Tidak dinafikan menjadi ibu bapa tiri adalah sesuatu perkara yang sangat mencaba kerana memerlukan masa dan pengorbanan yang tinggi untuk mewujudkan suasana keluarga harmoni. Biarpun begitu, sebuah video tular di Twitter milik @ifhnr menunjukkan perbualan seorang lelaki bersama anak gadisnya. .
Lelaki merangkap bapa tiri kepada budak perempuan itu memaklumkan bahawa dirinya sangat berharga dan sentiasa akan menjadi anaknya meskipun mereka tidak mempunyai ikatan darah. Difahamkan, lelaki tersebut bertemu dengan anak gadis itu ketika dia berusia setahun dan ternyata keadaan terbabit telah mengeratkan lagi hubungan mereka. Lebih membuatkan warga maya terharu apabila budak perempuan itu turut menangis sebak kerana tersentuh dengan kata-kata bapa tirinya. Rakaman berdurasi 1 minit itu telah menerima pelbagai reaksi daripada warganet yang rata-ratanya turut tersentuh melihat keakraban mereka sebagai anak beranak meskipun bukan sebagai keluarga kandung. Sumber: Himpunan Cerita Lawak |
Asdira replied at 16-12-2020 06:05 PM
Beruntungnya girl ni dpt bapak tiri yg baik, penyayang..
beza bapak tiri anak2 buah ku..
dpt bapak ...
Tinot7 replied at 16-12-2020 07:39 PM
Kalau ex kakak ipar tak mau mereka, voley je pass kat korang utk jaga.
Asdira replied at 19-12-2020 09:12 AM
Kak ipar tu takkan bagi..dia syg sgt kat anak2 dia..kami ni side arwah abah budak2 tu boleh je bil ...
ADVERTISEMENT