Kritikan netizen terhadap drama Melayu sememangnya tidak pernah berkesudahan. Bermula dengan tema yang sama bagi kebanyakan drama, pelakon kayu, kesalahan peralatan dan sebagainya. Terbaharu, ciapan yang membandingkan produk tempatan dengan karya dari Korea Selatan yang lebih memperkasakan budaya mereka tular di media sosial. Disebabkan orang Korea membawa budaya mereka ke dalam drama, ia membuat penonton makin kenal dengan makanan tradisi mereka. Mengapa Malaysia pula yang malu mengangkat nasi lemak dalam drama harian? Sarapan roti bakar dan jus oren tu budaya kita ke? Bukan itu sahaja, produk Korea turut memaparkan lokasi menarik mereka seperti kafe, keindahan alam semula jadi yang membuatkan penonton terasa mahu ke sana. Berbeza dengan karya tempatan yang hanya memaparkan adegan di dalam rumah, pejabat, jalan raya dan taman bunga. Jika ada adegan tempat menarik sekalipun, ia hanya boleh dibilang dengan jari. Persoalannya, kita tak cukup bajet ke?" Bagaimanapun, bagi segelintir netizen, tanggapan tersebut sangat bias. Ini kerana ada sahaja drama tempatan yang memaparkan budaya kita, cuma mungkin ia tidak ditonton golongan pengkritik ini. Pelbagai perdebatan yang dilontarkan netizen, cuma tinggal pelaksanaan sahaja oleh industri drama dan filem. Yang bagus kita tambah baik kan lagi serta popularkan, barulah semakin dikenali. - CARI |
salmon-suki replied at 25-12-2020 09:13 AM
Masalahnya,,netz y duk komplen tu mkn ke makanan traditional malaysia? Ai tot bbnus skrg lg gemar mk ...
nolya replied at 25-12-2020 01:43 PM
Drama M'sia yg ini mesti tunjuk. Rumah besar bertingkat2, perabotan moden, ada swimming pool, ber ...
ADVERTISEMENT