Kumpulan rap K-Clique tidak kecewa langsung apabila rezeki tidak menyebelahi mereka untuk menang trofi Artis Asia Tenggara Terbaik di acara Anugerah Muzik Eropah MTV 2020 (MTV EMA 2020), hari ini.
Anggotanya, MK berkata yang pasti mereka tidak akan berputus-asa untuk menjual muzik diperjuangkan K-Clique ke peringkat antarabangsa selain menyifatkan pencalonan di anugerah itu, satu permulaan baik. "Yang pasti, ini bukan kali pertama dan terakhir kamu lihat kami diiktiraf di anugerah ini. Kami pun masih kira pendatang baharu, Insya-Allah, ada rezeki dapat tercalon lagi. "Bagi kami, sokongan padu peminat terutama yang bekerja-keras mengundi kami dalam acara itu sudah cukup memadai. Tiada sedikit rasa sedih pun, rezeki belum berpihak kepada kami.
"Sebaliknya, ia menyemarakkan lagi semangat untuk K-Clique tampil lebih luar biasa dalam penghasilan karya akan datang. Terima kasih tidak terhingga atas setiap sokongan rakyat Malaysia yang berterusan kepada kami," katanya.
|
Suchi: Ramainya ahli kumpulan dapat payment kena share beramai2.Btw dorang ni sabahan bumiputera ke atau yang hadir dengan izin(takleh guna word satu tu very ...
hyie replied at 10-11-2020 08:21 PM
nampak kemain kepam yach si tuju dalam pic2 di atas...harus abil keciwa seumur hidup bila tengok waj ...
ADVERTISEMENT