'Tindakan penyanyi Indonesia Bunga Citra Lestari melakukan sendiri ujian saringan Covid-19 terhadap rakannya Vidi Aldiano baru-baru ini tanpa bantuan petugas kesihatan mengundang kritikan. Menurut laporan Lifestyle.okezone, penyanyi lagu Cinta Sejati itu tidak mempunyai kelayakan sebagai petugas kesihatan untuk melakukan sendiri ujian saringan tersebut. Menjawab isu tersebut, seorang doktor yang dikenali sebagai Muhammad Fajri Adda'i tampil menjelaskan ujian saringan tersebut seharusnya dilakukan dengan berhati-hati untuk mencegah daripada masalah serius.
"Dalam hidung kita ada bahagian yang dinamakan sebagai konka media. Kalau kita sembarangan menjolok, bimbang akan berlaku pendarahan dan jangkitan," kata doktor tersebut.
|
shanti_priya replied at 14-12-2020 04:39 PM
indon je mesti nak buat mende2 yg ngarot nape ehh
ADVERTISEMENT