemar memilih untuk refund terus ke kad yang digunakan untuk membeli tiket tersebut. 

6. Dah siap! Simpan nombor rujukan kes (case reference number) yang diberikan. 


Proses refund ini sangat mudah dan hanya memerlukan kurang daripada 10 minit masa anda. Proses untuk wang tersebut masuk ke akaun anda bergantung kepada bank dan kebiasaanya tidak melebihi 14 hari berkerja. Daripada pengalaman penulis sendiri, wang refund tersebut dikembalikan ke akaun penulis dalam masa kurang daripada empat hari!

Sungguh mudah, bukan? Tetapi, suka diingatkan yang ini hanya untuk penerbangan pergi atau balik daripada Korea Selatan sahaja. Semoga bermanfaat! -CARI
3

Bagus
3

Marah
4

Terkejut
5

Sedih
3

Lawak
3

Bosan

Friends Rank (21 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote MsKoreanfanatic 4-11-2019 12:01 PM
kyaaakkk~~~~ infor berguna ni..
kot2 la beli tix awal2 sbb nk tgk cons, tup2 cuti tk lulus or tix tk dpt..
Quote Artemesiaa 4-11-2019 12:16 PM
Destinasi yang selalu high demand kalau ada yang nak cancel pun ramai yang tengah tunggu nak dapatkan tiket untuk kesana sebab tu mungkin mereka ok utk full refund
Quote MariaClara 4-11-2019 12:37 PM
ohhh i seee..ade plan nk pegi bln 3 2020...tak beli tix lagi,....sbb takut tak jadi...tgh tgu result upsr anak hahaha
Quote CARI-MAMS 4-11-2019 06:04 PM
tak sangka blh refund...
Quote uori 5-11-2019 09:10 AM
Jepun tak boleh refund ke?
Quote UMMI_MAI 5-11-2019 10:46 AM
refund termasuk all taxes atau harga tiket + adds on ( seats, meals , insurans ) . Tapi taxes ? kadang kadamg harga tax lagi mahal dari harga tiket
Quote Cari-Amiey 5-11-2019 11:12 AM
UMMI_MAI replied at 5-11-2019 10:46 AM
refund termasuk all taxes atau harga tiket + adds on ( seats, meals , insurans ) . Tapi taxes ? kada ...

Iya, setiap sen yg kita dah bayar dia akan refund termasuk tax dengan semua add on macam luggage, seat etc
Quote Cari-Amiey 5-11-2019 11:15 AM
uori replied at 5-11-2019 09:10 AM
Jepun tak boleh refund ke?

Jepun tak boleh. Unless kalau airasia sndiri yang cancelkan flight tu then airasia akan kreditkan ke dalam akaun airasia dlm bentuk kredit. Tapi let say tak dpt nk fly, kita boleh claim balik airport tax.
Quote ninjago 8-11-2019 02:43 PM
tix ke korea je ke yg boleh refund? other destinations tak leh eh?

penah tersalah beli tix to Da Nang instead of HCM, membazir RM400 camtu je. sbb bila baca policy masa tu dia tak allow for refund kalau tak jadi fly. nyesal tak cuba fight for refund bebetul.
Quote jaja18980 18-11-2019 08:58 PM
Sy nk buat cancelation  pergi dan balik. Pergi turun busan balik naik di seoul. Saya perlu masuk 2 booking no ke?  Atau kena request asing2
Quote moocoww 19-11-2019 01:17 AM
Info yg MENARIK.. TQ TT

Lihat semua komen(11)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-12-2024 01:57 PM GMT+8 , Processed in 0.052540 second(s), 24 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top