CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Asalnya Luka Kecil Dicakar, Tak Pasal Kena 8 Kali Pembedahan Dan Koma

15-11-2019 09:53 AM| Diterbitkan: bawangkecik| Dilihat: 4264| Komen: 15|Original author: intan

Seorang nenek berumur 65 tahun di Bristol terpaksa menjalani pembedahan sehingga disahkan koma selama 5 hari gara-gara dicakar kucing baka siam kepunyaanya.

Shirley Hair sama sekali tidak menyangka cakaran kucing siam beliau telah membuat nyawanya hampir di hujung tanduk. 

Dia terpaksa menjalani 8 pembedahan dan terpaksa diletakkan dalam keadaan koma selama 5 hari kerana tangannya dijangkiti kuman berbahaya, lapor Dailymail.



Pada mulanya, Shirley berasa mual, tidak lalu makan, berasa bingung dan sakit otot pada mulanya sebelum bergegas ke Southmed Hospital Bristol untuk mendapatkan rawatan lanjut setelah luka di tangannya merebak ke bahagian lengan.


Setelah pemeriksaan, doktor mengenal pasti bahawa dia dijangkiti beberapa kuman, serangan septic, kegagalan organ, radang paru-paru serta Necrotizing Fasciitis (NF) iaitu sejenis virus pemakan daging yag menyebabkan tisu badan rosak.




Setelah melalui pelbagai prosedur perubatan, akhirnya doktor terpaksa meletakkan Shirley dalam keadaan koma setelah menghadapi serangan jantung. Setelah hampir 2 bulan di hospital, Shirley akhirnya pulang ke rumah untuk berehat dan kini dalam proses pemulihan. - CARI

1

Bagus
2

Marah
3

Terkejut
2

Sedih
2

Lawak
2

Bosan

Friends Rank (12 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Kurex 15-11-2019 09:57 AM
geli pulak tengok tangan yg ada bintik2 tu
Quote nononcrux 15-11-2019 10:44 AM
orang tua kan cepat je dpt jangkitan.. hmm beringat utk diri sendri
Quote kentel 15-11-2019 11:33 AM
sebab tu kena slalu trim kuku kucing...bukan kuku kita je kena trim...
Quote kucingitam 15-11-2019 12:32 PM
baru je kena gigit kucing semalam...lps kena tu...terasa bisanya..
Quote misc 15-11-2019 12:36 PM
jgn buat memain cakar atau gigit kucing sebab berbisa. kalau luka gigitan tu dlm mmg kena ambil injection kat klinik.
Quote Mfzg89 15-11-2019 12:41 PM
seram gak ni..haritu kena cakau kat belakang ni.. tapi jenis kecing dlm rumah je xpe kot...
Quote kechikchomel 15-11-2019 02:10 PM
macam budak yang mak iolss jaga ni. kena cakar kucing kat kepala. pastu kuku kucing tu tertanggal n melekat kat kepala. doc bagi antibiotik.

Quote fly_in_d_sky 15-11-2019 02:12 PM
kalau kena cakar dengan kucing
sila picit sehingga keluar darah ...
kemudian letak ubat .. antispeptik ke ...

melainkan .. kritikal .. jumpa doktor untuk dapatkan suntikan ...
ni yang saya pernah kena lah ...
Quote manjalara_01 15-11-2019 03:16 PM
fly_in_d_sky replied at 15-11-2019 02:12 PM
kalau kena cakar dengan kucing
sila picit sehingga keluar darah ...
kemudian letak ubat .. antis ...

btul tu sbb takut infection..
rsnye kalau Shirley awal2 letak ubat jumpe Doktor mkn antibiotik..xde la melarat sampai mcm ni..kot

manja pun pernah terkena, sbb luka tu pjg skali kena cakar sampai 3 stroke ..

jumpe Dr jgk akhirnye..


Quote fly_in_d_sky 15-11-2019 03:52 PM
manjalara_01 replied at 15-11-2019 03:16 PM
btul tu sbb takut infection..
rsnye kalau Shirley awal2 letak ubat jumpe Doktor mkn antibiotik..x ...

3 stroke ok lah tu
hadiah

saya kena gigitan cinta ...
berlubang tangan kanan ..
nasib tak berapa dalam ..

Quote renko 15-11-2019 04:35 PM
nanti pencinta kucing baca
mengamuk
kata xde masalah la dengki la apa la
Quote cmf_blingblings 15-11-2019 04:39 PM
tambah bahaya bagi pesakit kencing manis
Quote dua_chzy 15-11-2019 04:41 PM
Sapa kata kucen bersih dari anjing?
Quote Psfzi 15-11-2019 09:17 PM
Tak pasal2 dpt mcm2 sakit
Quote mbhcsf 18-11-2019 11:50 PM
Flesh-eating infection caused by two microbe strains discovered by doctors
Infection found in patient who required quadruple amputation after developing rare condition

ni berkenaan infection

https://www.theguardian.com/scie ... scovered-by-doctors

Lihat semua komen(15)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-12-2024 08:47 AM GMT+8 , Processed in 0.047489 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top