CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Terkurung Dlm Lif Kanak-Kanak Trauma

8-10-2013 04:46 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 6673| Komen: 51

Kuala Lumpur: “Saya sangka akan tinggal dalam lif itu selama-lamanya,” kata Muhammad Danish Najmi Radzi, 8, yang terkurung hampir sejam dalam lif sebuah pusat beli-belah di Jalan Chow Kit, di sini, kelmarin.


Berikutan kejadian kira-kira jam 12.30 tengah hari itu, murid tahun dua itu cedera kaki kiri selain trauma apabila lif yang dinaiki bergerak secara tiba-tiba sebaik melangkah masuk dari tingkat enam sebelum lif itu berhenti di tingkat lapan.

Bapa mangsa, Mohd Radzi Mohd Said, 35, berkata ketika kejadian, dia bersama Danish, dua anak dan isterinya sedang menunggu lif untuk ke tingkat tujuh dari tingkat enam.

“Sebaik pintu lif terbuka, anak saya melangkah masuk dulu dan belum sempat saya dan isteri masuk tiba-tiba pintu lif tertutup. Saya kemudian menahan pintu lif itu namun lif terus juga naik. Isteri sempat memegang kaki anak saya itu tetapi melepaskannya apabila lif itu terus bergerak naik,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Putrajaya.

Pasangan berkenaan juga membuat laporan mengenai kejadian itu di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi, di sini, pada hari sama.

Beliau berkata, di dalam lif berkenaan juga terdapat sepasang suami isteri dan seorang anaknya yang menaiki lif berkenaan dari tingkat bawah.

Mohd Radzi berkata, dia bersama keluarga ke pusat beli-belah itu selepas diajak anaknya itu dan sebaik tiba di tingkat enam, dia mendapati tangga bergerak tidak berfungsi menyebabkan mereka mengambil keputusan menggunakan lif untuk ke tingkat tujuh.

“Ketika itu, isteri mendukung bayi perempuan kami yang berusia lapan bulan manakala saya memimpin Danish dan anak lelaki kedua berusia enam tahun serta menolak kereta sorong.

“Kami ambil keputusan menaiki lif. Apabila pintu lif terbuka, Danish masuk terlebih dulu namun tiba-tiba pintu lif hampir tertutup.

“Isteri saya terpaksa menahan pintu lif berkenaan daripada tertutup kerana bimbang Danish tersepit. Bagaimanapun, lif itu terus bergerak naik walaupun pintu lif sudah terbuka semula,” katanya.

Lebih menakutkan, Danish hampir tersepit apabila lif itu bergerak naik ke tingkat tujuh, namun dalam keadaan panik itu, sepasang suami isteri yang berada dalam lif berkenaan sempat menarik tangan dan menyelamatkannya.

Radzi berkata, lebih membimbangkannya apabila lif itu berhenti di tingkat lapan menyebabkan dia terpaksa mencari pihak pengurusan bagi meminta bantuan.

Katanya, walaupun kejadian itu sudah dimaklumkan kepada pihak pengurusan, namun mereka terpaksa menunggu bantuan tiba hampir sejam.

“Bimbang keselamatan anak, saya mengambil keputusan menghubungi bomba dan beberapa minit kemudian barulah pihak penyelenggara tiba membuka lif itu. Sebaik Danish berjaya dikeluarkan, dia segera dihantar ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk mendapatkan rawatan,” katanya.

Kaki kiri Danish lebam selain seluarnya terkoyak.

Menurutnya, mereka sekeluarga akan mendapatkan laporan lengkap perubatan selain nasihat peguam bagi menuntut keadilan berikutan kejadian itu yang dianggap kecuaian pihak pengurusan pusat beli- belah berkenaan.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Dang Wangi Asisten Komisioner Zainuddin Ahmad ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan itu.




2

Bagus
2

Marah
2

Terkejut

Sedih

Lawak
2

Bosan

Friends Rank (8 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote gaara_X 8-10-2013 08:36 AM
lif yang tidak diselenggara ngan baik...ini laa hasilnya....
Quote nurul_akmar 8-10-2013 08:39 AM
bahaya gila. kalau budak tu tersepit macam mana? kalau budak tu terkurung seorg2 dlm lif mcm ne?
Quote ellZack 8-10-2013 08:42 AM
nasib ada another parents dalam lif tu.. boleh jugak tolong tengok2 kan..
kalau sorang2, haishhhh..
Quote cik.ijaw 8-10-2013 08:42 AM
g saman..ingat nyawa boleh buat ganti ke. biar jd pengajaran
Quote sinceyesterday 8-10-2013 08:49 AM
bgtau la nama shopping complex tu...

Quote namirulmukminin 8-10-2013 08:50 AM
Saman... jangan tak saman.... duit tu... duit...$$$$$..
Quote tapibukanaku 8-10-2013 09:02 AM
sinceyesterday posted on 8-10-2013 08:49 AM
bgtau la nama shopping complex tu...

apa lagi shopping complex kat area situ yg lif selalu buat hal??


Quote cikatilia 8-10-2013 09:05 AM
“Saya sangka akan tinggal dalam lif itu selama-lamanya,” kata Muhammad Danish Najmi Radzi, 8, yang terkurung hampir sejam dalam lif

comel la plak statement adik ni
lif ni entah bila la check kan?
lif opis aku yg dok tiap2 bulan maintain pon boleh OUT OF SERVICE
Quote ibu_haritz 8-10-2013 09:09 AM
cikatilia posted on 8-10-2013 09:05 AM
“Saya sangka akan tinggal dalam lif itu selama-lamanya,” kata Muhammad Danish Najmi Radzi, 8, yang ...

samalah mcm opis aku ni hah...tiap-tiap bln serbis...
bkn tinggi pn smpi tgkt 4 jer..tapi asiklah rosak2..
Quote ell768 8-10-2013 09:11 AM
sila saman...teringat kes kawan laki aku..tersepit kat lift summit usj tu hah..almost putus tgn...tp summit bagus..bayar baik punya suruh tutup mulut jgn bg kecoh...berhati2lah bila naik lift yer semua..expecially yg ada anak2 tu..huhuhuhu
Quote rosasa 8-10-2013 09:12 AM
saman.. duit segera tu
Quote cikatilia 8-10-2013 09:14 AM
ibu_haritz posted on 8-10-2013 09:09 AM
samalah mcm opis aku ni hah...tiap-tiap bln serbis...
bkn tinggi pn smpi tgkt 4 jer..tapi asiklah ...

lift opis aku lagi kelas ko..

ada 1st (ground floor) & 2nd floor aje.


ngada2 kan?
tp tinggi la 1st floor ada warehse
Quote ibu_haritz 8-10-2013 09:21 AM
cikatilia posted on 8-10-2013 09:14 AM
lift opis aku lagi kelas ko..

ada 1st (ground floor) & 2nd floor aje.

lagi gedik lif opis ko ni...
Quote rospinki 8-10-2013 09:24 AM
cikatilia posted on 8-10-2013 09:14 AM
lift opis aku lagi kelas ko..

ada 1st (ground floor) & 2nd floor aje.

Gediknya..2 tengkat pun naik lif ke?? Hehe
Quote mamasaffiya 8-10-2013 09:27 AM
shopping complex apa sampai tingkat 8 kat chow kit tu??
Quote haryatie 8-10-2013 09:27 AM
“Saya sangka akan tinggal dalam lif itu selama-lamanya,” kata Muhammad Danish Najmi Radzi, ...
kesian dia..
nsib baik ada org dlm lif tu..kalau dia sorang2 ntah apa la akn jd..

Quote cikatilia 8-10-2013 09:39 AM
ibu_haritz posted on 8-10-2013 09:21 AM
lagi gedik lif opis ko ni...

kan?? mengada2 sgt...


ada tangga disediakan tapi masing2 (including aku) mengeluh la if lif tu tgh maintenance.. mengah gitu naik tangga.

so bila org tanya..
what floor (kepada recept) aku kdg2 jaga recept jgn jawab.. dont worry, takkan sesat.. ada 1 floor aje kat atas tuh..



Quote cikatilia 8-10-2013 09:40 AM
rospinki posted on 8-10-2013 09:24 AM
Gediknya..2 tengkat pun naik lif ke?? Hehe

of cos.. ramai hadek2 ko
industri fashion gituh..


Quote poyohabis 8-10-2013 09:43 AM
patutnye kalo setingkat tu mak bapak ajar la anak naik tangga jer...setingkat pon nak naik lift...pe pun sian kat anak..tentu lps ni tinggi mn pon bangunan nak naik atau turun sanggup guna tangga jer...

Lihat semua komen(51)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 05:54 AM GMT+8 , Processed in 0.044214 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top