CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Tragik! Anak Maut Jatuh Dari Lubang Tingkat 5 Di Penampang Sabah

5-12-2019 02:10 PM| Diterbitkan: Sang_Pencinta| Dilihat: 5946| Komen: 31|Original author: Sang_Pencinta

Percutian sebuah keluarga dari Johor ke Sabah sempena cuti persekolahan bertukar menjadi tragik apabila anak bongsu mereka yang berumur setahun tujuh bulan mati dalam keadaan mengerikan apabila terjatuh dari sebuah lubang di tingkat 5 sebuah kompleks membeli belah yang sedang dalam pembinaan.




Kredit foto: Facebook / WOB


Menurut laporan Daily Ekspress, keluarga dari Johor Bahru itu sedang mengunjungi sebuah kompleks membeli-belah di Penampang pada 1 Disember lalu apabila dua orang anak mereka bermain di koridor berdekatan jambatan yang sedang dibina.

Kerana tidak ada sebarang tanda amaran, ibu bapa kedua anak itu membenarkan mereka bermain-main di kawasan tersebut. Malang tidak berbau, anak bungsu mereka tiba-tiba terjatuh melalui sebuah lubang dan mengalami kecederaan parah.


Anak itu dikejarkan ke sebuah hospital berdekatan bagaimanapun disahkan meninggal pada pukul 4.30 petang hari yang sama.

Kejadian itu kemudian menjadi viral dan ramai yang menyalahkan ibu bapa mangsa kerana dikatakan membiarkan anak-anak tersebut bermain di tempat berbahaya.

Kredit foto: FB


Bagaimanapun, Roger Chow, pak cik kepada mangsa tersebut menafikannya. Dalam laporan polis, Roger berkata tidak ada sebarang tanda amaran yang diletakkan oleh pihak pengurusan kompleks membeli belah tersebut menyebabkan pengunjung yang baru pertama kali tidak mengetahui risikonya.

Kredit foto: FB


Kredit foto: FB


Semoga ini menjadi peringatan kepada ibuapa supaya sentiasa memantau anak-anak terutama sekali ketika musim cuti sekolah kerana malang tidak berbau. - CARI 


Bagus
1

Marah
1

Terkejut
1

Sedih
1

Lawak
2

Bosan

Friends Rank (6 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote julielapadite 5-12-2019 02:18 PM
alaaa....


alaaaaaa.....


alaaa tak sukaaaanyaaaaa tengahari ni buat aku nangis. dah la budak tu comel. ok aku tak tengok pun video. tak sanggup. alaaaaa...
Quote tagas 5-12-2019 02:24 PM
saman la apa lagais

chance to get free money
Quote Supersirap 5-12-2019 02:25 PM
saya x boleh tengok video tu, menangis air mata saya baca berita tersebut
Quote rosli_nurizzati 5-12-2019 02:28 PM
tolongla saman pengurusan tmpat tu,... kesian la comel sungguh.. kualiti kerja ke laut, budak jadi mangsa.. jgn blame parents budak tu.. kalau ada warning sign, takdanya org nk lalu situ..
Quote matchstick 5-12-2019 02:33 PM
Mmg boleh saman.. Tp kesian nya baby jatuh tgh happy2 gitu
Quote minguk 5-12-2019 02:36 PM
alaa kesiannya.... sedih  T_T
Quote Pakis 5-12-2019 02:44 PM
Siannyaa.  Anak syurga..
Quote shark_eow7 5-12-2019 02:55 PM
moment terakhir utk seorang ibu tengok anak dia waktu hidup. nasib baik tak tunjuk budak tu jatuh. tapi kalau view tu mmg tak nampak lubang. silalah samannnnn
Quote misuke 5-12-2019 03:14 PM
sedihnya... comel angatttt.. nk happy2 endingnya sedih gitu
Quote diiyanazakaria 5-12-2019 03:18 PM
Cant imagine panik mak dia time anak die jatuh..no amount of money in the world can replace sedih hilg anak{:cryrun
Quote ~boolean 5-12-2019 03:38 PM
bodohnya yang menyalahkan mak nya.
jaak mak dan anak begitu dekat. kawasan luas, anak berlari-lari begitu biasalah.
yang bodoh pemaju yang tak letak tanda amaran.
Quote fliphair8 5-12-2019 04:08 PM
Pada hakak ni mmg salah mgmt....takde tanda amaran...kesian parents..trauma holiday yg tragic
Quote Skuau 5-12-2019 04:41 PM
kecuailan 2 pihak...
Quote sonet18 5-12-2019 05:03 PM
kesiannya
Quote missbigrockstar 5-12-2019 06:06 PM
Alah sedihnya adik comel
Quote diss69 5-12-2019 06:23 PM
Sedihnya.. Tngh mood gembira bercuti,..
Quote Carcosa 5-12-2019 08:56 PM
Ya Allah....
Tak boleh bayangkan betapa ralat nya mak dia.....
Berapa tapak je di blkg... AdoilaaA...
Tak kuat nk tgk video tu...
Quote CatMiow 5-12-2019 09:09 PM
Walaupun dapat pampasan,  tapi tak akan sama rasanya semasa anak masih ada...

Quote MissVixen 5-12-2019 09:34 PM
Setannya management ambik mudah hal keselamatan. Semoga kena saman sampai muflis. Yang kena ni cina, memang semangat waja, sampai ke lubang cacing diorang nak saman tempat ni. Cuai sangat.

Lihat semua komen(31)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-11-2024 08:30 PM GMT+8 , Processed in 0.063886 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top