Tumbuh bagai cendawan selepas hujan, namun rupanya banyak lagi kedai minuman bubble tea yang menggunakan bahan tanpa sijil halal. Hal tersebut diakui oleh Ketua Penolong Pengarah Bahagian Pengurusan Halal JAIS, Wan Nahmiah Wan Mohamad Ali yang berkata, kebanyakan bahan yang digunakan tidak mempunyai logo halal.
“Pengguna kebanyakannya terpengaruh dengan persekitaran premis yang bersih, malah ada yang menggunakan tenaga pekerja wanita Islam bertudung bagi mengaburi mata pembeli. “Apabila minuman ‘bubble tea’ itu tular, orang ramai tidak berfikir panjang dan sanggup beratur panjang untuk mendapatkan minuman berkenaan…mereka tidak selidik terlebih dahulu sama ada premis berkenaan mempunyai sijil halal atau sebaliknya,” katanya memetik laporan Harian Metro.
Dalam pada itu, katanya cuma Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) yang menunjukkan keprihatinan untuk berjumpa pemilik premis minuman itu. “MPSJ baru-baru ini mengadakan pertemuan dengan pengusaha premis berhubung pemilikan sijil halal dan juga bertanya sama ada kandungan yang digunakan boleh diminum oleh orang Islam. “Ia adalah inisatif yang patut dipuji kerana saya dimaklumkan MPSJ menyedari terdapat premis menjual minuman bubble tea yang laris di jual di kawasan mereka. “Jadi, MPSJ menjalankan tanggungjawab bukan saja sebagai Pihak Berkuasa Tempatan (PBT), malah mereka turut prihatin dengan situasi orang Islam dengan menggalakkan pengusaha memiliki sijil halal sebelum memohon lesen perniagaan,” katanya. Menurutnya, buat masa ini cuma jenama Tealive, Coolblog dan Chatime sahaja yang mempunyai sijil halal. - CARI
|
famri7 replied at 29-11-2019 06:09 PM
Xda beza pun cyst...gerai melayu tepi jalan cemar busuk pengotor maintain haloliyyah toyyibahhhhh..h ...
Rainrein replied at 29-11-2019 07:36 PM
Tak kisah halal ke x, iols sefamily x penah suka. Korang yang FOMO tu lantok ler.
cmf_almondpecan replied at 29-11-2019 06:39 PM
Kenapa nak kata guna pekerja bertudung untuk "mengaburi" mata pelanggan sedangkan tiada sijil halal ...
famri7 replied at 29-11-2019 06:09 PM
Xda beza pun cyst...gerai melayu tepi jalan cemar busuk pengotor maintain haloliyyah toyyibahhhhh..h ...
sarahmirza replied at 29-11-2019 08:19 PM
FOMO tu apa?
I bukan minat pun bobba ke hapa ni...
famri7 replied at 29-11-2019 06:09 PM
Xda beza pun cyst...gerai melayu tepi jalan cemar busuk pengotor maintain haloliyyah toyyibahhhhh..h ...
famri7 replied at 29-11-2019 06:09 PM
Xda beza pun cyst...gerai melayu tepi jalan cemar busuk pengotor maintain haloliyyah toyyibahhhhh..h ...
ADVERTISEMENT