Keberanian tikus pengesan menyelamatkan banyak nyawa daripada mungkin terkena jerangkap samar mendapat penghargaan apabila dianugerahkan pingat emas keberanian tertinggi untuk haiwan.
Menurut AFP seperti dipetik Harian Metro, pingat setaraf penghormatan kepada orang awam tertinggi United Kingdom dianugerahkan kepada 'Magawa' oleh badan amal Britain, People's Dispensary for Sick Animals (PDSA) kerana jasanya mengesan periuk api di Kemboja. Tikus baka Afrika berusia lima tahun itu dilatih organisasi Belanda, APOPO berpangkalan di Tanzania dan mengesan 39 periuk api serta 28 peledak yang tidak meletup sepanjang 'berkhidmat' di Kemboja. "Ini menjadikan Magawa HeroRat (HeroTikus) paling berjaya serta APOPO sebagai organisasi yang melatihnya. Ia benar-benar unik dan luar biasa. "Pingat Emas PDSA adalah setaraf anugerah George Cross Britain," kata Ketua Pengarah PDSA, Jan McLoughlin. - CARI
|
husna_amal replied at 28-9-2020 03:55 PM
Bukannya tikus tu faham pasal pingat2 ni. Bagi makanan special je dah cukup.
husna_amal replied at 28-9-2020 02:55 PM
Bukannya tikus tu faham pasal pingat2 ni. Bagi makanan special je dah cukup.
ADVERTISEMENT