CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Rumah PR1MA siap dlm masa 30 hari shj!

18-10-2013 05:17 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 12657| Komen: 42

KUALA LUMPUR 16 Okt. - Kebanyakan kita mungkin pernah melihat kilang pemasangan kereta yang sebahagian besar kerja dilakukan oleh robot sebagaimana yang terdapat di kilang pemasangan kereta nasional, Proton.



Bagaimanapun ramai yang tidak sedar industri perumahan di kebanyakan negara, khususnya negara maju telah memasuki fasa tersebut, di mana penggunaan teknologi tinggi dapat menjimatkan masa, kos serta penggunaan tenaga kerja.

Bagi memastikan Malaysia tidak ketinggalan di dalam industri yang berkembang pesat ini, Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA) kini sedang berusaha membawa teknologi dari luar negara termasuk dari Jepun, China, Australia, United Kingdom serta Amerika Syarikat dan disesuaikan dengan keperluan teknologi tempatan.

Rumah yang ingin dibina oleh PR1MA itu adalah berkonsep pasang siap yang mampu dibina dalam tempoh 30 hingga 60 hari tetapi yang lebih penting ia sangat kukuh sehingga mampu menahan gempa bumi.

Rumah tidak lagi dibina di tapak pembinaan, tetapi dibina di dalam kilang dan apabila 90 peratus siap, ia dipindahkan ke tapak untuk menyiapkan 10 peratus lagi kerja pembinaan.

Rumah itu merangkumi jenis banglo sehingga apartmen dan jika mengikut spesifikasi asalnya yang dibina di Jepun, rumah itu mampu menahan gempa sehingga sembilan skala richter dengan anggaran harga antara RM150,000 dan RM300,000.

Ketua Pegawai Eksekutif PR1MA, Datuk Abdul Mutalib Alias berkata, untuk mewujudkan kesedaran masyarakat tentang teknologi terkini itu, syarikat yang dipertanggungjawab membina rumah mampu milik negara itu merancang untuk membina sebuah rumah contoh di Putrajaya supaya orang ramai dapat melihat sendiri bagaimana rumah itu dibina dan terjamin dari segi keselamatan serta kualiti.

"Kesedaran ini penting kerana teknologi pasang siap yang digunakan untuk membina rumah sebelum ini sedikit bermasalah dan ia telah menjadi stigma," katanya dalam satu pertemuan baru-baru ini.

Oleh kerana PR1MA tidak mempunyai tanah di Putrajaya, syarikat berkenaan akan menyewa sekeping tanah untuk menempatkan rumah berkenaan dan dipindah ke tempat lain jika perlu.

Antara syarikat pembinaan rumah terkenal di dunia ialah sebuah syarikat dari Jepun iaitu Sekisui yang mengikut maklumat dari laman webnya telah ditubuhkan pada tahun 1960 dan telah membina dua juta buah rumah.

Syarikat berkenaan juga telah memperluaskan operasinya ke seluruh dunia dan mempunyai 21,000 orang pekerja, termasuk kilang yang terdapat di Bangkok.
Satu lagi syarikat yang mendapat pengiktirafan dunia ialah Kumpulan Broad dari China yang sedang mencipta rekod dunia membina bangunan tertinggi di dunia yang dikenali sebagai Sky City One setinggi 220 tingkat dalam masa tiga bulan.

Syarikat berkenaan sebelum ini telah mengejutkan dunia apabila membina bangunan 30 tingkat dalam masa 15 hari.
Dalam pada itu kata Abdul Mutalib, bagi memastikan pembinaan rumah mampu milik dapat berjalan dengan segera sementara menunggu pembinaan kilang tersebut, PR1MA telah menukar status 30 projek perumahan pemaju swasta iaitu merangkumi 38,757 kepada projek perumahan PR1MA.
PR1MA, katanya, meletakkan sasaran 80,000 buah rumah dibina menjelang akhir tahun ini dengan menggunakan kaedah tersebut.



9

Bagus
3

Marah
2

Terkejut
2

Sedih
6

Lawak
4

Bosan

Friends Rank (26 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote kecimpret 17-10-2013 05:17 PM
selangor dah buat


Selangor Bina 5,000 Unit Rumah Mampu Milik Pasang Siap Dalam Lima Tahun

Gambar Hiasan

Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor (LPHS) mensasarkan untuk membina 5,000 unit rumah mampu milik dalam lima tahun akan datang dengan menggunakan konsep pasang siap Pre-fabricated (IBS).
Ketua Bahagian Perumahan LPHS, Mohamad Hafiz Hassan menjelaskan, untuk permulaan, peruntukkan RM 50 juta akan digunakan sebagai dana pusingan bagi tujuan membangunan projek perintis rumah mampu milik itu.
Projek tersebut dijangka akan dilaksanakan pada pertengahan tahun 2013.
“LPHS diberikan mandat untuk menyelaras projek ini yang dianggarkan menawarkan lebih 250 unit di kawasan Lembah Klang di atas tanah milik Kerajaan Negeri dengan keluasan tiga hingga lima ekar yang sedang dikenalpasti.
“Selanjutnya Kerajaan Negeri bercadang untuk membina sekurang-kurangnya sebanyak 5,000 unit rumah dengan konsep ini dalam tempoh lima tahun sehingga tahun 2017,” katanya dalam satu kenyataan media.
Menurut Mohamad Hafiz, Kerajaan Negeri juga sedang mengkaji insentif khas untuk mengalakkan pemaju swasta menggunakan konsep pre-fabricated IBS.
Insentif tersebut termasuk mengenakan kadar premium tanah yang nominal dan pengecualian sumbangan ‘Improvement Service Fund’ atau dana perkhidmatan penambahbaikan.
Beliau menambah, rumah mampu milik pasang siap ini merupakan penambahan kepada dasar rumah mampu milik yang dijalankan Kerajaan Selangor dan syarikat berkaitan kerajaan negeri.
Sehingga kini, sebanyak 2,151 projek rumah mampu milik telah dimulakan pembinaan.
Dianggarkan sebanyak 10,407 unit rumah lagi akan dibina oleh Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) sehingga tahun 2021.
Sumber: SPN

Quote lizaliza 17-10-2013 05:18 PM
pastu selang 2 bulan keluar pulak kat paper..Rumah Prima runtuh selepas 60 hari
Quote kecimpret 17-10-2013 05:19 PM
Selangor Terajui Konsep Rumah Mampu Milik Pasang Siap

BY AFIX REDZUAN
– MARCH 21, 2013POSTED IN: BADAN BUKAN KERAJAAN (NGO), BARISAN NASIONAL, BERITA, BERITA NASIONAL, DASAR KERAJAAN SELANGOR, FOKUS RAKYAT, INFRASTRUKTUR, INISIATIF KERAJAAN SELANGOR, INTEGRITI,KEBAJIKAN RAKYAT, KECEKAPAN, KERAJAAN SELANGOR, KETELUSAN, MAKLUMBALAS RAKYAT, MENTERI BESAR, MENYELESAIKAN MASALAH RAKYAT, PAKATAN RAKYAT, PELABURAN, PEMBAIKPULIHAN,PENCAPAIAN & PRINSIP TADBIRURUS, PENGAGIHAN ADIL, PENGURUSAN DANA RAKYAT, PERKHIDMATAN KEPADA RAKYAT, PERPADUAN, PERUMAHAN, POLITIK & BERITA NASIONAL, PROGRAM MENTERI BESAR,PROGRAM MERAKYATKAN EKONOMI SELANGOR, SUMBANGAN DANA, TAYANGAN, TERKINI








SUBANG JAYA, 21 MAC : Selangor menjadi negeri pertama di Malaysia yang bakal memajukan konsep perumahan mampu milik pasang siap bagi memenuhi permintaan kediaman terutamanya untuk golongan berpendatapan rendah.
Melalui penggunaan konsep pasang siap atau Pre Fabricated (IBS), kos pembinaan rumah dapat dikurangkan manakala tempoh pembinaan dapat dipendekkan.
Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, berdasarkan pengalaman pemaju, sebuah sekolah mengambil 18 bulan untuk disiapkan melalui cara pembinaan biasa.
Tetapi melalui konsep pasang siap, ianya dapat disiapkan dalam tempoh lima bulan.
Keadaan ini membuktikan sistem ini sangat efektif dan “value for money” (memberi nilai untuk setiap sen yang dibelanjakan) untuk dikembangkan, ujar Abdul Khalid.
“Dari segi kos saya dapati, kalau mereka menggunakan sistem yang dicadangkan ini dapat dikurangkan kepada RM 100 satu kaki persegi.
“Ada juga diantara mereka menyatakan membina sehingga RM 60 satu kaki persegi.
“Saya anggap angka-angka ini sangat value for money,” katanya selepas majlis perasmian ‘New Approaches on Development of Affordable Homes by Using Pre Fabricated (IBS) Concept in Selangor.


Quote nurfariezza 17-10-2013 05:25 PM
lizaliza posted on 17-10-2013 05:18 PM
pastu selang 2 bulan keluar pulak kat paper..Rumah Prima runtuh selepas 60 hari

khen...sblum jd mmg ckp nk hebat je..
bole than la klu ade gmpa bumi..
rse nye xpyh nk tgu gmpa bumi pn...tgu hujan lebat n angin ckit sdah r..
Quote leylapple 17-10-2013 05:26 PM
lizaliza posted on 17-10-2013 05:18 PM
pastu selang 2 bulan keluar pulak kat paper..Rumah Prima runtuh selepas 60 hari

tersedak air aku minum bila baca komen ko nie....

aku tak baca artikel yang panjang2 tu tapi kalo konsep IBS nie mcm lego jer...

tak semudah lepas 60 hari blh runtuh, unless material tu mmg jenis cikai, IBS or bukan IBS dan dibina atas foundation yang tidak tegap
Quote lizaliza 18-10-2013 11:23 AM
leylapple posted on 17-10-2013 05:26 PM
tersedak air aku minum bila baca komen ko nie....

aku tak baca artikel yang panjang2 tu tapi ka ...

Malaysia ni apa pun boleh...
batu satu 10cent pun boleh di clim seribu...

Quote leylapple 18-10-2013 11:27 AM
lizaliza posted on 18-10-2013 11:23 AM
Malaysia ni apa pun boleh...
batu satu 10cent pun boleh di clim seribu...

owh iya kan...

endless possibilities
Quote tebuanharimau 18-10-2013 11:27 AM
lizaliza posted on 17-10-2013 05:18 PM
pastu selang 2 bulan keluar pulak kat paper..Rumah Prima runtuh selepas 60 hari

ngeri plak
Quote cmf_conan 18-10-2013 11:29 AM
150k-300k??? tetap tak mampoo milik
loan pon tak lepas dowh
Quote mjla 18-10-2013 11:30 AM
Den golak jo donga temberang kjn...

dan rakyat kono temberang...
Quote LaksamanaSunan 18-10-2013 11:38 AM
Harga berapa pulak nie?
Quote nuryakmal 18-10-2013 11:38 AM
Precinct 17 uses this IBS concept. well its a flop. it took more than 2 years to complete
Quote ninja boy 18-10-2013 12:00 PM
ibs ni ada yg bagus ada yg x bagusnya
Quote shiro82 18-10-2013 12:12 PM
wait n see.............
Quote melia_star 18-10-2013 12:19 PM
aku tgk news dlm AL Hijrah smlm, geli tiak aku tgk si jarjis borak pasai tekonologi jepunlah, pasang siap bla2 bla.....tgk ajerlaa apa yg nk jadi nanti.....pojekk masyukkk maaa.....
Quote d'zeck 18-10-2013 12:22 PM
konsep pembinaan rumah yang sangat revolusioner,
90 peratus di kilang dan hanya 10 peratus di
tapak sebenar

usaha yang sangat tepat pada masanya
dan harap disegerakan

cuma kerajaan perlu kawal supaya tiada penglibatan
berlebihan oleh cina

jika tidak, harga tinggi tidak munasabah rumah
akan berterusan disebabkan oleh cina
Quote d'zeck 18-10-2013 12:24 PM
melia_star posted on 18-10-2013 12:19 PM
aku tgk news dlm AL Hijrah smlm, geli tiak aku tgk si jarjis borak pasai tekonologi jepunlah, pasang ...

geli ketiak la
geli celah kangkang la

belum apa2
dah skeptik
macam cina guan eng DAP




Quote d'zeck 18-10-2013 12:26 PM
leylapple posted on 18-10-2013 11:27 AM
owh iya kan...

endless possibilities

kawasan hutan dan bergunung
di borneo perlu kajian lanjut
jika kekal mahu tempoh 30 hari

Quote freebird 18-10-2013 12:34 PM
Gomen jual minyak atar....
Mulut berbuih2. Ketiak masam....

Lihat semua komen(42)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-11-2024 10:37 AM GMT+8 , Processed in 0.177068 second(s), 48 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top