CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

"Saya Tak Stock Up Tisu Tandas"- Rakyat Malaysia Kongsi Pengalaman 40 Hari Perintah Berkurung

17-3-2020 12:02 PM| Diterbitkan: rikuren| Dilihat: 8288| Komen: 22

Description: "Saya Tak Stock Up Tisu Tandas"- Rakyat Malaysia Kongsi Pengalaman 40 Hari Perintah Berkurung


Kerajaan Malaysia telah mengeluarkan arahan Perintah Kawalan Pergerakan untuk tempoh 14 hari mulai 18 Mac 2020 sehingga 31 Mac di seluruh negara.

Langkah ini diambil untuk membendung penularan wabak Covid-19 yang berkemungkinan meragut nyawa rakyat negara ini.

Jadi apakah langkah yang perlu diambil bila dikenakan perintah berkurung? Pertama sekali, jangan panik.

Jom baca pengalaman seorang rakyat Malaysia, Juwita Jalil yang telah berada di Chongqing, China sepanjang perintah berkurung selama 40 hari di sana.


Kredit Foto - Facebook Juwita Jalil


Pada yang tak tahu, saya telah berada di Chongqing (CQ), China selama wabak ini bermula sejak penghujung Januari lalu. Seluruh dunia mula memantau negara China dan kini bila keadaan dah reda, kami di China memerhatikan macam mana seluruh dunia panik dengan virus ini. Mungkin saya boleh kongsikan pengalaman bagaimana saya pastikan diri saya selamat.

Kredit Foto : Google - Kata kunci China Lockdown

Pertama sekali, bukan saja Hubei dan Wuhan yang diarahkan perintah berkurung. Ia melibatkan seluruh negara China. Jadi, bila orang dari Hubei dan Wuhan tak boleh tinggalkan bandar dorang, kami di CQ juga tak boleh tinggalkan kawasan tempat tinggal kami. Hanya seorang dari seisi rumah sahaja yang dibenarkan keluar untuk membeli barangan asas, bergantung pada seriusnya keadaan jangkitan kawasan masing-masing setiap 2-3 hari sekali.


Kredit Foto : Google - Kata kunci China Lockdown

Setiap orang akan diperiksa suhu badan mereka apabila memasuki mana-mana bangunan untuk mendapatkan barangan penting masing-masing. Sepanjang perintah berkurung, hanya pasar, pasaraya, farmasi dan klinik-klinik tertentu saja yang dibenarkan beroperasi. Tidak dibenarkan keluar merayau tanpa arah tujuan, lagipun tiada premis perniagaan yang dibuka selain dari yang dinyatakan. Malah anda akan dinasihatkan oleh polis peronda untuk pulang ke rumah.


Kredit Foto : Google - Kata kunci China Lockdown

Perintah berkurung ini telah berlaku selama 40 hari ke atas seluruh China yang melibatkan berbilion-bilion rakyat China hanya duduk di rumah masing-masing.  Walaupun perintah ini adalah arahan dari kerajaan, semua orang di sini rela hati untuk kurungkan diri masing-masing. Tak ada sekolah, tak ada kerja. INILAH SATU-SATUNYA CARA UNTUK HALANG VIRUS NI DARI MEREBAK!

Kredit Foto : Google - Kata kunci China Lockdown
 
Jadi, ini yang saya lakukan apabila memberi barangan keperluan. Saya selalunya akan beli barangan rumah yang boleh tahan selama 1 hingga 2 minggu supaya saya tak perlu selalu keluar. Ini adalah untuk mengurangkan risiko terkena jangkitan. Saya tak stock-up semua benda, lebih-lebih lagi tisu tandas.

  • Topeng muka (siapa tak nak pakai topeng muka boleh kena tangkap)
  • Hand sanitizer dan botol spray kecil yang mengandungi 75% alkohol saya bawa sepanjang masa.
  • Bila saya keluar rumah, kalau saya pegang butang lif atau apa-apa benda lain, saya akan pastikan saya sanitize tangan saya sebelum masuk kereta dan sentuh benda lain.
  • Saya tak sentuh muka lebih-lebih lagi mata, hidung dan mulut bila keluar. Kalau saya perlu gosok mata, saya akan sanitize tangan dan gunakan baju bahagian dalam untuk gosok mata.
  • Habis beli barang. Letakkan barang dalam kereta dan sanitize tangan.
  • Balik rumah, basuh baju dengan air dan sabun, buka topeng muka, buang dan basuh tangan semula!
  • Tukar baju dan terus letakkan dalam mesin basuh dan mandi terus.
  • Nyahbakteria pada barang yang dibeli, packaging dia dan beg plastik atau beg shopping.
  • Nyahbakteria pada kunci kereta, tombol pintu dan handphone.
  • Virus ini perlukan kerjasama semua orang untuk hentikannya dari merebak. 

Juwita juga bertegas agar kita semua sentiasa pakai topeng muka, basuh tangan dengan kerap serta tidak menyentuh muka ( mulut, hidung, mata). Elakkan tempat sesak dan aktiviti sosi@l di luar rumah.

Selain itu, sepanjang tempoh berkurung, beliau hanya menggunakan kaedah pembayaran secara elektronik kerana menggunakan duit kertas ada risikonya. 

Katanya, "Kalau anda masih rasa yang ini hanyalah selesema biasa dan tak ambil langkah berjaga-jaga, ini bermakna andalah sebenarnya ancaman untuk komuniti."

Ayuh rakyat Malaysia. Disiplinkan diri anda dan patuh pada perintah kawalan pergerakan ini agar COVID-19 dapat dibendung di negara kita.- CARI 



6

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih
1

Lawak

Bosan

Friends Rank (7 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote ellejo 17-3-2020 12:18 PM
sebab ko bukan cina or omputeh yg dr lahir basuh berak basuh kencing pakai toilet paper. ko pempuan melayu. jenis manusia basuh pakai air then ambik sehelai dua tisu buat lap bagi kering. satu roll pun boleh tahan dua minggu.
malas ar macam ni.
Quote shernazz 17-3-2020 12:21 PM
Tq atas info
Mmg akak juwita x stock.up tisu tandas sebab basuh pakai air
Hohoo...
Yang lain panik sampai borong tinggi siling..
Iols xdpt bayangkan yang berniaga mcmana
Sebab mmg.btol btol down kan kat sana
Kalau xde simpanan..boleh.nanges woo
Quote umbut 17-3-2020 12:59 PM
ellejo replied at 17-3-2020 12:18 PM
sebab ko bukan cina or omputeh yg dr lahir basuh berak basuh kencing pakai toilet paper. ko pempuan  ...

Dah tu ko pas berak kencing pki tisu je ke... tak bau,selesa ke anu tu.... aku tanya ni...sebab aku pki air
Quote ellejo 17-3-2020 01:09 PM
umbut replied at 17-3-2020 04:59 AM
Dah tu ko pas berak kencing pki tisu je ke... tak bau,selesa ke anu tu.... aku tanya ni...sebab ak ...

ofkos la aku pakai air pastu lap pakai tisu la bagi kering.
kan minah tu tak stock up sebab dia bukan cina yg guna tisu tandas semata2.
Quote KIM.K 17-3-2020 01:20 PM
Tisu tandas bagi org islam tak sepenting tisu dapur
Quote pooh~key 17-3-2020 01:44 PM
Akak tak perlukan tisu dekkkkk.... afdhol akak basuh pakai air zam zam dekkkk.... lebih suci sebegitu... dek!
Quote umbut 17-3-2020 01:49 PM
KIM.K replied at 17-3-2020 01:20 PM
Tisu tandas bagi org islam tak sepenting tisu dapur

Ye.. tisu dapur paling penting.... tisu dapur mesti ada buat lap2.. aku tak suka guna kain lap2.. kotor
Quote MadameOnion 17-3-2020 02:07 PM
umbut replied at 17-3-2020 01:49 PM
Ye.. tisu dapur paling penting.... tisu dapur mesti ada buat lap2.. aku tak suka guna kain lap2..  ...

haha yes...kekadang wet wipes pun iols guna..nak lagi bersih kaedahnya
Quote watie79 17-3-2020 02:24 PM
saja ank tanya jugak, depa puak2 jinjang ni lap ngan tisu jah pas kencing berak tak berlengaih ka, euwwww geli...tobat aku nak salam ngan depa, ntah basuh ke tidak tangan tuh
Quote husna_amal 17-3-2020 02:24 PM
Dengan sikap rakyat Malaysia yang degil ni pasti tak sama situasi macam kat negara China tu.
Quote KIM.K 17-3-2020 02:40 PM
umbut replied at 17-3-2020 01:49 PM
Ye.. tisu dapur paling penting.... tisu dapur mesti ada buat lap2.. aku tak suka guna kain lap2..  ...

Makcik iols pun suka pakai tisu dapur lap minyak atas pinggan..senang kerja dia membasuh
Quote Artemesiaa 17-3-2020 05:36 PM
Bukan di China je yang berebut tisu tandas ni sejak wabak covid-19 melanda kat US dan Europe pun sama je masing2 berebut2 nak beli sampai ada yang bergaduh dan sanggup mencurinya.
Quote vee_zara 17-3-2020 08:39 PM
husna_amal replied at 17-3-2020 02:24 PM
Dengan sikap rakyat Malaysia yang degil ni pasti tak sama situasi macam kat negara China tu.

Org cina takut mati thats y mereka sanggup buat apa saja utk tak mati. Org kita especially malay ni just nak berserah pada Allah saja. Mmg la kita kena berserah tp usaha, tawakal pun perlu juga. Ada ke bodoh nak jugak p solat jemaah kat masjid pastu ckp Allah tu ada. Mmg la allah tu ada tapi kita la kena cegah.
Quote LadyCarefree 17-3-2020 09:48 PM
pooh~key: Akak tak perlukan tisu dekkkkk.... afdhol akak basuh pakai air zam zam dekkkk.... lebih suci sebegitu... dek!


iols guna air yng dh di program dgn bacaan
Quote Nes3in1 17-3-2020 11:50 PM
Melayu selet ke? Spesis baru ni
Quote Ladybird910 18-3-2020 12:37 PM
Harap bank pon blh start sanitize duit2 yang masuk keluar kat bank masing2..tu pon blh jadi punca penyebaran selain petrol pump.buhuhuuuu...
Quote jazaa100 18-3-2020 10:19 PM
pooh~key replied at 17-3-2020 01:44 PM
Akak tak perlukan tisu dekkkkk.... afdhol akak basuh pakai air zam zam dekkkk.... lebih suci sebegit ...

Aku cabar kau cebok guna air zam zam ...
Klu kau berani, kau buat....
Quote pooh~key 18-3-2020 10:46 PM
jazaa100 replied at 18-3-2020 10:19 PM
Aku cabar kau cebok guna air zam zam ...
Klu kau berani, kau buat....

Sis, basuh pakai air yassin pun akak berani, sister oiii.... kau tak perlu bayar akak, sis!
Quote pooh~key 18-3-2020 10:48 PM
LadyCarefree replied at 17-3-2020 09:48 PM
iols guna air yng dh di program dgn bacaan

Bacaan apa tu dek? Bacaan hikayat merong mahawangsa, sis? Akak mode blur sat sis! Kohkohkoh.

Lihat semua komen(22)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-6-2024 06:33 PM GMT+8 , Processed in 0.070496 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top