CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

"Stresnya Badan Naik!" - Keluarga Dan Rakan-Rakan Memang Boleh Buat Kita Gemuk!

14-11-2019 12:02 PM| Diterbitkan: akubujang| Dilihat: 3239| Komen: 10|Original author: HakirRahman

Selalu kita dengar orang baru kahwin merungut gemuk sebab isteri pandai masak dan terpaksa makan. Selalu juga terfikir bila keluar dengan kawan-kawan atau keluarga, memang punah diet. Andaian-andaian ini memang wujud, tetapi kajian sains membuktikan ia adalah benar dan memang berlaku. 


Satu kajian dibuat penyelidik dari University of Birmingham mendedahkan kita sebenarnya lebih banyak makan jika bersama keluarga atau kawan-kawan berbanding makan sendiri atau orang asing. 

Kita makan banyak kalau bersama keluarga dan rakan-rakan. Foto: Google


Kajian mendapati sekiranya kita makan bersama keluarga atau kawan-kawan (orang yang kita suka), kita cenderung makan banyak. Tetapi, jika kita makan sendiri atau orang asing kita selalunya makan dalam kuantiti yang kecil. 

Malah, kita sebenarnya makan lebih banyak antara 29% hingga 48% bila bersama kawan-kawan berbanding makan sendiri. Dan secara purata, 23% lebih kalori jika makan beramai-ramai. 

Selain itu, wanita juga cenderung makan sedikit di hadapan lelaki- sama ada lelaki asing atau kawan lelaki. Dan orang obes makan sedikit di tempat awam kerana takut diejek- 18% lebih sedikit berbanding jumlah biasa. 

Orang gemuk makan banyak bila sendiri. Foto: istockphoto
Banyak faktor menyebabkan tabiat ini wujud, tetapi yang paling utama tentulah kerana makan beramai-ramai lebih seronok. Berborak dan bergelak ketawa sampai lupa terlebih makan, berbanding makan sendirian. 

Makan sensorang tak best! Foto: Google

Jadi, kalau mahu kurus dan sedang berdiet, elakkanlah diri makan bersama keluarga dan rakan-rakan! - CARI 

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih
1

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote noor2 14-11-2019 12:16 PM
Sendiri yang melantak lupa diri. ..orang lain juga yang kita salahkan. .....huh
Quote Kurex 14-11-2019 12:23 PM
macam member aku "salah kau la ni buat aku makan banyak".. ek elehhhh lu..
padahal aku boleh je order air dgn tolo rebus, kau je yg order nasik lemak 3 bungkus..
Quote Artemesiaa 14-11-2019 12:38 PM
Tak ada maknanya sendiri yang berselera nak makan lebih kawan2 pun disalahkan.  
Quote Boomibulat 14-11-2019 12:42 PM
Diri sndiri x pnh salah..
Quote Psfzi 14-11-2019 12:58 PM
Mmg btul pon, kalau berkumpul mesti ada makanan yg sedap2 so mkn pon byk la
Quote shark_eow7 14-11-2019 02:46 PM
mcm ye je kan. makan sorang2 kejap je siap. makan ramai2 lagi byk makanan atas mejaa.
Quote ninjago 15-11-2019 09:59 AM
mmg takleh tahan diri kalau dah kumpul ramai2 borak2 happy2 tangan and mulut pun laju je capai makanan kt depan mata. bagusla yg reti kawal diri n berpijak kt dunia nyata. tu belum kena paksa2 eh tambah lagi, eh amik nie, eh rasa nie..

klu boleh semua gathering cam xnak join dah. hahahaa! lagi2 yg jenis2 potluck or buffet. bahaya bahaya.
Quote juruterra 15-11-2019 10:16 AM
so? mungkin ada benarnya sebab kalau i lunch sorang i nk cepat tapau sandwich atau salad saja tp kalau kawan2 ajak lunch sambil membawang mmg order mcm2 konon nk share hasilnya terlebih makan.

Apa2pun jgn salahkan org kalau awak gemuk, dah tau terlebih makan gi la bakar lemak terlebih tu
Quote azucar 19-11-2019 12:31 PM
diet ikut jenis darah
lagi berkesan dan sihat
sbb bukan semua food sesuai utk smua org
kena hati2 suap makanan ke mulut
Quote keknaih 19-11-2019 03:08 PM
iols pun naik badan tapi tak salahkan kawan. salahkan mulut sendiri yg sentiasa nak menguyah kat ofis

Lihat semua komen(10)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-12-2024 12:27 PM GMT+8 , Processed in 0.135877 second(s), 39 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top