CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Dua Hari Lepas Kahwin Ditinggalkan Suami -Dulu Suka Clubbing, Sekarang Dah Berpurdah

21-12-2020 02:13 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 8697| Komen: 41

Dua tahun menghilangkan diri, kini dia muncul kembali.

Begitulah kisah Nur Wilda Farhani Muhd Zaidi, 23, yang mengejutkan ramai orang dengan transformasi dirinya.


Mesra disapa Hani, dia dahulunya cukup gemar berfesyen dan sering lalai dengan hal duniawi.

Via mStar Online

Namun, kemunculan terbaharu sejak sebulan yang lalu dengan imej berpurdah dianggap sebagai satu titik hijrah untuk menjadi insan yang lebih baik.

"Dulu saya tidak bertudung. Saya mula berubah selepas kegagalan rumah tangga. Dua tahun lepas, saya berkahwin dengan seorang lelaki bukan Islam.

"Dia dah peluk Islam dan berkahwin dengan saya. Siapa sangka, suami tinggalkan saya dua hari selepas kahwin. Sampai hari ni saya tak jumpa dia.


Via mStar Online

"Bermula detik itu, saya niat nak berubah. Saya mula bertudung. Saya juga tinggalkan Kuala Lumpur dan kembali ke rumah ibu di Kedah," imbasnya kepada mStar.

Menurut Hani, sepanjang tempoh itu dia banyak mendekatkan diri kepada Allah dan mendiamkan diri daripada semua rakan di ibu negara.

Dalam tempoh itu juga, dia banyak mempelajari ilmu agama sehinggalah mula berpurdah sekitar sebulan lalu.

Baru-baru ini, dia kembali aktif di media sosial berdakwah di Instagram dan TikTok dengan berkongsi kisah hijrah dan perjalanan hidupnya.


Via mStar Online
"Sukar nak ubah rutin lama. Dulu suka pergi pusat hiburan, buat aktiviti tak berfaedah. Saya juga sangat suka berfesyen. Dari gaya K-Pop hingga gaya gothic, semua saya cuba.

"Sekarang rasa tak cukup dalam menutup aurat. Tapi bagi saya, berpurdah pun bukan satu halangan untuk berfesyen. Kita boleh gayakan fesyen muslimah dan tetap menutup aurat.

"Alhamdulillah saya dah jumpa kekuatan untuk muncul kembali. Kawan-kawan pun terkejut. Tapi mereka masih boleh terima saya," ujarnya.

Menurut Hani lagi, bukan mudah untuk dia mencari kekuatan diri demi melenyapkan rasa sedih atas apa yang berlaku terhadap perkahwinannya.

"Masa tu saya rasa hanya Allah tempat bergantung. Sampai sekarang proses penceraian belum selesai, saya jadi isteri tergantung.

"Dah cuba ikhtiar, dia (suami) sendiri tak mahu. Dia balik atau tak balik saya tetap nak berubah.

"Sepanjang menghilangkan diri dua tahun lepas, saya banyak tahajud dan setiap hari luah perasaan pada Allah.

"Dulu saya tak berfikir panjang. Tapi saya percaya Allah uji kita untuk beri sesautu yang lebih bernilai," ujar Hani lagi. -CARI

Sumber: mStar Online
3

Bagus

Marah
1

Terkejut

Sedih
1

Lawak
2

Bosan

Friends Rank (7 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Kurex

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote msdummy.2018 21-12-2020 02:29 PM
siapa nih
Quote Belibis 21-12-2020 02:38 PM
msdummy.2018: siapa nih

Nur wilda farhani katanya..hu hu.
Quote lattehazelnut 21-12-2020 02:53 PM
Slow2 berubah i caya.. ni terus purdah..
ok kita tgk je sampai bila..
Quote sarahmirza 21-12-2020 02:58 PM
Kenapa sampai tular?
Siapa dia?
Quote bondeh 21-12-2020 02:59 PM
So sheolls nih dulu (tak berapa nak dulu) culture shocked lah... bila baca pulang ke rumah ibunya di Kedah... ingatkan stok2 urban Bangsarian ke Melawatian ke Damansarian ka... then muda sangat kau nok nak kongsi2 kisah perubahan nih... tapi itu cara sheolls nak berdakwah ape semua kan... doa baik2 sajorkkkk...

*rengsa lah stok2 berpurdah drastik nih show off terlebih.
Quote husna_amal 21-12-2020 03:02 PM
entah la rasa macam tak penting story dia ni.
Quote Nnasda53 21-12-2020 03:03 PM
Berubah untuk menjadi lebih baik itu bagus.
Cuma terus istiqomah tu bukan mudah..iman kita ni nipis sgt2..kena selalu memohon pada Allah swt agar jangan membolak balik kan hati kita.
Semoga terus istiqomah la budak ni.
Quote NBH 21-12-2020 03:10 PM
retis  ke ni?
Quote xLillyx 21-12-2020 03:12 PM
Da tu nak pujian ke ni
Quote Perawankota 21-12-2020 03:17 PM
Bosan aih. Whoareyussss
Quote manehnya 21-12-2020 03:20 PM
Siapa dia ini?
Quote saviour_09 21-12-2020 03:35 PM
bukak aib sendiri sis?

Quote mamajawie 21-12-2020 03:50 PM
smoga istiqomah la ye..jgan demi content n duit hasil tiktok jual agama ujung2 purdah cuma utk socmed je cm jahqob..choiiii
Quote dua_chzy 21-12-2020 04:11 PM
Baru 22. Simpan dulu puji2an tu. Janda umo 22 ni, akak tak yaqin mampo hadap dunia yang fana dan penuh pancaroba dengan penoh istiqomah.
Quote gorjeous 21-12-2020 04:29 PM
Alhamdullilah berubah ke arah kebaikan...
Quote barfi 21-12-2020 04:57 PM
Rasa annoyed dengan video tiktok yg tulis2 ni. Lagi annoyed kalau siap video yg tunjuk2 jari kat tulisan i was like entah pape..
Quote MissVixen 21-12-2020 04:59 PM
Alhamdullillah. Kalau dia jumpa suami kedua yang baik, aku yakin dia mampu istiqomah. Lelaki yang baik, untuk perempuan yang baik. Semoga dia cepat bertemu jodoh yang baik.
Quote Tinot7 21-12-2020 06:31 PM
MissVixen replied at 21-12-2020 04:59 PM
Alhamdullillah. Kalau dia jumpa suami kedua yang baik, aku yakin dia mampu istiqomah. Lelaki yang ba ...

Aminn..     
Quote makneng 21-12-2020 07:28 PM
Tutup segala socmed dik, then pegi menimba elmu ugama di pesantren.

Lihat semua komen(41)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-3-2025 06:16 AM GMT+8 , Processed in 0.199579 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top