CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Ditipu Sindiket Rumah Sewa

21-10-2013 03:13 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 18437| Komen: 66


Mun menunjukkan gambar bilik sewa yang di-emel oleh Zatimah.

BANGSAR - Satu sindiket yang menipu orang awam berkaitan urusan sewa rumah atau bilik dikesan berlaku di sekitar Bangsar.

Sindiket itu menjadikan orang ramai yang meletakkan nama dan nombor telefon di sebuah laman web dengan menghubungi mereka untuk dijadikan mangsa.

Mun, 21, iaitu salah seorang mangsa berkata, dia mencari bilik sewa di sekitar Kuala Lumpur kerana mendapat peluang pekerjaan di sini dan perlu melapor diri di tempat kerjanya hari ini.

Usaha mencari bilik sewa dan meminta pertolongan rakan juga gagal lalu mencuba masuk ke satu laman web yang menyediakan ruang bagi orang awam mencari rumah atau bilik kosong.

“Saya meninggalkan nama dan nombor telefon,” katanya ketika ditemui di sini, semalam.

Pada petang itu juga, dia mendapatkan kiriman SMS daripada seorang wanita yang dikenali sebagai Puan Zatamah.

Katanya, wanita itu mengaku mencari penyewa kerana penyewa apartmennya berpindah.

“Dia menghantar butiran mengenai apartmen beserta alamat lengkap sebuah kondominium.

“Dia juga hubungi saya meminta supaya membayar RM600 sebagai pendahuluan,” katanya.

Awalnya, Mun mahu melihat apartmen itu namun Zatamah memberikan alasan sedang berada di Pulau Pinang.


Mun menunjukkan laporan polis yang dibuatnya di Balai Polis Pantai berkaitan penipuan sewa bilik. Gambar kanan: Mun menunjukkan surat kontrak perjanjian sewa bilik di sebuah apartmen di Bangsar.


Zatamah turut memberi gambar contoh apartmen dan surat perjanjian sewa apartmen melalui kiriman e-mel dan memberikan nombor telefon salah seorang penghuni apartmen itu yang dikenali sebagai Ina.

Berpegang kepada bukti itu, Mun membayar separuh wang pendahuluan berjumlah RM300.

“Saya terus ke apartmen tersebut bersama seorang rakan untuk melihat sendiri sambil menghubungi Ina beberapa kali, namun, panggilan saya tidak dijawab.

“Apabila tiba di apartmen itu, saya terkejut apabila seorang lelaki membuka pintu apartmen itu. Saya tanya adakah dia menyewa apartmen itu, lelaki itu menjawab, apartmen itu miliknya,” katanya.

Lelaki terbabit turut memberitahu sudah yang tertipu dan menjadikan mana-mana apartmen di situ sebagai umpan.

Mun segera membuat laporan di Balai Polis Pantai pada malam berikutnya.



14

Bagus
10

Marah
17

Terkejut
14

Sedih
13

Lawak
15

Bosan

Friends Rank (83 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote cikatilia 21-10-2013 11:23 AM
penipu mmg bijak menipu dgn situasi terdesak
kesian dia.
Quote gaara_X 21-10-2013 11:30 AM
pi laa jumpa owner..itu lebih baik.....
Quote AdamBillionaire 21-10-2013 11:37 AM
lain kali jmpa owner je lg senang.. bahaya cmni. ada kes homestay siap ambl deposit rumah sewa. lepas tu org tu duk home stay.. kunci rumah tak pulang seminggu.. nk wat cmne? kesilapan penyewa.. lain kali kena hati2...

tu belum lg dpt penyewa syaitan.. duk simen lubang jamban.. duk curi furniture.. hurm..
Quote edoraixora 21-10-2013 11:38 AM
lainkali tgok dlu rumah, jgn terus bank-in duit
Quote atj1 21-10-2013 11:41 AM
AdamBillionaire posted on 21-10-2013 11:37 AM
lain kali jmpa owner je lg senang.. bahaya cmni. ada kes homestay siap ambl deposit rumah sewa. lepa ...

org cerita bakal penyewa di tipu, yang kau cerita penyewa penipu     
Quote PostBanhammer 21-10-2013 11:48 AM
AdamBillionaire posted on 21-10-2013 11:37 AM
lain kali jmpa owner je lg senang.. bahaya cmni. ada kes homestay siap ambl deposit rumah sewa. lepa ...

Awak kena baca balik artikel atas sekali tu.

Quote LaksamanaSunan 21-10-2013 11:53 AM
Terdesak mcm mana pun aku akan pastikan urusan secara face to face. Kalau dh masalah sgt nk jumpa, cari je rumah lain. Belambak lg.
Quote suka.suki 21-10-2013 12:00 PM
sy mest tgk umah dlu.. bru bg deposit..
Quote prettyuglybabe 21-10-2013 12:01 PM
rasanya dulu kat thread mana ntah ada forummer ditipu pasal sewa bilik jugak la. dah bank in deposit, yang nak bagi sewa tu menghilang ke cam mana. pastu baru terkantoi orang tu memang post banyak sewa bilik kat portal tu. gambar mana ntah dia cedok. sapa tak tergoda tengok bilik cantik dengan harga tak berapa nak mahal..
Quote revolusi_30 21-10-2013 12:03 PM
Cam ne dorang leh baya kalau tak tgk barang ... Pelik ... Salu gak jadi kes mcm ne ... Dorang tak tau ke kalau prosedur sewa uma/ bilik ... Baya je deposit trus dpt kunci n leh masok dalam.
Quote sitisitu25 21-10-2013 12:26 PM
apa la sewa umah bilik bayar dulu..org pi jumpa owner dulu..aku dulu bukak bilik sewa...xlarat nak ulang bukak/tutup pintu org duk tnya tgk..smpi terconfuse pun penah..

tp aku org yg jujur la..aku sewa bilik furnished..and apa kelengkapan yg ada, sama seperti yg aku iklankan..

nsb baik jugak dpt tenant yg ok..cuma famili si tenant bilik small tu yg x berapa ok..dtg ngan abang dia..aku xbg abang dia masuk umah, sbb umah tu pompuan sume..abg dia duk terpekik2 tnya adik dia, bilik tu ok ke tak..

apa adik dia buta kah da umur 23thn nk kene tnya mcm bdk2 lg..or xleh ke tggu adik dia kuar br tnya?hmmm..

prihatin x bertempat..

Quote dino 21-10-2013 12:28 PM
revolusi_30 posted on 21-10-2013 12:03 PM
Cam ne dorang leh baya kalau tak tgk barang ... Pelik ... Salu gak jadi kes mcm ne ... Dorang tak ta ...

kadang2 org tu dah terdesak sgt.... satu lg klau yg baru2 berhijrah dr kg... dok consider seme baik tak menipu...
Quote chaintea 21-10-2013 12:31 PM
my kwn perh kena..cr rumah area ukay perdana sana
dpt la kt Springville nun..g la tgk rumah
siap ejen tu pon ikot sekali..minta nk tgk ic ejen, diberinya salinan ic ejen..photostat copy okeyh
dpt booking terus hilang

rupanya salinan ic yg diberi adalah palsu. muka betul dh dia..tp dia copy paste no ic tah sape tah..

ejen larik bw pergi RM700..rumah tu sbnrnya dh ada tuan. Tuan never appoint any ejen utk cr penyewa.



Quote revolusi_30 21-10-2013 12:34 PM
dino posted on 21-10-2013 12:28 PM
kadang2 org tu dah terdesak sgt.... satu lg klau yg baru2 berhijrah dr kg... dok consider seme bai ...

Yup... Mungkin faktor terdesak dan anggap sume orang baikkk ... Dan attitude org mulayu ..."takpalah, kita bayaq ja ... Kalau depa tipu jawab la ngan Allah". Tup tup betui tipu ... Then baru nak nyesal ... Aduyaiii
Quote dino 21-10-2013 12:37 PM
revolusi_30 posted on 21-10-2013 12:34 PM
Yup... Mungkin faktor terdesak dan anggap sume orang baikkk ... Dan attitude org mulayu ..."takpal ...

aku dulu baru2 dtg kl gitu gak la... percaya ngan semua org.... dgn konsep tak buat jahat ngan org... takde la org buat jahat ngan kite
tp itu la pengalaman.... mujur rugi skit je.... dah kena mcm tu lepas ni alert la skit tuh

Quote MengkuduMasam 21-10-2013 12:53 PM
mcm2 cara org nak cari duit mudah
Quote monreyes 21-10-2013 01:00 PM
hati2lah...
mudah.com....ibilik..ada yg menipu...
ilang duit ok lagi..
jgn sampai jadi mangsa rogol...
Quote purpledesire 21-10-2013 01:43 PM
nie mudah.com ker.? apapun simpati dgn mangsa..
Quote mummy75 21-10-2013 01:51 PM
pernah ada pengalaman dgn org mcm ni..nak cari rumah sewa kat area setapak..skali dpt la satu contact dari satu laman web ni..pastu aku kol la nombor yg tertera...pompuan yg jawab..aku kata nak buat appointment nak tgk rumah dulu..dia kata x blh psl dia bz sgt..just tgk kat website gambar yg dia post tu jer..pastu mintak rm200 dimasukkan dlm akaun bank dia utk booking psl katanye rumah tu dah ramai yg tanya

aku kata aku nak tgk dulu rumah tu dan nak jumpa pompuan tu tp pompuan tu berkeras x nak jumpa gak..alasan mcm biasa katanya bz memanjang...sori la kan aku nak percaya just on da fon pastu nak bank in je duit...mg x la..serik aku

Lihat semua komen(66)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 05:15 PM GMT+8 , Processed in 0.059785 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top