|
Pelbagai cara dilakukan bagi memastikan orang ramai mematuhi prosedur operasi standard (SOP) Covid-19 membabitkan pemakaian pelitup muka. Di Jambi, Indonesia, sesiapa didapati gagal mematuhi SOP itu didenda melaungkan azan dan membaca surah Yasin.
Dinamika Jambi melaporkan seperti dipetik Harian Metro, hukuman itu dilaksanakan bagi memberi pengajaran supaya orang ramai mematuhi peraturan. "Kenapa membaca Yasin? Supaya ada kesan sekali gus mendoakan virus ini cepat pulih dari negara ini," kata Ketua Polis Cilegon, Jajang Mulyanan. Difahamkan, hukuman itu dilaksanakan dalam satu operasi sekatan yang dijalankan membabitkan belasan penunggang motosikal ditahan kerana tidak memakai pelitup muka. - CARI
|
ADVERTISEMENT
© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy
1-2-2026 03:03 PM GMT+8 , Processed in 0.035797 second(s), 20 queries , Gzip On, Redis On.
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.