CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Perjanjian Peroleh Vaksin COVID-19 Malaysia Terbatal Jika Langgar Syarat Kerahsiaan

24-12-2020 05:39 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 3863| Komen: 17

Malaysia tertakluk kepada perjanjian dengan syarikat pengeluar vaksin COVID-19. Gambar hiasan



KUALA LUMPUR, 23 Dis (Bernama) – Malaysia mungkin berdepan risiko pembatalan perjanjian pembelian dan perolehan vaksin COVID-19 sekiranya negara didapati melanggar syarat kerahsiaan ditetapkan syarikat pengeluar vaksin.

Menjelaskan perkara itu, seorang peguam, Wan Azmir Wan Majid, berkata jika syarat kerahsiaan atau perjanjian kerahsiaan (NDA) adalah cadangan daripada pengeluar vaksin, negara tiada pilihan selain mematuhinya.

Beliau berkata, jika berlaku pelanggaran syarat ditetapkan, pihak yang memungkiri boleh dikenakan tindakan dan perjanjian utama (perjanjian pembelian vaksin) boleh dibatalkan.


"NDA adalah satu kontrak yang termaktub terma merahsiakan sesuatu perkara atau perbuatan. Kesan obligasi kerahsiaan yang tidak dirahsiakan akan juga termaktub dalam NDA itu.

"Semua terma akan tertulis dalam NDA termasuk akibat kemungkiran (ingkar) kepada NDA itu," katanya.

Wan Azmir juga tidak menolak kemungkinan kerajaan berdepan risiko lain termasuk disaman pengeluar vaksin jika didapati melanggar syarat itu.

Justeru, beliau berkata, perlu difahami ada perkara boleh didedah kepada umum dan ada yang perlu dirahsiakan mengikut syarat dalam perjanjian yang dipersetujui.

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Khairy Jamaluddin pada sidang media perkembangan perolehan vaksin COVID-19 di Putrajaya hari ini, berkata beliau sedia memberi taklimat kepada Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) berkaitan pemerolehan vaksin COVID-19, termasuk kosnya secara terperinci.

Bagaimanapun, beliau berkata ahli jawatankuasa itu perlu mematuhi syarat kerahsiaan yang ditetapkan syarikat pengeluar vaksin kerana Malaysia tertakluk dengan syarat kerahsiaan yang ditetapkan syarikat terbabit.

Katanya, syarat kerahsiaan itu dibuat syarikat pengeluar vaksin, justeru jika berlaku pelanggaran syarat, ia akan menjejaskan perjanjian dengan syarikat terbabit.

Isu berkaitan pemerolehan vaksin COVID-19 turut mendapat perhatian masyarakat khususnya dalam kalangan pengguna media sosial yang antara lain mahu kerajaan lebih telus dengan mendedahkan perjanjian pemerolehan vaksin. 



Sumber - BERNAMA

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote SayaSayangMama 24-12-2020 06:52 PM
Haih lg kecoh la antivaksin lepas cerita ni. Lg banyk modalnya
Quote Tinot7 24-12-2020 07:19 PM
Wan Azmir ni sapa?
Quote Orix 24-12-2020 08:20 PM
Rahsia apakahh
Quote cmf_Maxx 24-12-2020 08:24 PM
Apa yg rahsia sgt tu. Kalau hal paten , legal issues, apa semua tu ok la. Kalau rahsia berkenaan side effect,
Quote Lagubestbest 24-12-2020 09:28 PM
Edited by Lagubestbest at 24-12-2020 09:30 PM

Harga vaksin dijual ikut "harga average meal" bagi setiap negara. Jadi harga yang kita dapat tak sama dengan USA atau Indonesia sekalipun.

Ni contoh leaked pembangkang belgium buat onar (kemudiannya di deleted) bahas bajet 2021: Harga per dose. Harga satu dos Moderna 9 kali ganda mahal berbanding AstraZeneca.


Sebab kerajaan2 dunia yang nak vaksin ada cepat,  diorang buat cepat2, dengan perjanjian diorang dilindungi secara total, tak boleh disaman langsung untuk apa-apa kes sekalipun untuk 4 atau 5 tahun ke depan. USA pun tak boleh saman, apatah lagi Malaysia.
Quote star_karat 24-12-2020 09:38 PM
Memang padan klu kena cancel vaccine. Harga belgium ngan harga abu dhabi tak sama. Harga spore ngan msia tak sama. Tapi tak jauh beza. Klu kena cancel boleh hencap berjamaah lah kat sapa2 yang question dorang punya price.
Quote tumpanglalu74 24-12-2020 09:41 PM
Tak payah beli la..  Habes cerite.  

Nak jadi bangang macamane lagi??
Quote Punat_button 24-12-2020 10:04 PM
Macam mana kapitalis ni letak harga?
Quote Rogue98 24-12-2020 11:59 PM
Kalau ada special deal masa zaman Najib n BN tu aku percaya lah jugak sbb masa tu Malaysia stabil dan ada good relationship dgn negara2 lain. Tapi skrg ni PM and menteri2 nampak kepam jer....tak kuasa aku nak tengok.
Quote CiliPadiSedap 25-12-2020 12:50 AM
Rogue98: Kalau ada special deal masa zaman Najib n BN tu aku percaya lah jugak sbb masa tu Malaysia stabil dan ada good relationship dgn negara2 lain. Tapi skr ...

Kena guna jhow low lah jawabnya
Quote dua_chzy 25-12-2020 02:44 AM
Nah kau. New World Order.
Quote dua_chzy 25-12-2020 02:46 AM
Lagubestbest:    Edited by Lagubestbest at 24-12-2020 09:30 PM  Harga vaksin dijual ikut "harga average meal" bagi setiap negara. Jadi harga yang kita dapat tak  ...


Ada beza tak dari segi kualiti?
Quote MissMamamia75 25-12-2020 08:54 PM
Apa rahsianya tu?{:question{:question
Quote RatuDunia94 25-12-2020 09:39 PM
Jeng jeng jeng.. dah cakap Covid 19 ni ciptaan manusia.. dia yg cipta virus dia yg  jual vaksin.. huhuu.. nasib lah negara2 kecik mcm kita ni..
Quote Aerhys 26-12-2020 01:25 AM
Mungkin ada kaitan dengan lawsuit ini? Rakyat Malaysia akan dijadikan lab rats. Kalau rakyat terkena side effects yg teruk seperti severe allergic reaction, cardiac arrest that leads to death etc. kerajaan pun tak boleh buat apa2 dan mangsa2 pun tak akan dapat apa2 compensation aka mati katak saja lah.

[twitter]https://twitter.com/HighWireTalk/status/1341384472957231113?s=20[/twitter]

[twitter]https://twitter.com/HighWireTalk/status/1341928482507530241?s=20[/twitter]
Quote Coolie 26-12-2020 01:33 AM
Unproven to be medicine or solution for this symptoms (man's made)..

In Islam said if there's a doubt, leave it alone..
Quote pyropura 26-12-2020 01:48 AM
cmf_Maxx replied at 24-12-2020 08:24 PM
Apa yg rahsia sgt tu. Kalau hal paten , legal issues, apa semua tu ok la. Kalau rahsia berkenaan sid ...

Rahsia pasal komisen ler tuww

Lihat semua komen(17)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-11-2024 10:57 PM GMT+8 , Processed in 0.092887 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top