CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

E-Wallet: Apakah Kelebihannya Dan Patut Tak Download?

15-11-2019 10:19 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 9863| Komen: 32

Pernahkah anda alami situasi di mana duit di dalam dompet anda tidak mencukupi untuk membayar barang-barang yang anda sudah letak di kaunter bayaran? Malah, di saat genting sebegitu, kad kredit atau debit pula tertinggal di rumah? Sambil anda tergopoh gapah mencari penyelesaian, terdengar pula orang di belakang berkata “Kenapa lambat sangat orang depan ni?” Saya fikir ramai yang pernah alami situasi sebegini dan saya faham jika anda ingin sorokkan muka sahaja pada masa itu. Tidak perlu bersusah payah lagi, pernah dengar tentang e-wallet?

Perkhidmatan e-wallet atau dompet digital telah berkembang pesat sejak beberapa tahun yang lepas dengan lebih daripada 40 lesen e-wallet telah dikeluarkan oleh Bank Negara Malaysia. Ianya antara inisiatif bank negara untuk mengubah Malaysia sebagai negara tanpa tunai atau cashless nation menjelang tahun 2020 dengan pembayaran mudah alih.



Kelebihan E-Wallet
Menurut Wikipedia, dompet digital merujuk kepada peranti elektronik atau perkhidmatan dalam talian yang membolehkan seseorang membuat urus niaga secara elektronik. Ini termasuk membeli barangan secara dalam talian melalui komputer atau telefon pintar. Akaun individu juga boleh disambungkan dengan e-wallet tersebut.

E-wallet kini semakin diterima sebagai pilihan pembayaran yang efisien dan telah digunakan secara meluas di serata kedai runcit, kedai makanan & minuman, pasar raya, dan juga vendor-vendor kecil di seluruh Malaysia. Justeru itu, sekiranya anda masih baru dengan e-wallet, saya akan kongsikan 5 kelebihan menggunakan dompet digital.



Jejak Perbelanjaan
Apabila anda membuat sesuatu pembayaran, e-wallet tersebut akan simpan segala rekod perbelanjaan anda di bahagian history. Oleh itu, anda tidak perlu lagi risau untuk mengingati atau tertanya-tanya akan kemana duit anda telah ‘menghilang’ atau berapa banyak anda telah berbelanja dalam seminggu atau sebulan. Semua rekod perbelanjaan anda kini dibuat secara automatik. Senang bukan? Tidak perlu lagi anda membazir kertas dan bersusah-payah menulis rekod setiap kali anda berbelanja.



Kawal Perbelanjaan
Dengan menggunakan e-wallet, anda boleh mengawal perbelanjaan anda dengan menetapkan jumlah amaun tambah nilai mengikut keperluan peribadi. Tidak perlu lagi untuk risau akan berbelanja melebihi had peribadi yang telah ditetapkan. Cara ini sesuai untuk individu yang sering lupa diri apabila berbelanja, terutamanya ketika gaji bulanan baru dikreditkan ke dalam akaun bank.



Peringatan Pembayaran
Sering terlepas akan tarikh pembayaran untuk segala macam langganan bulanan anda? Atau sering dikejar oleh tuan rumah untuk bayar sewa? E-wallet boleh menjadi ‘pembantu peribadi’ anda. Pengguna hanya perlu tetapkan pembayaran secara auto atau auto pay dan e-wallet anda akan tolak bil berkenaan bagi pihak anda. Tetapi bagaimana pula kita nak jejak segala bil yang telah ditolak kalau pilih pembayaran secara auto? Ha, kesemua bil tersebut boleh disemak di bahagian history e-wallet!
 

Nikmati Pelbagai Diskaun
Ya! Jika anda memuat turun dompet digital, pelbagai jenis diskaun menunggu anda. Bukan itu sahaja, tawaran cashback atau balik tunai juga menanti. E-wallet seperti Boost, FavePay, BigPay dan GrabPay sentiasa menawarkan pelbagai cashback dan diskaun menarik yang semestinya akan membuat pengguna mereka tergoda! Inilah yang dikatakan sebagai membeli-belah dengan bijak.


Keselamatan Terjamin
Semasa menggunakan e-wallet, kesemua maklumat akaun peribadi disulitkan kerana nombor akaun bank sebenar anda tidak akan dinyatakan di telefon anda. Selain itu, kata laluan turut diperlukan sekiranya anda ingin melihat atau mengubah maklumat akaun, membuat pembelian atau transaksi ke mana-mana perkhidmatan. Tambahan pula, anda tidak perlu risau akan kehilangan dompet atau terlupa untuk membawa kad anda ketika berada di luar. Top up saja dompet digital dan teruskan pembayaran dengan mudah.

Sebaik sahaja anda mula menggunakan e-wallet, anda tidak perlu lagi dompet anda itu. Hanya perlu bawa smartphone peribadi anda sahaja! Terdapat banyak pilihan e-wallet, yang mana satukah pilihan anda?

Sumber: Jobstore
2

Bagus
4

Marah
2

Terkejut
1

Sedih
4

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (14 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote msdummy.2018 15-11-2019 10:32 AM
satu2nya x best....xsma reader boleh bc ewallet, contoh parking,....even kat tol mines tuh certain lorong still detect touch n go..yg lain2 oke jerrrr
Quote ninjago 15-11-2019 10:37 AM
tu la cakap, touch & go nak upgrade tapi tak menyeluruh. dia maybe tengah nego2 dengan parking co.s, plus hiways, on terms to pasang e-wallet reader kat tempat2 tu.. maybe nak share cost tapi these service providers tak setuju. sbb tu lembab sgt nak upgrade kat semua tempat tu.

pastu at the same time dah push sangat semua org tuk pakai apps dia. ntah pape. padahal e-wallet concept dia tu dh elok sgt, memudahkan semua pengguna sangat dah.


Quote msdummy.2018 15-11-2019 10:58 AM
ninjago replied at 15-11-2019 10:37 AM
tu la cakap, touch & go nak upgrade tapi tak menyeluruh. dia maybe tengah nego2 dengan parking co.s, ...

pas tuh plus pun sibuklah ttp tmbh nilai kat highway....
Quote whadda 15-11-2019 11:06 AM
alahh.. bace benang ni baru teringat lupa nak bayar pakai e wallet kat speedmart tadi
Quote Psfzi 15-11-2019 06:28 PM
Kalau memudahkan apa salahnya
Quote leylapple 19-11-2019 02:41 PM
masalah di msia nie mcm2 e wallet nak kena... kenapa tak pakai hanya 1 e wallet jer...

aku dah ada 3 e wallet... sarawak pay, grab pay dgn boost...

blm lagi e wallet shoppee pay dgn big pay
Quote mohabbatein 21-11-2019 12:09 PM

satu benda aku tak faham kenapa nak ubah negara jadi cashless..
Quote mohabbatein 21-11-2019 12:10 PM
leylapple replied at 19-11-2019 02:41 PM
masalah di msia nie mcm2 e wallet nak kena... kenapa tak pakai hanya 1 e wallet jer...

aku dah ad ...



semua bisnies sis...its about money money


Quote chocolatedechat 26-11-2019 04:11 PM
patut pakai ewallet sebab sekarang orang yang takde access kat kad kredit pun boleh jimat. Aku pakai online banking/debit kad , sekarang pape aku bayar aku kaut poins - poinst tu aku tukar jadi cashback. Sama kelebihan mcm kad kredit tapi takde hutang la..
Quote Artemesiaa 26-11-2019 06:33 PM
mohabbatein replied at 21-11-2019 12:09 PM
satu benda aku tak faham kenapa nak ubah negara jadi cashless..

Pengunaan mesin sepenuhnya jadi tak perlu guna tenaga kerja manusia jimat kos pengurusan buat mereka terutama buat syarikat
Quote renko 26-11-2019 06:42 PM
boost tu dah tak guna
sejak tukar instant cashback kepada sistem coins tu
malas da nak guna
makin sikit jela dapat cashback
Quote agongbaba 26-11-2019 09:45 PM
leylapple replied at 19-11-2019 02:41 PM
masalah di msia nie mcm2 e wallet nak kena... kenapa tak pakai hanya 1 e wallet jer...

aku dah ad ...

Tak pe la, bende masih fresh, last - last nanti orang cari ewallet yg paling best gak... paling byk benefit utk pengguna...contoh nye boost 😁..


Quote chocolatedechat 2-12-2019 10:56 AM
Edited by chocolatedechat at 2-12-2019 10:58 AM
renko replied at 26-11-2019 06:42 PM
boost tu dah tak guna
sejak tukar instant cashback kepada sistem coins tu
malas da nak guna
Sebab dia guna sistem loyalty kan skrg, kira level lagi tinggi, lagi byk laa coins tuu dalam shake.. Pastu kan coins tu boleh redeem ewallet cashback.
Quote ally9970 2-12-2019 12:20 PM
Debit kad yg ada sekarang ni tak boleh pakai ke? I prefer debit card than the e-wallet ni. E-wallet ni mcm kita dh park duit dlm tu dan hanya boleh belanjakan duit tu melalui e-wallet tu, what happen kalau terdesak nak guna cash?
Quote emelia1509 2-12-2019 11:46 PM
I ada boost, tng, grab.
Best uolss.
Dok kutip cashback je.
Tng bulan ni banyak dapat cashback.
So wajib guna dekat speedmart, guardian, shell dan diy.
Quote emelia1509 2-12-2019 11:47 PM
renko replied at 26-11-2019 06:42 PM
boost tu dah tak guna
sejak tukar instant cashback kepada sistem coins tu
malas da nak guna

Boost tu ok je points.
I redeem dalam rm60-90 rewards boost wallet sebulan.
Lago untuk dari shake dedulu.
Quote renko 3-12-2019 04:40 PM
emelia1509 replied at 2-12-2019 11:47 PM
Boost tu ok je points.
I redeem dalam rm60-90 rewards boost wallet sebulan.
Lago untuk dari shak ...

spend byk ok la kot
ntah mls da guna
da uninstall
Quote renko 3-12-2019 04:43 PM
chocolatedechat replied at 2-12-2019 10:56 AM
Sebab dia guna sistem loyalty kan skrg, kira level lagi tinggi, lagi byk laa coins tuu dalam shake.. ...

tah
da xguna
uninstall dah
lambat nk tungu claim coins tu
Quote shadajie 5-12-2019 12:58 PM
renko replied at 26-11-2019 06:42 PM
boost tu dah tak guna
sejak tukar instant cashback kepada sistem coins tu
malas da nak guna

Wlupun dah takde cashback cam dulu, tapi dalam app dia ada yg cashup tuu, aku sllu gak bukak lazada kat situ sbb dia punya diskaun byk.

Lihat semua komen(32)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-12-2024 02:09 PM GMT+8 , Processed in 0.096183 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top