CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Jabatan Kerajaan Melaka Timbang Guna Kereta Elektrik!

15-10-2013 05:25 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 3959| Komen: 13


IDRIS (tiga dari kiri) diberi penerangan oleh Reza (tiga dari kanan) mengenai komponen enjin kereta elektrik jenis Renault pada majlis pelancaran Stesen Pengecas Kereta Elektrik di Banda Hilir, Melaka kelmarin.

MELAKA, 15 Oktober - Jabatan dan agensi kerajaan di negeri itu disaran menggunakan kereta elektrik sebagai kenderaan rasmi sebagai usaha menyokong hasrat kerajaan negeri ke arah mencapai negeri bandar teknologi hijau.

Ketua Menteri, Datuk Seri Idris Haron berkata, pada peringkat permulaan ini, beliau ingin mencadangkan mana-mana jabatan yang ingin menambah kenderaan rasmi supaya menimbang untuk menggunakan kereta elektrik.

Menurut beliau, usaha berkenaan adalah langkah awal dalam membudayakan penggunaan teknologi hijau dalam kalangan rakyat memandangkan stesen pengecas kereta berkenaan telah mula dibangunkan secara berperingkat di beberapa lokasi di negeri itu.

"Penggunaan kereta elektrik ini adalah salah satu inisiatif kerajaan negeri bagi membudayakan penggunaan teknologi hijau yang telah diguna pakai di negara-negara maju," katanya kepada pemberita selepas melancarkan Stesen Pengecas Kereta Elektrik pertama di negeri itu di Banda Hilir di sini kelmarin.


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote larikesurga 16-10-2013 09:44 AM
teringat masa kat belanda..kat bawah apartment ada tmpt mengecas kenderaan elektrik..tapi bukan untuk keter la.. macam motor elektrik...
Quote -electrifying- 16-10-2013 10:35 AM
waa nice2, design kete tu cntik x? haha
Quote kecimpret 16-10-2013 10:47 AM
idea yg baik..cuma aku risau satu jer..idea mmg gempaq abis tarap negara maju..bila tang implementation & maintenance jer x bape bagus..cth plg jelas monorel
Quote cmf_Ax 16-10-2013 10:51 AM
tiang monorel dah dipacak sekitar bndr melaka ..

stesen2 perhentian utk river cruise pon dah byk naik ...

hebakk melaka ni
Quote amboimak 16-10-2013 10:56 AM
tahniah melaka..
Quote freebird 16-10-2013 11:00 AM
Lepas ni ramai lah penyangak gomen melaka lambat pergi meeting....
Kereta banyak tersadai .....
Quote boyagombak 16-10-2013 11:29 AM
basikal letrik pun dalam rm 2k boleh dapat. Boya dah test bawak. Bole pergi dalam 40-50km/ph.
Ada gear 1,2 dan 3
Ada lampu depan, signal dan horn.
Ada panel lcd tunjuk battery power, gear dan signal.
battery habes boleh kayuh pakai kaki
Dah macam muto scooter
kalu rumah dekat dalam 5-10 km, bagus utk menjimatkan elektrik sambil exercise.
Kalu jenama yamaha, mau cecah rm3 k lebeh
Quote Juadah 16-10-2013 11:35 AM
boyagombak posted on 16-10-2013 11:29 AM
basikal letrik pun dalam rm 2k boleh dapat. Boya dah test bawak. Bole pergi dalam 40-50km/ph.
Ada g ...

Kat mana jual basikal camner boya. sory la kalu i ketinggalan. macam best pulak dengar kayuh beskal letrik
Quote mziskandar 16-10-2013 11:37 AM
naik beca pun boleh. melaka bukannya besar pun...
Quote boyagombak 16-10-2013 12:01 PM
Juadah posted on 16-10-2013 11:35 AM
Kat mana jual basikal camner boya. sory la kalu i ketinggalan. macam best pulak dengar kayuh beska ...

Juadah dudok maner.
Kat kedai Motor lain lum ada nampak lagi.
Ada satu kedai motorbike dkt Taman Daya, dkt Kepong, berhampiran MRR2 interchange Kepong- KLumpur
Pemilinya nama Robert tapi bukan Robert Kwuok
Ini jenama China
harga dalam rm 2,200, mungkin boleh kurang lagi.
X yah ada lesen dan road tax ler
tang max speed tu, tokey tu cakap boleh pergi dalam 40-50 km/h
Boya test pun x boleh nak maximum pasal pusing2 kat situ banyak keta dan jalan sempit.
tapi laju ler jugak dari duk mengayuh pakai pedal.
Nak test atas jalan highway kena beli ler dulu, nanti test sampai berjam-jam mau kena pelangkung dgn tokey.
Ni sejibik bentuk macam yg boya test, tapi tak tau ler spek tu sama ker tak.
Kalau yang brand Yamaha, dia x der lcd panel dan lebeh kecil dan ringan pulok dalam rm 3k lebeh
Nak charge, boleh ambik bateri dan bawak masuk rumah charge kt dalam rumah.
bateri tu yg dudok bawah kt depan tu.
Spare part barang rosak boleh dapat dari kedai.
Tayar pakai tubeless, x yah selalu tukar tiub kaalu bocor,
kalau bole modified, bole pergi sampai 100km/h, bole bawak g merempit ni

                                                                                                                                                               

  • Model:BL-JZW
  •                                                         Brief Descriptionower: 450WLead acid Battery: 60V12AHController: 9 TubesMax loading: 150kgsRange: 60kmTire: 17-2.25Brake system: F & R drum
  •                                                            Frame Material:                                                                                                                       Steel
  •                                                            Max. Speed:                                                                                                                       30km/h
  •                                                            Power:                                                                                                                       450W


Last edited by boyagombak on 16-10-2013 12:05 PM

Quote Juadah 16-10-2013 12:20 PM
boyagombak posted on 16-10-2013 12:01 PM
Juadah dudok maner.
Kat kedai Motor lain lum ada nampak lagi.
Ada satu kedai motorbike dkt Taman ...

wah..lengkap info u boya. tQ. Nanti i nak cari kedai tu.

I kalu ada bonus terlebih, ingat nak sambar le satu. Buat jln2 sekitar kawasan umah / pi kedai runcit. Skrg ni sikit2 kalu gi kedai bawah tu pun gigih naik keta..huhu...

Tq..tq boya



Quote boyagombak 16-10-2013 12:34 PM
Juadah posted on 16-10-2013 12:20 PM
wah..lengkap info u boya. tQ. Nanti i nak cari kedai tu.

I kalu ada bonus terlebih, ingat nak  ...

ur are welkom
err soklan Boya, Juadah duk kat area mane, x jawab lagitu , ker private confidential.

Quote 2_biji 16-10-2013 12:43 PM
biji harap boleh dpt beli keter letrik
tapi harga brp yer ?
keter jenama tempatan atau.... ?

Lihat semua komen(13)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 11:33 AM GMT+8 , Processed in 0.068216 second(s), 28 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top