CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

5 Cara Tangani Bos Dari Neraka Sebelum Dapat Kerja Baru!

12-11-2019 11:24 AM| Diterbitkan: akubujang| Dilihat: 9146| Komen: 21|Original author: HakirRahman

Sebagai seorang pekerja, memang kita lali dengan perangai bos yang buat boleh darah naik setiap hari. Tetapi, memandangkan kita bukanlah keturunan kaya yang boleh hidup tanpa gaji, terpaksalah melayan. Paling tidak pun, mengumpat bersama rakan-rakan pejabat sahaja.

Jadi, ini tips daripada laman berita CNBC untuk anda berdepan dengan bos dari neraka sebelum anda dapat kerja baru. Yerlah, kebanyakan kita bukan orang senang yang boleh berhenti kerja notis 24 jam. 

Benci betul dapat bos dari neraka. Foto: Google
1- Bos suka buat pekerja takut dan resah. 


Bos yang suka cari kesalahan dan hukum pekerja, kadang-kadang kesilapan kecil dapat hukuman tak sepadan, memang dibenci umat pekerja. Bos jenis ini sebenarnya tak sedar persekitaran kerja takut hendak buat keputusan sebenarnya tak berapa elok untuk syarikat. Malah, kajian membuktikan ia menghalang proses membuat keputusan yang baik. 

Bagaimana hendak atasi? 

Kenal pasti ketakutan dan kelemahan anda, dan pastikan anda dapat kawal skop kerja anda. Jangan memandai-mandai. Biarkan bos buat semua keputusan sampai dia bosan. 

Fikir gaji sahaja! Foto: Google

2- Bos buat otak penat

Kita akan memang akan penat otak bila bekerja dengan bos dari neraka. Semua tak boleh, semua dia betul dan macam-macam lagi. Penat otak ni sebenarnya boleh kurangkan produktiviti kerja. 

Penawarnya?

Tunggu gaji masuk sahaja, habis waktu kerja jangan buat kerja lagi. Anda pernah dapat bos begini? 

Fikir gaji sahaja. Foto: Google

3- Bos jadikan kerja anda bosan. 

Disebabkan bos perangai dari neraka, kita memang akan bosan dengan kerja kita. Malah, boleh buat kita tak bersemangat nak pergi kerja dan tak peduli dengan hasil kerja. Tapi, nak buat macam mana, bos tak sedar yang dia sebenarnya punca pekerja bosan. 

Apa boleh buat? 

Cari aktiviti luar waktu kerja yang menyeronokkan. Sementara hendak bertukar kerja, pastikan anda sentiasa aktif dengan pelbagai aktiviti luar yang terus membuatkan anda bersemangat. Barulah seronok sikit fikir lepas habis kerja, boleh buat aktiviti lain. 

Bos bosan, kerja pun bosan. Foto: Google

4- Bos kacau waktu tidur

Sesiapa yang bekerja tahu bagaimana bos memang suka kacau waktu luar kerja. Kadang-kadang email atau mesej masuk lepas kerja, buat anda penat dan berjaga sebab nak siapkan kerja. Sebelum anda sampai tahap boleh "tutup handphone selepas kerja" amalkan tabiat ini. 

Apa hendak buat? 

Pastikan anda dapat tidur berkualiti- 10 minit tidur waktu makan tengahari atau tutup telefon kerja waktu hujung minggu. 

Kerja sampai kacau waktu tidur. Foto: Google

5- Bos buat hidup anda sunyi

Disebabkan bos suka bagi kerja banyak, kadang-kadang kita tiada masa bersuka-ria dengan keluarga dan kawan-kawan. Benda ini boleh buat hidup sunyi. 

Cara atasi. 

Pastikan anda ada hubungan baik dengan rakan sekerja. Selalunya, bila bos dari neraka wujud, hubungan dengan rakan sepejabat lebih erat sebab masing-masing perlu meluah perasaan. 

Jaga hubungan dengan rakan sekerja! Foto: Google
Amalkan lima teknik ini sebelum anda dapat pekerjaan baru. Ringkas dan mudah, tak perlu pening kepala. 

Anda ada pengalaman bekerja dengan bos dari neraka begini? Apa anda buat? - CARI 
2

Bagus
1

Marah
2

Terkejut
2

Sedih
1

Lawak
3

Bosan

Friends Rank (11 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote fliphair8 12-11-2019 11:54 AM
tima kasih mod...hakak dah tahap polis report dah dek, tgh planning nak pi Jabatan Perhubungan Perusahaan jek...penat layan directors punya politik berebut kuasa ni sampai babitkan hakak....masalahnya still tak dapat kerja lain walopun actively looking, and to be frank hakak suka kerja hakak but bosses (8 of them) sume hanat lagi nan bodo...
Quote msdummy.2018 12-11-2019 12:04 PM
aku punya problem num 1 & num 2
Quote Psfzi 12-11-2019 12:04 PM
Tq.. tp aku homemaker
Quote ms_silky 12-11-2019 12:31 PM
Me dulu dapat bos yg ape kite buat semuanye salah... sampai bagi pendapat bernas pasal nak improve catalog company pun salah... ketar kaki rase nak bg flying kick..
Quote Artemesiaa 12-11-2019 12:36 PM
Yang pasti tak ramai yang sanggup menunggu lama kalau dapat boss macam tu pasti dengan pantas cuba pergi dari situ
Quote becir 12-11-2019 12:41 PM
fliphair8 replied at 12-11-2019 11:54 AM
tima kasih mod...hakak dah tahap polis report dah dek, tgh planning nak pi Jabatan Perhubungan Perus ...

U keje apa, co sec Kah?
Quote fliphair8 12-11-2019 12:44 PM
becir replied at 12-11-2019 12:41 PM
U keje apa, co sec Kah?

some sort of...
Quote fliphair8 12-11-2019 02:14 PM
hakak nak share skit ler dah alang2 tajuk ni kan....sekarang ni ade kisah power struggle dalam board...yg buat chaos ni 2 ekor, nak jatuhkan this chairman...all of them wanna use me as leverage sebab I hold shareholders contact details....the point is I am under PDA  which bengong2 ni ingat hakak senang2 nak bagi, 2 ekoq ni dah buat staff under duress and fear, kena jerit2..and paling tak best turns the staff against each other, where staff took sides this director v this director...bodo ke idok? workplace jadik hostile...hakak sendiri penah dituduh favoring certain directors dengan menjerit2 accusation dilemparkan...hakak jawab paling dengan nada tegas dan tinggi jugak so monyet tu blah....

recently, i was on one day leave, monyet 2 ekor ni call hakak suh datang opis...dia tanya hakak on leave kenapa? hakak tanya balik, am I not allowed to take leave? he said no, u must come now.. siap gertak2 dan menakutkan hakak....hakak said ok...but terus pi balai polis buat report sebab hakak dah agak akan escalate teruk ni....at the same time hakak forwarded to all directors my leave plan for the year dated a month back approved by chairman and vc.  so another director yg baik ngan hakak forwarded hakak screen shot wasap group directors, their plan to reprimand me....luckily hakak dah buat report polis....they have no ground to reprimand me sebenarnya...tapi yg hakak nak buat sebenarnya to bring the police report to industrial court to lodge complaint....

gitulah kisahnya kalo keje ngan cepet mengong
Quote dak_abu 12-11-2019 03:58 PM
fliphair8 replied at 12-11-2019 11:54 AM
tima kasih mod...hakak dah tahap polis report dah dek, tgh planning nak pi Jabatan Perhubungan Perus ...

Kesian nya, ai harap uols dapat kerja baru sempena 2020 nanti ye.
Quote Joysparta 12-11-2019 04:20 PM
fliphair8 replied at 12-11-2019 02:14 PM
hakak nak share skit ler dah alang2 tajuk ni kan....sekarang ni ade kisah power struggle dalam board ...

saje la tu..nak pressure u..taktik tu..ive been in cepet co jugak..they will buat u sampai satu tahap u sendiri angkat kaki leave the co ok..
so hang in there,,jgn bg dorg make fun n ambil kesemptan atas u..mmg kena lawan if kita dalam path yg betul..reverse psikologi kat dorg balik,,,baru dorg tau kita ni tak boleh dipijak sesuka hati as long u ada kepentingan dalam co tu..dorg takkan berani punya buat apa2...dorg saja psycho u..bg u rasa terancam n stresss..
Quote julielapadite 12-11-2019 06:51 PM
Aku pulak dpt boss yg delegate decision making suruh ktorg buat decision tp anything goes wrong dia main blame game. Pergh senang keja...
Quote fliphair8 13-11-2019 08:32 AM
dak_abu replied at 12-11-2019 03:58 PM
Kesian nya, ai harap uols dapat kerja baru sempena 2020 nanti ye.

Terima kasih....Amin Ya Rabbal Alamin
Quote grizz 13-11-2019 02:35 PM
aku penah dpt bos yg die je btol..smue kne ikot die ckp je..so ikotkn je..aku make sure ade itam putih then bile audit masuk aku highlight benda yg slah tu kt audit..menggelupur die nk jwp..kisah lak aku..
Quote tupaiterbang 23-11-2019 08:55 AM
Kasi santau je boss puaka gini
Quote kaklong_garang 14-5-2020 09:38 AM
sis dulu oer ah ada bos no 1.kalau dia muncul.kitorang gelabah. sekarang takde dah.sebab dah berboskan diri sendiri
Quote Lalacumil 14-5-2020 03:28 PM
iols, 2 3 ngn 4..cm nk resign je ni
Quote Cumikucingku 15-5-2020 06:49 AM
Aku pernah kena dengan majikan sekolah tahfiz penunggang agama...

Aku ngajar bahasa inggeris di sekolah tahfiz tu....

pastu dapat panggilan temuduga keja gov....

aku mintak izin cuti untuk gi..

dia ckp dgn aku kalau aku cuti dia kira berhenti terus...

Boleh bayangkan tak ustaz sekolah tahfiz cuba sekat rezeki orang sampai macam tu?




Quote msamyrazi 15-5-2020 07:18 AM
i setakat nie alhamdulilah dapat boss yang memang  the best lah . cuma nya i ada masalah dengan rakan sekerja yang sejenis dah tua pun bodoh bila buat kerja. lain yang di arahkan , lain yang di buat . contoh : suruh e-mail document , dia pi photocopy document.
Quote Kep1965 17-2-2021 11:44 AM
fliphair8 replied at 12-11-2019 02:14 PM
hakak nak share skit ler dah alang2 tajuk ni kan....sekarang ni ade kisah power struggle dalam board ...

Aku suka citer ni..

Lihat semua komen(21)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-12-2024 12:14 PM GMT+8 , Processed in 0.073488 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top