CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

"Tiada Jati Diri Punca Lagu Rakyat Pupus," -Noraniza Idris

24-12-2020 01:27 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 7571| Komen: 43

Kurang pendedahan selain kehilangan sifat jati diri dilihat sebagai antara faktor lagu rakyat kini kian pupus ditelan zaman.

Ratu Etnik Kreatif, Noraniza Idris berkata, ini bukan masa yang sesuai untuk menuding jadi mencari kesalahan mana-mana pihak sebaliknya apa yang berlaku sepatutnya menjadi tanggungjawab setiap individu untuk membendungnya.




“Pupus kerana sikap kita sendiri yang mudah terhakis sifat jati diri budaya yang sedia ada dalam diri. Apatah lagi masyarakat kita yang kurang mendapat pendedahan mengenai ilmu seni dan budaya terus hanyut kerana beberapa faktor.

“Penggerak seni budaya yang kurang arif dengan penggunaan media sosial turut menyumbang kepada keadaan ini. Tidak dinafikan juga sikap penggiat seni yang sentiasa meletakkan seni itu terlalu berharga untuk dikongsi sebagai ilmu rujukan.

“Kita perlu meletakkan satu tanggungjawab dalam diri kita untuk menggerakkan ilmu seni dan budaya melalui pelbagai cara,” katanya kepada Utusan Malaysia semalam.

Foto: IG

Beliau mengulas lagu rakyat lebih dihargai dan diangkat di luar negara berban-ding masyarakat negara ini sendiri.

Perkara itu ditegaskan Tokoh Warisan Orang Hidup Kebangsaan, Profesor Datuk Dr. Aripin Said mengenai nasib cerita dan lagu-lagu rakyat Melayu yang semakin lenyap ditelan zaman berikutan ramai ‘sang penglipur lara’ sudah tiada untuk memperjuangkan khazanah seni bangsa.

Namun di sebalik kerisauan itu, lagu-lagu dan cerita rakyat Melayu tidak mungkin mati di peringkat antarabangsa kerana sebuah universiti di Jerman menjadikan lagu rakyat negara ini sebagai kajian ilmiah budaya orang Melayu.


Menurut Noraniza, aktiviti budaya perlu diusahakan untuk kanak-kanak seawal usia empat tahun dan pendedahan awal tersebut juga sebagai cara memastikan masa depan lagu-lagu budaya kita terus terjamin.

“Pendekatan pertama adalah dekati anak-anak seawal usia empat tahun yang menjadi penentu masa depan lagu-lagu budaya ini te-rus kekal.

“Dekati mereka untuk kenali identiti dari aktiviti seni budaya Malaysia yang ada susur galur dan beri ilmu pendedahan awal agar mereka dapat mengenal sejarah,” katanya.



Ditanya mengapa lagu-lagu itu mendapat tempat di hati peminat muzik di negara luar, beliau tidak menolak sikap menghargai nilai budaya ini terlebih dahulu diterap masyarakat antarabangsa.

“Menjadi kebiasaan, perkara unik yang ada dalam diri kita dilihat dan dinilai oleh orang lain. Sama dengan irama kita. Apresiasi seni mereka jauh lebih baik daripada kita kerana tanpa kita sedari kita punyai satu sikap acuh tak acuh kepada keunikan yang kita ada.

“Selama ini kita hanya berpegang kepada sekadar menjadikan seni dan budaya atau adab sebagai pengetahuan am tapi tidak dijadikan sebagai amalan. Inilah membezakan kita dengan mereka yang jauh terdidik menghargai sesuatu yang luar dari kelebihan yang mereka ada,” katanya. -CARI

Sumber: Utusan Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (1 people)


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Kurex 24-12-2020 01:38 PM
Dalam byk2 lagu nek enjut, suka lagu mengemis rindu
Quote kiah_mai_pulak 24-12-2020 02:01 PM
ketahian apa kah inneh??? dh tu acik2 porum nk kena mggelabah teksssss ke tak dgn ketahian innehh???
Quote brego 24-12-2020 02:14 PM
Edited by brego at 24-12-2020 02:19 PM

layan jugak irama malaysia sekali sekala ikut mood.
iols masih ada jati diri

siapa berminat boleh layan my playlist on spotify.
5 jam lagu rakyat, tradisional dan irama malaysia.
link di bawah.


https://open.spotify.com/playlis ... Xr-08QhKPiM_epu-3Fw

spotify.png





Quote ninnamina 24-12-2020 02:23 PM
Kenapa baju biru tu dah macam nursing cover je
Quote LadyCarefree 24-12-2020 02:25 PM
Nek Ani oiii ko cakap kt diei ko ke
Quote wookiehoney 24-12-2020 02:28 PM
yelah yelahhhh
Quote brego 24-12-2020 02:44 PM
antara lagu2 underrated,
bebudak muda sekarang ramai tak tau.


[youtube]K0_fckTO7sk[/youtube]

[youtube]fDK9QlfFr8Q[/youtube]


Quote espri6006 24-12-2020 02:46 PM
Aku lebih suka jatuh hukum pada stesen radio, sebab stesen radio sentiasa bagitahu apa yang pendengar hendak itu yang mereka bagi. Sebenarnya jumlah yang nak lagu2 moden atau lagu ikut arus semasa tu hanya beberapa peratus sahaja, yang tak tnak siar adalah penerbit seseubah rnacangan di stesen radio itu sendiri. kalau stesen radio ingin menolong lagu2 rakyat atau irama tradisi terus diminati, mereka akan wujudkan sebuah rancangan untuk lagu2 irama melayu sahaja...
Quote sharlenetexas 24-12-2020 02:51 PM
Seri Langkat

[youtube]jpm6cwWPwPc[/youtube]

Quote sharlenetexas 24-12-2020 02:53 PM
Lanchang Kuning

[youtube]ZQXginiF7CI[/youtube]

Quote husna_amal 24-12-2020 02:54 PM
Betul lah tu. Boleh tengok budak melayu nak jadi macam budak kpop
Quote sharlenetexas 24-12-2020 02:56 PM
Tudung Periuk urban vibe

[youtube]Lb9c46yhiK0[/youtube]

Quote mawar_mustika 24-12-2020 03:22 PM
espri6006 replied at 24-12-2020 02:46 PM
Aku lebih suka jatuh hukum pada stesen radio, sebab stesen radio sentiasa bagitahu apa yang pendenga ...

setuju...btul tu...stesen radio & tv main peranan penting dlm hal ini...kadang2 bukak radio rindu jugak nk dgr lagu2 irama m'sia...l

Quote MadameOnion 24-12-2020 03:52 PM
tokti dengan kak melah ram je menyanyi lagu2 melayu asli yang sedap...nek enjut boelh balik singapore jaga laki ye
Quote MadameOnion 24-12-2020 03:54 PM
brego replied at 24-12-2020 02:14 PM
layan jugak irama malaysia sekali sekala ikut mood.
iols masih ada jati diri

kenapa cover album nek enjut tu gambornye tak mencerminkan album tradisional? lebih kepada filem berwarna
Quote harisbee 24-12-2020 03:56 PM
brego replied at 24-12-2020 02:44 PM
antara lagu2 underrated,
bebudak muda sekarang ramai tak tau.

Bukan underated tp org tak tau
Quote EvieWanKenobi 24-12-2020 03:56 PM
yang penting, tak sengau bila menyanyi..
Quote slyfynx 24-12-2020 04:33 PM
Nope.
Media yang x ketengahkan.Radio just nk bukak lagu yang popular je.
X nk ketengahkan elemen tradisional sbb xde nilai komersial pada diorang.
Nape nk salakan orang x dengar.
Salahkan yang x menyiarkan
Quote dudaberhias 24-12-2020 05:09 PM
memang pun yachhh...
semua orang sekarang gigih nak dengar lagu international... bukan malaysia je... negara2 lain pun lebih kurang je...
lagipun nak kena ikut minat pendengar semasa...

lagu2 rakyat ke atau tradisional ni kalau di modenkan ala2 dangdut persis ayda jebat tu boleh la orang dengar lagi.. kalau style dok buat rombongan atas pentas hangkut satu kampung melompat2 atas tu memang lerrr bbnu semua tak nak tengok...

Lihat semua komen(43)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-11-2024 10:40 PM GMT+8 , Processed in 0.180625 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top