Anak Datuk Farid Kamil dan Datin Diana Danielle, Muhammad, 7 dah jadi pelakon filem. Nantikan kemunculannya dalam filem Remp-it 2 yang bakal ditayangkan nanti.
Farid yang juga penerbit, pengarah dan pelakon filem tersebut berkata, dia menghantar Muhammad ke kelas lakonan Dr Norzizi Zulkifli.
Muhammad akan muncul dalam beberapa babak namun Farid enggan berkongsi watak apa yang dibawanya. "Kemunculannya dalam skrin umpama magis. Walaupun anak sendiri, saya menganggap dia sebagai pendatang baru. Alhamdulillah, tak banyak 'take' sepanjang proses penggambaran. “Cabarannya adalah apabila ada penggambaran yang berlangsung lewat malam kerana selepas jam 12 malam, dia mula mengantuk dan sebagainya," katanya kepada Harian Metro.
Keputusan membernarkan Muhammad berlakon mendapat persetujuan dari Diana sendiri. "Saya dapat melihat minat dia terhadap lakonan terutamanya ketika saya menjalani latihan bermotosikal untuk menjayakan watak saya dalam filem ini," tambahnya. Tak sabar nak tengok Muhammad berlakon. Kecil-kecil lagi memang dah nampak aura heronya. -CARI
Dapatkan lebih banyak info terkini di Channel Rasmi Cari Dot My
|