CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

KJ Jatuh Basikal Langgar Lubang, Laju Je JKR Minta Maaf

28-12-2020 01:27 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 8006| Komen: 64

Jabatan Kerja Raya (JKR) Kuala Langat tampil memohon maaf kepada Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Khairy Jamaluddin yang cedera selepas basikalnya melanggar lubang di atas sebatang jalan raya di daerah tersebut hari ini.


Permohonan maaf itu dilakukan di Twitter rasmi Ahli Parlimen Rembau selepas beberapa jam Khairy Jamaluddin berkongsi mengenai insiden tersebut di media sosialnya.

JKR Kuala Langat berkata, mereka akan mengambil tindakan terhadap isu tersebut dengan segera.

Selain itu, pentadbir akaun Twitter JKR Kuala Langat itu turut sempat mendoakan Khairy Jamaluddin agar sembuh dengan segera.


Kredit foto: Twitter

Khairy Jamaluddin menjadi menteri pertama yang cedera akibat terlanggar lubang di atas jalan ketika melakukan riadah berbasikal. Aktiviti berbasikal merupakan sukan riadah yang semakin popular dalam kalangan rakyat dan juga ahli politik di negara ini.


Khairy Jamaluddin berkongsi insiden malang itu di Twitternya petang tadi dengan menampilkan beberapa foto termasuk wajah beliau yang mengalami lebam dan calar akibat tercampak dari basikal yang ditunggangnya selepas melanggar lubang yang berada di atas jalan.

Basikalnya juga kelihatan rosak dan hampir memasuki parit yang berada di sebelah jalan tersebut.

Khairy Jamaluddin turut berkongsi gambarnya sedang mendapatkan rawatan di sebuah pusat perubatan susulan insiden yang tidak di sangka-sangka itu.




Kredit foto: Twitter

Beberapa pengguna Twitter sinis dengan permohonan maaf yang dilakukan JKR Kuala Langat yang mereka sifatkan sebagai ‘pantas’ dan ‘rajin’ bekerja pada malam Ahad.


Sumber: SM

21

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (21 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote R2D2 28-12-2020 10:48 AM
нѕ
@HamirulSarman
Parut kenangan musim covid-19 ni. Saya tak perlu pemohonan maaf dari @JKRMalaysia . Apa yang saya minta cuma tolong ambil tindakan dan pantau jalanraya rosak yang lain terutamanya laluan motorsikal. Kasihanilah penunggang motorsikal seperti saya.

.:ᗩ Z a M:.
@muhd_azam7
Kalau rakyat biasa langgar lubang sampai ada yang meninggal pun, buat bodoh je.. Sampai kena ada surat untuk proses. Hmmmmm sedih plak bila ada double standard mcm ni.
11:13 PM · Dec 27, 2020 from Titi Tinggi, Perlis

ahmOi
@dan_senget
Kalau rakyat marhaen, ermmmmmm hmmmm, mokalu menteri, nohhhh zupppp supppp. Tp apa pun semoga cpt sembuh dan semoga pihak bertanggungjawab tgk sama laa jalan tu. jgn anak bini sendiri yg kena baru terhegeh.
9:15 PM · Dec 27, 2020

Amiruddin Zaini
@amiruddinfadzli
Sekadar bertanya, kalau rakyat biasa yang mengalami kemalangan akibat jalan berlubang (pothole) sehingga ada yang mengalami kemalangan maut, adakah pihak JKR akan terus meminta maaf pada hari yang sama? Sekadar bertanya.
6:51 AM · Dec 28, 2020

Boon
@boonhuat_ng
This water puddle on main road in Banting, already sent in Aduan to MPKL 2 months ago...Still there today.

Quote abcdotcom 28-12-2020 11:11 AM
R2D2 replied at 28-12-2020 10:48 AM
н
@HamirulSarman
Parut kenangan musim covid-19 ni. Saya tak perlu pemohonan maaf dari @JKR ...

Boleh Bela ikan laga ni haha
Quote nolya 28-12-2020 11:13 AM
Biasalah tu..... bila ada musibah yg tertimpa kpd  para vip, cepat je pihak yg berwewenang rasa kesal dn mohon maaf.  Tapi kalau berlaku kat rakyat marhaen, naiblah ko...  Kalau mati pun dianggap dah ajal, Inna lillah....
Quote rangerx 28-12-2020 11:13 AM
takut la tu..kahkahkah
Quote kaseh80 28-12-2020 11:19 AM
different treatment
For level kayangan

Dan level marhaen
Quote sarah82 28-12-2020 11:21 AM
Kita ambik yg positif..

Sebenarnya bagus aktiviti berbasikal ni.. Sbb makin ramai menteri dan ahli politik yg join berbasikal sebab nak dekat dgn rakyat.. Jadi makin besar peluang utk depa ni tergolek akibat lubang2 di jalanraya.

Kesan dari kegolekkan menteri dan ahli politik.. Jalan raya akan makin ok sebab JKR laju buat kerja takut kena marah
Quote makneng 28-12-2020 11:22 AM
Nyawa rokyat marhaen ni nilai sen2 je bg diorg.. Nyawa kj padayappa biliyun2
Quote R2D2 28-12-2020 11:31 AM
Reza Tayar
@MohdRez11082288
JKR Kuala Langat, minta tolong jenguk2 dan perbaiki jalan2:

1) Jalan Klang-Banting dari arah batu 7 Sijangkang
2) Jalan Bandar Lama ke Pulau Carey
3) Jalan Pusara dari Pulau Carey ke Kampung Sawah

Sekian, terima kasih..
1:37 AM · Dec 28, 2020

☠️
@ch4ng__
Tolong turap semula jalan dari morib-tg sepat sebab mostly ramai yang cycling area sini
👍🏻
11:38 PM · Dec 27, 2020
Quote insulin 28-12-2020 11:37 AM
Menggaru kepala la JKR kalau plan nak turap segala jalan2 yang rosak tu. Mahu telan kos berjuta tu.
Quote OSEMMM 28-12-2020 11:50 AM
Halooo pemandu mabuk...mohon sondol mentri
Quote jfq 28-12-2020 11:56 AM
Dan2 la nak mintak maaf. So fake la jkr
Quote jalfa 28-12-2020 12:03 PM
Mohom abam kj round round naik beskal kat taman perumahan sy..sambil sambil cuci mata boleh abam kj tersembam dihati saya
Quote jari10 28-12-2020 12:05 PM
Sesungguhnya double standard itu adalah benar..
Quote R2D2 28-12-2020 12:11 PM
dulu masa Sammy Vellu dlm Kabinet
ramai puji jalan Sg Siput antara tercantik, terjaga di Malaysia

aku tak pasti info ni
sebab tak masuk area situ
Quote Artemesiaa 28-12-2020 12:19 PM
Bukan benda luar biasa pun perkara sama je kalau melibatkan vvip
Quote jari10 28-12-2020 12:25 PM
R2D2 replied at 28-12-2020 12:11 PM
dulu masa Sammy Vellu dlm Kabinet
ramai puji jalan Sg Siput antara tercantik, terjaga di Malaysia
...

Awal tahun 2020 hari tu aku g Sg Siput.. Walaupun aku tak jelajah keseluruhan kawasan, tapi apa yg boleh aku katakan jalan mmg tip top. Jalan ke perkampungan Orang Asli pun cantik berturap. Cuma mmg ada berlubang la kat tepi2 tu.. Mungkin faktor muka bumi
Quote wirazam 28-12-2020 12:33 PM
sarah82 replied at 28-12-2020 11:21 AM
Kita ambik yg positif..

Sebenarnya bagus aktiviti berbasikal ni.. Sbb makin ramai menteri dan ah ...

benci kan macam ni...patutnya jgn double standard..baru rakyat pandang tinggi PA esp JKR
Quote sarah82 28-12-2020 12:41 PM
wirazam replied at 28-12-2020 12:33 PM
benci kan macam ni...patutnya jgn double standard..baru rakyat pandang tinggi PA esp JKR

Kita dok dlm dunia nyata yg keadilan,  kesamarataan adalah mimpi2 indah gitu.. Hahaha
Quote ifanonline 28-12-2020 12:43 PM
JKR ni pun antara agensi kerajaan kuat rasuah

Lihat semua komen(64)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-11-2024 08:28 AM GMT+8 , Processed in 0.041768 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top