CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Pengetua Madrasah Ditahan Lepas 2 Bekas Pelajar Buat Aduan Cabul

24-12-2020 05:14 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 3748| Komen: 9

Seorang pengetua madrasah ditahan selepas polis menerima dua laporan berkaitan kes cabul yang mengaitkannya oleh dua bekas pelajar lelakinya pada 2018.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Shafien Mamat, berkata penahanan semula dibuat semalam sebelum suspek berusia 32 tahun ditahan reman selama tiga hari bermula hari ini untuk membantu siasatan.



Kredit foto: Gambar hiasan

"Laporan polis berkenaan dibuat di Selangor dan Pulau Pinang. Kedua-dua mangsa adalah bekas pelajar suspek," katanya ketika dihubungi.

Beliau berkata mangsa mendakwa kejadian berlaku pada Mei 2018 kira-kira jam 1 pagi selepas selesai menghadiri ceramah di Terengganu.

Mengulas lanjut Shafien berkata, mangsa kedua pula mendakwa kejadian berlaku pada November 2018 lebih kurang jam 11 malam di bilik asrama sekolah pondok berkenaan.


Sumber: BH Online



Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote tumpanglalu74 24-12-2020 08:47 PM
Lagi & lagi setan bertopengkan lobai..
Quote Kitty_catz 24-12-2020 09:00 PM
Setad budak tu kan... ? Cetan
Quote kakikuDibibirmu 24-12-2020 09:06 PM
Huk aloh klate gedebe kote buah mempele
Quote MissYouSayang 24-12-2020 09:10 PM
Jate birah...bkpo baru skrg nk repot..baso gong..mkcik nomaduri xnk buat victim blaming keww...
Quote Punat_button 24-12-2020 10:07 PM
Ni the same setan eh setad yang gesel2 dengan ahli perniagaan tu ka?
Quote FOTHER-MUCKER 25-12-2020 11:19 AM
Tak habis habis!

Kemudian brainwash orang untuk tunjuk baik dan alim!
Quote giyomi 25-12-2020 12:44 PM
asik2 setan yg dipersalahkan walaupun sebenarnya nafsu songsang si pelaku. tak lama lagi ada yg bekap kata sebab setan lah yala yala yala. bullshit
***bkn nak bekap setan tp sikap dan nafsu individu menguasai diri,  dia lupa segala yg lain.
Quote FOTHER-MUCKER 25-12-2020 12:48 PM
Ini pun lobai juga! Apasal 3-4 hari ni banyak kes lobai?

Lepas bebas 10 hari, didakwa cabul lagi

NIK Hazmi Ghani (kiri) didakwa di Mahkamah Sesyen Kota Bharu, Kelantan hari ini atas pertuduhan melakukan kelucahan melampau terhadap seorang kanak-kanak lelaki pada Mac tahun lalu. - UTUSAN/ ZULHANIFA SIDEK


  • Oleh ZAAIN ZIN
  • 14 Disember 2020, 5:47 pm


KOTA BHARU: Selepas 10 hari bebas daripada hukuman penjara, seorang lelaki didakwa sekali lagi di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas kesalahan sama iaitu melakukan kelucahan melampau terhadap seorang kanak-kanak pada Mac tahun lalu.
Tertuduh, Nik Hazmi Ghani, 39, sebelum ini dipenjara selama dua tahun.
Dia bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan oleh jurubahasa di hadapan Hakim Ahmad Bazli Bahruddin.
Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa melakukan kelucahan melampau terhadap kanak-kanak lelaki berusia 11 tahun pada pertengahan Mac tahun lalu.
Kesalahan itu didakwa dilakukan oleh tertuduh di dalam bilik di pondok tahfiz dekat Kubang Kerian di sini kira-kira pukul 2 hingga 3 pagi.
Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 377E Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara tiga hingga 15 tahun dan sebat jika sabit kesalahan.
Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Negeri, Nor Azlinawati Mohd Arshad manakala tertuduh tidak diwakili peguam.
Tiada sebarang jaminan ditawarkan untuk tertuduh dan mahkamah menetapkan 13 Januari depan sebagai tarikh sebutan semula kes. – UTUSAN ONLINE




Quote gideoncross 26-12-2020 02:32 AM
kakikuDibibirmu replied at 24-12-2020 09:06 PM
Huk aloh klate gedebe kote buah mempele

Trgelak iol mlm2 buta pkul 232am ni bila trbca komen uol yg ni.

Lihat semua komen(9)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-11-2024 08:31 PM GMT+8 , Processed in 0.063568 second(s), 25 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top