DBKL sita 28 motosikal di tingkat atas rumah ANGGOTA Penguat kuasa Dewan Bandaraya Kuala Lumpur mengangkat motosikal yang dibawa naik oleh sebahagian oleh penduduk di PPR Intan Baiduri Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) KUALA LUMPUR 27 Okt. - Sebanyak 28 buah motosikal telah disita dalam Operasi Angkut oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Intan Baiduri, Kepong awal pagi semalam. Tindakan itu diambil kerana pemilik motosikal terbabit didapati melanggar peraturan iaitu meletakkan motosikal mereka di tingkat atas PPR tersebut. Timbalan Ketua Pengarah Pembangunan dan Sosio Ekonomi DBKL, Datuk Mhd. Amin Nordin Abdul Aziz berkata, kesalahan tersebut disabitkan di bawah Perjanjian Penyewaan Rumah PPR/PA yang boleh menyebabkan penyewa di usir daripada kediaman tersebut. "Apa-apa sahaja halangan termasuk motosikal yang dibawa naik hingga ke pintu rumah masing-masing adalah satu kesalahan yang boleh menyebabkan penyewa dikompaun RM500 atau maksimum RM2,000 untuk mengambil semula kenderaan mereka. "Bagi mereka yang melakukan kesalahan sama buat kali kedua, tindakan penamatan kontrak sewa rumah akan dibatalkan serta-merta dan tiada rayuan boleh dilakukan. "DBKL amat serius dengan masalah tersebut yang turut menyebabkan kerosakan kepada perkhidmatan lif sehingga menyusahkan pengguna lain terutamanya warga emas dan orang kurang upaya (OKU)," katanya. Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas turut menyertai operasi tersebut. Operasi yang bermula pukul 12 tengah malam dan berakhir dua jam kemudian itu turut disertai Pengarah Jabatan Pengurusan Perumahan dan Pembangunan Komuniti DBKL, Wan Mohd. Ghazali Nor sambil dibantu 100 anggota termasuk Polis Diraja Malaysia. Tambah Amin Nordin, jumlah sitaan terbaharu itu menjadikan angka keseluruhan motosikal yang telah disita pihaknya menjadi 269 sejak September lalu. Katanya, PPR Intan Baiduri antara sepuluh lokasi utama yang berlaku masalah itu selain PPR Kampung Muhibbah yang menyaksikan 86 buah motosikal disita hanya pada bulan ini sahaja. "Lokasi lain adalah PPR Taman Wahyu, PPR Pekan Batu, PPR Desa Tun Razak, PPR Seri Anggerik, PPR Sungai Bonus, PPR Beringin, PPR Seri Selangor dan PPR Laksamana," katanya. Menurut beliau, operasi itu akan diadakan dari semasa ke semasa di semua PPR di ibu negara bagi mendisiplinkan penghuni.
|
23
Bagus |
20
Marah |
17
Terkejut |
32
Sedih |
21
Lawak |
22
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
mommymonster82 posted on 28-10-2013 10:54 AM
Kesian org pprt..letak kat bawah moto hilang...
Letak depan tumah kena sita plak..
Inilah org yg n ...
zorrro_03 posted on 28-10-2013 11:10 AM
letak kat bawah kena curi katanya. pernah jumpa set2 pprt keparat pelihara ayam dlm flat.
...
alepmama posted on 28-10-2013 11:08 AM
padan muka...inilah minda ppr
menyusahkan orang
ko ingat lift tu tak terseksa nak angkut ko lagi m ...
dino posted on 28-10-2013 11:18 AM
angkut moto wat naik lift tetap slh.... merosakkan harta benda.... isu moto kena curi.... itu yg d ...
dino posted on 28-10-2013 11:18 AM
angkut moto wat naik lift tetap slh.... merosakkan harta benda.... isu moto kena curi.... itu yg d ...
zorrro_03 posted on 28-10-2013 11:10 AM
letak kat bawah kena curi katanya. pernah jumpa set2 pprt keparat pelihara ayam dlm flat.
...
dandindon posted on 28-10-2013 11:21 AM
kalau tak mampu nak ambik security, depa boleh tubuhkan Rukun tetangga... modal..kopi o dengan bis ...
mommymonster82 posted on 28-10-2013 11:21 AM
Betul jugak bab tu...
Mommy xkata dorg betul...tindakan bawa naik moyo ke atas tetap satu kesalah ...
ADVERTISEMENT