CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Antarabangsa Lihat artikel

Unfollow, Private IG - Peminat Takut Kim Heechul Ikut Jejak Kawan Baik, Sulli Dan Goo Hara

26-11-2019 12:24 PM| Diterbitkan: Lilrose| Dilihat: 7452| Komen: 12|Original author: Oleh: LilRose

Dunia hiburan digemparkan dengan berita kematian bintang Korea Goo Hara kurang sebulan selepas Sulli ditemui meninggal dunia. Kedua-dua mereka dilaporkan ditemui meninggal dunia di kediaman masing-masing.



Kredit foto: Imgur

Berikutan itu, ramai artis negara itu berkabung dan meluahkan kesedihan di laman sosial mereka.


Bagaimanapun, peminat KPop kini diselebungi ketakutan apabila ahli kumpulan Super Junior, Kim Heechul meletakkan mod privasi untuk Instagram selain unfollow semua kenalannya di laman itu.


Kredit foto: IG

Menurut Allkpop, Heechul memang rapat dengan Goo Hara dan Sulli. Malah, penyanyi itu dilihat berkabung susulan berita kematian Sulli.

Namun, dia meneruskan aktivitinya seperti biasa tidak lama kemudian.


Kredit foto: Allkpop

Bagaimanapun, selepas berita kematian Goo Hara, Heechul menimbulkan ketakutan peminat apabila dia seolah-olah memutuskan hubungan dengan peminat dan pengikutnya tanpa sebarang pengumuman.

Tidak tahu sama ada ia hanya sementara atau buat selama-lamanya, tetapi jelas peminat bimbang dengan keadaannya terutama selepas kehilangan dua sahabat baik.

Antara komen ditinggalkan warganet;

"Saya harap dia baik-baik saja. Tak dapat bayangkan apa yang sedang dilaluinya sekarang.

"Dah lama saya mengikuti perkembangan Heechul di IG dan saya percaya dia hanya mahu ruang memandangkan dia jarang meluahkan perasaannya di media sosial dan ya, dia tidak pernah membuat sebarang kenyataan berhubung kematian Sulli sebelum ini.

"Saya tak dapat bayangkan betapa hancur luluh hatinya melihat dua rakan baiknya meninggal dunia dalam masa kurang dua bulan. Saya sangat berharap agar dia tabah," antara komen warganet.


Kredit foto: Allkpop

Semoga Heechul tidak melakukan sesuatu yang 'bodoh' seperti mengikut jejak langkah kawan baiknya kerana terlalu mengikut perasaan sedih. - CARI
11

Bagus
14

Marah
12

Terkejut
22

Sedih
12

Lawak
10

Bosan

Friends Rank (81 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Kurex 26-11-2019 01:06 PM
makin menjadi jadi kpop ni
Quote umbut 26-11-2019 01:52 PM
Heechul pun ada depression dulu.. harap  dah ok lah
Quote nazzse 26-11-2019 01:59 PM
heechul ni baik kot, mostly semua rapat dengan dia...tolongla jangan buat kerja gila jgk
Quote RatuDunia94 26-11-2019 02:40 PM
Sisi gelap dibalik kerlipan dunia glamour kpop..
Quote tulanglampai 26-11-2019 04:48 PM
mcm berjangkit kan.. hmmmm
Quote r_innalif 26-11-2019 05:03 PM
Aku suke sgt heechul. Sbb kelakar, laser.. sronok tgok dia dlm variety show tmbh tmbh knowing brothers. Rsnya dia x de la nk buat pelik pelik. Lbh kpd mcm protes pd nitezen kot. Sbb kn kwn dia sulli n goo hara ni kna buli kt socmed byk
Quote mata.kail 26-11-2019 06:20 PM
ensem boy hee chul...
Quote gideoncross 27-11-2019 03:03 AM
Bunuh diri ni bgi dorg bnda biasa je.
Quote misssakura 27-11-2019 09:06 AM
sebelum uols kpop semua nak bunuh diri pergi makan puas2 dulu. uols mesti penat diet sebab nak stay dlm industri kpop tu. jd sebelum mati baik uols makan2 sepuasnya.

pesanan dari manusia yg tengah diet.
Quote royaldanish 27-11-2019 10:20 AM
kesian dengan kehidupan dieorg
kena push dgn management
terikat dgn contract sangat lama
Quote Noraniza_Iblis 27-11-2019 12:32 PM
org korea ni sanjung artis dorg..
mcm raja ye..
mcm semua band2 tu..ibarattt tokti kt Malaysia ni..
karats dorg gigih berabis and too fanatic..
Quote Artemesiaa 27-11-2019 12:51 PM
Kadang ada eloknya tutup kejap dari dengar macam2 pandangan dari netizen yang kadang boleh buat tambah stress

Lihat semua komen(12)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-11-2024 11:53 PM GMT+8 , Processed in 0.105963 second(s), 26 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top