CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Peniaga Terima Wang Palsu

22-10-2013 09:54 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 7308| Komen: 12



KUANTAN - Seorang peniaga lemang kecewa apabila ada pelanggan tergamak menipunya dengan membayar harga makanan itu menggunakan sekeping wang RM100 palsu.

Pengusaha lemang Mat Keroncong, Fauzi Abdul Rahman, 46 berkata, dia menyedari wang itu palsu ketika membayar harga makanan di sebuah restoran di sini kelmarin.

Menurutnya, pekerja restoran terbabit curiga dengan wang tersebut lalu meminta dia membayar dengan wang lain.

“Mujurlah saya ada wang lain ketika itu dan membayar segala harga makanan yang dipesan,” katanya ketika ditemui di sini, semalam.

Dia berkata,  kerana menggunakan wang palsu tanpa disedari itu dia nyaris dituduh menipu  dan melanggar undang-undang.

“Mujurlah peniaga itu faham kerana sebagai peniaga ramai yang ’terkena’ dengan wang palsu ini,” katanya.

Fauzi berkata, dia percaya wang itu diterima ketika berniaga lemang di gerainya di Simpang Tanjung Pasir, Jalan Sungai Lembing sempena sambutan Hari Raya Aidiladha lepas.

"Masa itu ramai pelanggan yang singgah membeli jadi saya dan isteri tidak sempat meneliti setiap wang yang dibayar.

“Mungkin dalam ramai-ramai itu ada yang mengambil kesempatan menggunakan wang palsu untuk membeli lemang bagi ‘menghalalkan’ wang baki yang diterima.

“Kemungkinan juga pelanggan itu pun tidak menyedari wang itu palsu jadi saya anggap semua ini bukan rezeki,” katanya.

Dia berkata, sejak menjalankan perniagaan lemang di gerainya, itulah kali pertama dia menerima wang palsu.

“Memang susah untuk mengenal pasti sama ada wang itu tulen atau palsu jika tidak diteliti namun bagi yang tahu ada beberapa ciri yang mudah untuk dicamkan,” katanya.

Fauzi berkata, sepanjang berniaga lemang, jarang pelanggan membayar dengan not RM100 selalunya not RM10 hingga RM50.

“Saya terpanggil untuk mendedahkan perkara ini supaya semua peniaga lebih berhati-hati bagi mengelak perkara seperti ini terus berulang.

“RM100 cukup besar bagi peniaga kecil jadi amat malang jika hasil titik peluh untuk menyara keluarga dibayar sesetengah individu tidak bertanggung jawab dengan wang palsu,” katanya.


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote cikatilia 22-10-2013 08:14 AM
mmg ada
aku tgk mamat sorg tu terkebil2 duit dia palsu (india)
RM100 gak..
kena reject kat speedmart.


Quote dubuk 22-10-2013 08:25 AM
kasihan orang letih2 buat lemang sampai hati
Quote mommymonster82 22-10-2013 08:28 AM
Iyelh sbb tmpt jual lemang kn lampu kekdg samar2 jer..so xnmpk sgt...
Quote yayah8989 22-10-2013 08:32 AM
kesiannye... kalo kuar dari bank palsu gak x?
Quote gaara_X 22-10-2013 08:40 AM
benda nie banyak menular lam penukaran wang  semasa skang....samada sedar atau tidak je.....
Quote mizmini 22-10-2013 09:44 AM
bahaya gak eik duit 100 nih..
kena berjaga2 la kalo sesapa yg buat urusan jual beli guna note 100
Quote Knights 22-10-2013 09:51 AM
sepatutnya duit RM50 dan RM100 buat lah polimer. susah sedikit nak palsukan

takpun senang cerita, semua duit buat polimer lah

kenapa hanya RM1 dan Rm5 sahaja polimer. tahulah RM1 dan Rm5 ni banyak orang pakai so nak tahan lama buat pakai polimer

tapi untuk keselamatan lagi tinggi, duit duit lain terutamanya yang nilai besar ni kena la buat polimer


Quote purple^reign 22-10-2013 10:04 AM
tak baik menaya orang.
Quote taji2906 22-10-2013 10:13 AM
kak ipar aku meniaga pun terkena macam ni gak.. 2 not rm100..
tgh sibuk layan pelanggan ramai, tak perasan nak check not rm100 tu..
dapat tau bila p beli barang 2 kali kena reject not rm100 tu... mula2 bayar sekeping, reject, panik bagi la sekeping lg not rm100 tu.. pun reject. nasib baik ada duit tulen lain..cobaan...
Quote Luca_Pitok 22-10-2013 10:18 AM
orang yg beli lemang tu pun ntah sape la kot yg bagi dekat die..aku pun kadang ade kedai bagi duit baki yg bertampal sana sini or koyak compang camping yg aku sendiri tak perasan terus masuk poket pastu bile pegi kedai lain nak beli barang bayor pakai duit tu boleh lak dorang wat muka taik mintak duit lain la ape la...bahaya sungguh untuk org seperti aku yg memang tak berapa rajin nak susun duit masuk wallet..
Quote xpdckelate 22-10-2013 10:21 AM
dulu ramai terkena dapat duit potostat kaler,skang dah alert skit
Quote kivio 22-10-2013 12:44 PM
kadang2 pegi spermarket, jgn kata duit pelesu, duit yg dah xde strip ckt pon, dh xnk trima...
padahal serial number ade lg kot, buleh je check...
poyo lah cashier..


sory ot hehehe

Lihat semua komen(12)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

2-12-2024 11:17 PM GMT+8 , Processed in 0.058923 second(s), 28 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top