CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Antarabangsa Lihat artikel

Rogol Dan Sebar Video Seks, Dua Ahli K-Pop Terkenal Dipenjara Sehingga 6 Tahun

2-12-2019 10:15 AM| Diterbitkan: bawangkecik| Dilihat: 12918| Komen: 36|Original author: Oleh: intan

Skandal seks di kalangan artis Korea mungkin agak mengejutkan setelah pelbagai pendedahan demi pendedahan terbongkar dan diketahui umum.

Skandal seks dan rogol yang dihadapi bintang K-Pop dan seorang anggota kumpulan FT Island, Choi Jong-Hoon dan Jun Joon-Young akhirnya mendapat hukuman sewajarnya.



Kumpulan Ft island

Jung joon Young

Joon-young dan Jong-Hoon dijatuhi hukuman penjara lima sehingga enam tahun setelah didapati bersalah merogol secara beramai-ramai yang membabitkan individu lain. 

Lebih mengejutkan, Joon Young didapati menyebarkan video seks tersebut tanpa kerelaan mangsa.


Menurut sumber Allkpop, mereka berdua didakwa atas kesalah merogol pada malam parti di Hongcheon dan Daegopada pada 2016 . 

Segala bukti seperti fail suara dan gambar telah diedarkan dan dimuat naik ke dalam aplikasi sembang (Kakao Talk) yang turut disertai rakan K-Pop lain iaitu Seungri dari kumpulan Bigbang.


Seung ri

Klip video adegan seks itu yang pada awalnya dirakam secara rahsia kemudian diedarkan dan dijadikan bahan jenaka. Dalam pada itu, terdapat juga perbuatan memberi dadah kemudian merogol secara paksa.

Sabitan kes terhadap mereka juga termasuklah perbuatan mengedarkan secara haram klip-klip video mangsa yang lain termasuklah dalam 11 majlis yang berbeza yang dirakam tanpa pengetahun ketika melakukan hubungan seks dengan mangsa.



Ketika dibicarakan, Joon mengakui tindakannya mengedarkan video-video tersebut ,namun mengatakan perbuatan melakukan hubungan seks tersebut adalah atas dasar suka sama suka. Manakala, Choi pula menafikan perbuatan merogol dan mengatakan sekiranya benar dia melakukan perbuatan tersebut, ianya adalah dengan kerelaan mangsa itu sendiri.

Namun, Mahkamah menolak dakwaan tertuduh bahawa seks tersebut diadakan secara suka rela. Mahkamah juga bertindak melindungi identiti mangsa supaya dapat melindungi mangsa daripada serangan peminat fanatik kedua-dua artis tersebut.

Kedua-dua tertuduh juga telah diarahkan untuk menjalani pendidikan rawatan keganasan seksual selama 80 jam. - CARI

Sumber: AllKpop, Reuters, Independent UK
7

Bagus
5

Marah
3

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (15 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote top5complete 2-12-2019 11:17 AM
ada link video tak hehehehe
Quote Artemesiaa 2-12-2019 01:07 PM
Baguslah yang bersalah dah menerima hukuman sewajarnya
Quote thetimes 2-12-2019 01:23 PM
Selayaknya
Quote buragazz 2-12-2019 01:26 PM
Padan muka.. mohon penyokong tegar menangis teresak2 membaca talkin dalam bahasa korea sambil dirakam...
Quote LuvAurora 2-12-2019 01:29 PM
Kesian nk kenakan org..last2 diri sendiri yg kena
Quote MissLana 2-12-2019 02:47 PM
sampai skrg tak sangka Seungri macam tu high class punya bapak ayam
Quote Ina8895 2-12-2019 04:05 PM
Korea busuk tak mandi
Quote Pearlapple 2-12-2019 06:52 PM
Rasakannn..
Mereput la ye dalam penjara nanti..
Quote borrow 3-12-2019 10:43 AM
Ringan ja hukuman. Patut sebat 100 sekali.

Plez la jgn melawak link vid bagai. Ini penganiayaan . Imajin family/anak chuols kena rogol n dirakam. Netizen mintak vid. Lawak kew

Quote nsmy 3-12-2019 09:01 PM
U deserved it...
Quote RatuDunia94 3-12-2019 10:39 PM
Bukan ramai yg rela dirogol bintang2 kpop ni ke?
Quote eyansss 4-12-2019 05:26 AM
  1. Mahkamah juga bertindak melindungi identiti mangsa supaya dapat melindungi mangsa daripada serangan peminat fanatik kedua-dua artis tersebut.
Copy the Code
panataik memang bodoh tau...  taksub tak bertempat...
Quote RakyatJelata 4-12-2019 05:32 AM
buragazz: Padan muka.. mohon penyokong tegar menangis teresak2 membaca talkin dalam bahasa korea sambil dirakam...


{:laugh{:laugh
Quote noryla 4-12-2019 08:18 AM
fanatic diorg ni mmg menakutkan..
smpi nk reveal bercinta pon takut, kang kne serang
dah serang, diorg make sure putus lak tu
scary gler..
smpi tahap, fan lebih utama dr lain2.. aiyoooo
fan fanatic plak mmg anggap diorg penentu naik turun artis2 yg diorg sokong..


utk yg berdua ni.. hadap la hukuman tu.. dah buat salah kan..
Quote royaldanish 4-12-2019 08:27 PM
mangsa rogol lelaki ke perempuan.. (iols tanya serious)
Quote borrow 5-12-2019 07:41 AM
hmmm ..dh suka rela, bukan rogol namanya .  But if budak umur 10 thn rela pun , tetap dianggap rogol coz akai tak pjg.

Istilah rogol khas utk persetubuhan normal secara paksa. Antara lelaki n gurlz. Victimnya gurlz.


If montot= liwat. So if victim nya Guyz, itu liwat lah.


Kekadang ada guyz dituduh "rogol n liwat" satu gurlz , maknanya gurlz disetubuhi "atas bawah" tanpa kerelaan.

Ai ada tgk satu filem , sorang girl gi klinik. After Dr bg ubat pelali utk cabut gigi , sheols titon bbrp jam. Pas bangun sheols balik tho rasa ada yg tak kena. Then sheols asyik mimpi . Kejadian tu berlaku time sheols sedar tak sedar. So lelama sheols dpt igt balik. Rupanya Dr tu dh rogol.


Oppa kpop ni bukan saja dh rogol , pastu wat bodoh ngan victim. Victim plak tak mampu ckp apa coz deyols pun sedar tak sedar. Di blkg , oppa kpop gi share vid rogol tu ngan kekawan.




Quote MsKoreanfanatic 5-12-2019 04:31 PM
royaldanish replied at 4-12-2019 08:27 PM
mangsa rogol lelaki ke perempuan.. (iols tanya serious)

perempuan~
Quote royaldanish 5-12-2019 05:59 PM
MsKoreanfanatic replied at 5-12-2019 08:31 AM
perempuan~

Gila dieorg ni..
Quote MsKoreanfanatic 6-12-2019 12:27 PM

klau ikut kes dorang ni.. baca chatroom dorang.. mmg psiko abis la~

ada kes mamat JJY ni n girl2 sama2 suka main.. tp si mamat ni memandai2 rakam tanpa pengetahuan si girl2..yg mangsa si girl2 ni sendiri pun tk tau deyols ada dlm lingkungan kena rakam n video tu tersebar dlm chatroom geng2 mamat ni

sebelum kes ni.. mamat JJY ni ada kes lain.. libatkan girlfren dia sendiri masa tu.. tk ingat kes dia rakam video seks ke apa..
semua percaya n backing mati2 mamat ni.. kesian gfren dia dicop gold digger.. last2 bila kuar kes yg video seks ni baru org tau perangai dia camne..

   

Lihat semua komen(36)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-11-2024 11:26 AM GMT+8 , Processed in 0.094560 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top