CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Peniaga Buah Berdepan Hukuman Gantung

21-10-2013 09:52 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 5804| Komen: 11

Muar: Seorang peniaga buah berusia 41 tahun berdepan hukuman gantung sampai mati mandatori selepas polis menemui dadah jenis heroin dan syabu di dalam kereta BMW dipandunya.

Timbalan Ketua Polis Daerah Muar Superintendan Sahadan Jaafar berkata, peniaga buah itu bersama seorang lagi rakannya berusia 34 tahun ditahan di sekatan jalan raya sempena Ops Tapis di laluan pintasan berhampiran jambatan kedua Muar di sini, jam 11.30 malam, 12 Oktober lalu.

Gambar hiasan


“Pemeriksaan di dalam kereta menemui heroin dan syabu di bawah tempat duduk pemandu.


“Heroin seberat 73.6 gram itu dianggarkan bernilai RM2,200 manakala syabu seberat 50.16 gram pula bernilai RM12,540,” katanya di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Muar, semalam.

Menurut Sahadan, polis turut menemui wang tunai RM8,019 di dalam beg kecil dibawa peniaga itu.

Beliau berkata, pihaknya tidak menolak kemungkinan wang ditemui adalah hasil jualan dadah terbabit.

“Kami percaya, ketika ditahan, kedua-dua suspek dalam perjalanan menghantar dadah itu kepada pelanggan,” katanya.


Bagus

Marah
1

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote jasmeen 20-10-2013 04:34 PM
Bodohnya...pasal duit, sanggup korbankan anak bangsa sendiri...
Quote mak_wa95 20-10-2013 04:41 PM
peniaga buah pakai bmw....tentu ada syak sesuatu...
Quote -electrifying- 21-10-2013 01:59 PM
nk harapkan jual buah xdpt la nk merasa bmw, silap2 nk mkn a&w pon 6bulan skali
Quote purpledesire 21-10-2013 02:06 PM
dah elok2 ada yg keja halal, yg dok gatai pi buat keja haram tu pasai apa.?
Quote asher 21-10-2013 02:08 PM
berani buat berani la tanggung..
Quote cikatilia 21-10-2013 02:15 PM
elok ponnn
habis anak2 org jadi drug addict sbb dia bekalkan bekalan



Quote niceghost2005 21-10-2013 02:15 PM
mak_wa95 posted on 20-10-2013 04:41 PM
peniaga buah pakai bmw....tentu ada syak sesuatu...

Depa x cakap ker Model BMW dia?

Quote PostBanhammer 21-10-2013 02:17 PM
-electrifying- posted on 21-10-2013 01:59 PM
nk harapkan jual buah xdpt la nk merasa bmw, silap2 nk mkn a&w pon 6bulan skali

Ish takkan la sampai macam tu sekali kot... Sedangkan kerani gomen bujang pon boleh hadap kepsi mekdi seminggu sekali..

Quote mak_wa95 21-10-2013 03:39 PM
niceghost2005 posted on 21-10-2013 02:15 PM
Depa x cakap ker Model BMW dia?

ayat di atas tu hanya tulis BMW yang dipandunya....saya pun tak kenal jenis2 kete...tambah kete2 mewah,,,
Quote -electrifying- 21-10-2013 04:08 PM
PostBanhammer posted on 21-10-2013 02:17 PM
Ish takkan la sampai macam tu sekali kot... Sedangkan kerani gomen bujang pon boleh hadap kepsi me ...

perumpamaan tp tula nk snang nye psl, dh kna tgkap mandatori hkuman gntg. sia2 hidop
Quote R.A.M.A_mirror 23-10-2013 09:43 AM
nafsu seorang manusia..

Lihat semua komen(11)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 07:05 AM GMT+8 , Processed in 0.037359 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top