CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Haqiem Rusli Teringin Sangat Berlakon Filem "Tapi Tak Nak Pegang-pegang"

23-12-2020 09:57 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 20231| Komen: 145

Komposer dan penyanyi Haqiem Rusli, 22, menyatakan hasrat teringin berlakon filem, namun tidak akan sesekali melakukan babak bersentuhan dengan pelakon wanita yang berganding dengannya.

Haqiem atau nama sebenarnya Ridzuan Haqiem Rusli berkata, dia sedia mempertahankan prinsipnya itu jika berdepan situasi sebegitu apabila terbabit dalam lakonan kelak.




"Selain menyanyi, saya sebenarnya teringin nak berlakon filem. Cuma, belum diberikan lagi peluang itu. Keinginan (berlakon) ini tercetus selepas berborak dengan Datuk Rosyam Nor selepas persembahan kami di Anugerah Juara Lagu 34 (AJL34) yang lalu.

"Mendengar sendiri pengalaman beliau, membuatkan saya mahu berlakon pula. Saya mahu tunjukkan sisi berbeza diri yang bukan sekadar seorang penyanyi sahaja.

"Bagaimanapun, sekiranya membabitkan babak seperti berpegangan tangan dengan pelakon wanita, saya takkan buat. Saya akan berjuang untuk perkara itu disebabkan mahu mengekalkan prinsip diri saya," katanya.


Penyanyi lagu Lembah Kesepian itu mendedahkan dia juga ada menghubungi pengarah Syamsul Yusof berkenaan peluang untuk berlakon, baru-baru ini.


Kredit foto: IG Haqiem

"Seperti baru-baru ini, saya ada hubungi Syamsul untuk menawarkan diri berlakon dalam nada bergurau. Mana tahu, hajat saya kesampaian. Syamsul pun kata nak bagi peluang, tapi tak pastilah jika dia sebenarnya serius. Namun, saya memang nak.

"Saya pilih Syamsul kerana memang suka dengan filem-filemnya dan berhasrat juga nak bekerja dengan dia. Bagi saya, dia sangat santai dan senang berborak berbanding takut pula jika berbual dengan pengarah lain yang lebih senior," katanya.


Sumber: Harian Metro


Bagus
1

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote fadz84 23-12-2020 09:59 AM
Boleh.. jadi watak kawan hero.. selalunya scene ngn hero je.. hehehe
Quote Themilo 23-12-2020 09:59 AM
fokus nyanyi je la dulu dek qiqim.. lagu chuols pun banyak yang flop, kecuali duet dengan kaka haelina & dek naim tu.. nasib baik lagu tu letopan..
Quote fadz84 23-12-2020 10:00 AM
Themilo replied at 23-12-2020 09:59 AM
fokus nyanyi je la dulu dek qiqim.. lagu chuols pun banyak yang flop, kecuali duet dengan kaka haeli ...

Adlina marie tu quite ok kn..
Quote fifie_olin 23-12-2020 10:02 AM
dia ni nmpk mcm bad boy..
rupanya baik bdknya
minat plak kat dia ni...tiberr
Quote slyfynx 23-12-2020 10:18 AM
Hihihih, buat filem sentuh diri sendiri.
Sure ramai bergetar2.
Kt Malaysia ni laki kalau leak x efek pun
Quote bakingsoda 23-12-2020 11:10 AM
qiqiem ni mmg jenis tak malu2 kucing sangat kan nak contact orang utk tawarkan lagu ke tawarkan diri ke utk job. bukan duduk dlm gua je tunggu orang panggil pastu merempan kat media kalau boleh berlakon sama hebat why nottt, aku rasa dia mmg akan bersungguh belajar berlakon kalau ada tawaran mcm dia bersungguh improve nyanyi
Quote Tinot7 23-12-2020 11:20 AM
Semoga dipermudahkan urusan
Quote mamajawie 23-12-2020 11:28 AM
bosannya konon acah2 alim ni..padahal gf freehair i doubt la xsentuh2 bagai..kalu btul alim trus kawen nokss xpyah nk gf2 ni..
Quote husna_amal 23-12-2020 11:34 AM
Sejak kes dia acah2 depress dan nak berhenti menyanyi tu terus tak berkenan dengan budak ni. Lepas tu keluar pula cerita tak tinggal solat, cover aurat perempuan dan beli kereta utk parent lah. Memang saje nak tunjuk sisi baik nak raih peminat ke apa.
Quote dino 23-12-2020 11:36 AM
ade org nak pegang ke?
Quote Skuau 23-12-2020 11:36 AM
Edited by Skuau at 23-12-2020 11:38 AM

Kalo ko pegang watak...HANG KEBUN......hang hanya pegang...cangkul pon cangkul la.......igt bila berlakon tu hang meme kena pegang pompuan ka dey??? mcm ni pon ada@sebab tu..la...ari2 retis Msia ni selalu kena bahan ngn netizen.......
.
Quote hird 23-12-2020 11:57 AM
mamajawie replied at 23-12-2020 11:28 AM
bosannya konon acah2 alim ni..padahal gf freehair i doubt la xsentuh2 bagai..kalu btul alim trus kaw ...

Aaiikkkk bukan ka dia ni yg dok cover2 tangan terdedah peminat dia. Taknak up yg tak pakai tudung segala??
Mottiffff cari gf freehair, hokay lah iols husnuzon lah dgn niat nak membimbing gf menutop aurat. Gitiew
Quote Noraniza_Iblis 23-12-2020 11:58 AM
belakon pegang bebird  je la dek,,
sah x pegang2 org lain..

Quote cicicumel 23-12-2020 12:13 PM
mamajawie replied at 23-12-2020 11:28 AM
bosannya konon acah2 alim ni..padahal gf freehair i doubt la xsentuh2 bagai..kalu btul alim trus kaw ...

Mcm izu islam la sis.. X nk sentuh. Bini.. Hummmm
Quote tuntasha 23-12-2020 12:19 PM
mamajawie replied at 23-12-2020 11:28 AM
bosannya konon acah2 alim ni..padahal gf freehair i doubt la xsentuh2 bagai..kalu btul alim trus kaw ...

Kannnnn tengok ig  mak dia. Keluar gi makan ngan awek dia, awek pakai baju hitam jarang freehair. Taj pulak dia ajak awek pakai tutup aurat. Tapi motif operandi dia senang je.Nak nampak alim nanti bila da kawin bini pakai tudung dia jugak dapat nama. Ahhhgitchuuuuuu
Quote tuntasha 23-12-2020 12:21 PM
mamajawie replied at 23-12-2020 11:28 AM
bosannya konon acah2 alim ni..padahal gf freehair i doubt la xsentuh2 bagai..kalu btul alim trus kaw ...

Gambar profile awek dia pun dalam studio umah dia lagi nak acah alim.
Quote Tudungpink 23-12-2020 12:23 PM
Boleh.. Blakon jadi pesakit covid.. Bukan setakat x boleh pegang siap pakej jarak 1 meter lagi
Quote MsKathryn 23-12-2020 12:29 PM
X pyh la dik... fokus menanyi n buat lagu je
Quote mamajawie 23-12-2020 12:34 PM
tuntasha replied at 23-12-2020 12:19 PM
Kannnnn tengok ig  mak dia. Keluar gi makan ngan awek dia, awek pakai baju hitam jarang freehair.  ...

sbab tu aku mls ngan dak depression ni..bosan gila propa serupa parpu

Lihat semua komen(145)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-11-2024 09:26 AM GMT+8 , Processed in 0.042978 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top