CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

"Bukan Curang, Dah Tak Ada Jodoh" - Hubungan Risteena Dengan Ikhwan Dah Berakhir

27-11-2019 10:34 AM| Diterbitkan: natrahn| Dilihat: 19478| Komen: 48|Original author: Oleh: natrahn

Ramai tertanya-tanya mengenai hubungan Risteena Munim dengan Ikhwan Khairuddin yang sepatutnya berkahwin pada bulan ini. Pelbagai spekulasi timbul, malah ada yang menuduh Risteena curang. 


Rupa-rupanya, hubungan Risteena dan Ikhwan sudah berakhir sejak beberapa bulan lalu. Berdepan pelbagai ujian, pelakon Nur Risteena Munim, 30, mengakui sudah berjuang berhabis-habisan untuk terus mempertahankan cintanya. 



"Tiada siapa perlu disalahkan apabila hubungan kami berakhir dengan perpisahan. Kami tidak ditakdirkan bertemu jodoh. 

"Bukan saya tidak berusaha mempertahankannya, malah Ikhwan tahu bagaimana saya berjuang menjaga perhubungan kami.

"Bagaimanapun, apabila sudah puas berjuang, hubungan itu hanya tinggal sisa dan bagaikan tiada kesudahan. Rasanya, cukuplah setakat itu," ujarnya memetik laporan Berita Harian.


Risteena sekarang dikatakan sedang hangat bercinta dengan jejaka misteri dan sedang melalui fasa bahagia sekarang.



Walaupun Risteena memilih untuk tidak mendedahkan wajah kekasih barunya hingga mencetuskan tanda tanya, ramai juga yang seakan-akan sudah mengetahui siapakah jejaka misteri yang bertakhta di hati Risteena iaitu aktor Isa Khan.



Namun, sehingga kini, walaupun digosipkan bakal berkahwin, Risteena dan Isa belum sedia membuka mulut mengenainya. 

Terdahulu, Isa dan Risteena yang juga seorang pelakon mendapat perhatian ramai selepas kakak kepada Ruhainies itu berkongsi foto dan video seorang lelaki berserta emoji cinta.

Malah, Risteena juga pernah memuat naik foto bersama Isa dan kakak aktor itu, Farali Khan, berserta kapsyen gambar 'keluarga'. - CARI
1

Bagus
1

Marah
1

Terkejut
2

Sedih
3

Lawak
6

Bosan

Friends Rank (14 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • DayangKirana

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote kualibesi 27-11-2019 10:42 AM
tengok lepas ng bf baru nie, makin menyeksi plk
Quote MistrezHermanaz 27-11-2019 10:51 AM
gigih berpeluk sakan, kang x jd kawen br tau
Quote Kurex 27-11-2019 10:54 AM
mesti tak jadi kawen jugak
Quote Mfzg89 27-11-2019 11:04 AM
nangka bungkus sape nak..dahtu rege mengalahkan buah segar..
Quote Meiizu 27-11-2019 11:07 AM
Mfzg89 replied at 27-11-2019 11:04 AM
nangka bungkus sape nak..dahtu rege mengalahkan buah segar..

tapi nanti ada je yg nak
Quote hotmak 27-11-2019 11:11 AM
wow gambar atas tu, pergi umrah sesama ke
Quote aemon 27-11-2019 11:37 AM
boleh la tunjuk makan nasi kandar jugak mcm si kemek buat.
Quote renko 27-11-2019 11:49 AM
tunggu si bangsat ruhainis tu plak
Quote tokenn 27-11-2019 11:51 AM
sian 2 bradik ni..
Quote Bee_hwa 27-11-2019 12:00 PM
Diorang adik beradik dua ni kenape ye..xabis2..
Quote miemiecha 27-11-2019 12:05 PM
AGAINNNN...
famly ni mmg sal jantan je kan
Quote mieymiey 27-11-2019 12:05 PM
Putus beberapa bulan lalu, laaa ni dah counting days dengan si mamat isa ni? Betul ker tak curang?
Quote dewi_rina 27-11-2019 12:05 PM
Badan mcm org dah kawin, dorang ni adik beradik agaknya masa kecik2 sbelum tido mesti baca cerita fairytail
Kisah2 romantik, jumpa lelaki idaman
Dpt bunga, dpt coklat, dpt belon hari2 kan?
Quote NekNgah 27-11-2019 12:06 PM
Semalam keluar cerita adik, hari ni keluar cerita kakak.  Issue sama, boyfriend!!
Quote Rainrein 27-11-2019 12:10 PM
Dua beradik ni ada syer kat cari ke? Selang seli cite dorang je.
Quote slyfynx 27-11-2019 12:26 PM
Haish, birah sgt cite pasal jantan je keluarga nih.

Kalau org tau pun dapat ape, jadi aman ke Malaysia ni.
Harga minyak turun ke?
Quote September14 27-11-2019 12:29 PM
Ensem jgk mamat bkopiah tu
Quote RatuDunia94 27-11-2019 12:42 PM
Bosannnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnn....


Risteena - putus dgn kekasih lama kini sedang rapat dengan Isa Khan?

Ruhainees - Kekasih sanggup suap makan Risteena dalam kereta Ferari

Risteena - Tidak mahu mendedahkan siapa kekasih misterinya?

Ruhainees - Ruhainess marah bila kekasih beli anggur berharga RM148.

Ko rasa apa fungsi dua beradik ni dlm industri kalau pusing2 cerita pasal kisah cinta  dgn kekasih beli anggur bagai???

Xde ke kisah "Ruhainees teruja filem lakonannya mendapat kutipan Box Office" atau "Ruhainees kini sibuk dengan tawaran berlakon dari produksi seberang"..
Quote TerataiMelur02 27-11-2019 12:42 PM
Selagi tak kawin dua beradik ni memang tiap minggu akan ada je bebenang dorang ni.
Cepat2 la kawin oi.. Bukan x mampu pun kan. Ke nak tunjuk2 romantik sbb nak tggu kot2 ada yg sponsor sampai 10juta?

Lihat semua komen(48)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-11-2024 09:12 AM GMT+8 , Processed in 0.042630 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top