|
Tidak mendapat layanan daripada isteri membuat seorang lelaki tergamak mencabul anak tirinya yang masih di bawah umur. Menurut TribunNews, suspek berusia 34 tahun dari Tuban, Jawa Timur itu mencabul kanak-kanak berkenaan sebanyak lapan kali sejak November tahun lalu.
Ibu mangsa menyedari perbuatan jijik suaminya selepas mangsa yang sering keletihan akibat dicabul mengadu kepada ibunya. Difahamkan, suspek mengaku melakukan perbuatan terkutuk itu kerana tidak dilayani isterinya sejak dia pulang dari Malaysia kerana bekerja tahun lalu. Menurut Ketua Polis Tuban, Ruruh Wicaksono, suspek yang meminta mangsa 'tidak membuka aib' itu kepada ibunya berdepan hukuman penjara 15 tahun di bawah undang-undang perlindungan kanak-kanak. - CARI
|
ADVERTISEMENT
© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy
2-2-2026 08:51 AM GMT+8 , Processed in 0.070547 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.