CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Allah Akan Selesaikan Segalanya – PU Riz

28-12-2020 03:23 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 46132| Komen: 246

Selepas dua hari status perhubungan bersama si kekasih hati, Neelofa menjadi perdebatan ramai, penceramah selebriti, Pu Riz akhirnya tampil bersuara.

Meskipun tidak mengeluarkan sebarang kenyataan rasmi, PU Riz atau nama penuhnya, Muhammad Haris Mohd. Ismail, 25, berkongsi sebaris ayat yang dimuat naik dalam InstaStorynya hari ini.

Foto: IG

Dalam perkongsian tersebut, dia memuat naik sekeping gambar berserta sepotong ayat dalam Bahasa Arab bersama terjemahannya yang bermaksud sentiasa yakin dengan setiap perkara yang Tuhan sudah aturkan.

“And know that Allah SWT will resolve everything in the end, in a way you would never imagine (Ketahuilah bahawa Allah SWT akan menyelesaikan segalanya satu hari nanti, dengan cara yang tidak pernah anda bayangkan),” tulis pelakon filem Ada Apa Dengan Dosa itu.



Perkongsian tersebut merupakan hantaran pertama yang dimuat naik Haris selepas beberapa hari kontroversi tentangnya tular dalam media sosial.

Bagaimanapun, sehingga hari ini masih tiada kenyataan rasmi yang dikeluarkan daripada pihak Haris.

Tinjauan Kosmo! dalam Twitter juga mendapati rata-rata netizen mahu Haris bersuara tentang isu yang sedang tular dalam media sosial sejak Sabtu lalu. Bekas peserta Pencetus Ummah itu turut dikecam dan dituduh menggunakan populariti Neelofa untuk promosi perniagaannya.



“Neelofa sudah bersuara, rasanya lebih baik Haris pula keluarkan kenyataan selepas ini. Cerita mereka tergantung!,” luah seorang netizen.

Semalam, Neelofa menerusi satu kenyataan akhbar menjelaskan semua tohmahan yang dilemparkan terhadapnya adalah tidak benar.


Bekas pengacara MeleTOP itu juga menyangkal dakwaan netizen konon-kononnya mereka telah bernikah diam-diam di Kelantan, pemberian sejumlah wang kepada keluarga PU Riz dan terkena minyak pengasih.

Kosmo! pada 26 Disember lalu melaporkan nama Neelofa dan Haris menjadi sohor kini dalam Twitter selepas netizen mendakwa hubungan mereka sedang dilanda badai. -CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah
1

Terkejut
1

Sedih

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (3 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote SkinnyLejen 28-12-2020 03:25 PM
Tiada komen lagi. Awalnya. Menunggu komen
Quote bulalof 28-12-2020 03:25 PM
ajet. yarrkkhhh....
Quote jijioaynna 28-12-2020 03:28 PM
Hmm..sudah2 laa wahai Piyubebird..jgn terjebak lg dgn sek2 tu..
Quote ellejo 28-12-2020 03:30 PM
selamatkan diri dari jah clan. nanas mulut puaka pun surrender
Quote Masukkeluar 28-12-2020 03:31 PM
walaupun aku tak suka ko sebab poyo tapi kesian jgk kt ko ni dakpiyu sbb family niqabis, habis keluar balik aib gambar bebird ko org share kt twitter tu.

hadap la lagi dgn niqabis dan sskjp tuh! good luck!!!
Quote sarah82 28-12-2020 03:42 PM
baiklah lari jauh2 dari keluarga toksik tu...
Quote annehuda 28-12-2020 03:43 PM
Masukkeluar replied at 28-12-2020 03:31 PM
walaupun aku tak suka ko sebab poyo tapi kesian jgk kt ko ni dakpiyu sbb family niqabis, habis kelua ...

tak fair sbb lopah dulu pun masa jadi dewi remaja seksi gilos dik, pakai pendek-pendek sampai nampak spender. tu blum lg letak span nak tunjuk body meletup.  takde sape pun viralkan gambar2 lama die. yang die belakon dollah superstar sampai duduk atas riba awie tu. tp tulah allah nak tutup aib lofa kan
Quote Nnasda53 28-12-2020 03:51 PM
Baguslah kalau dah rasa aturan Allah swt tu yang baik.
Ada baiknya selesaikan hal2 buku setad yg dah bnyk acik2 cacing kepanasan nak baca sgt tu dah.
Quote Themilo 28-12-2020 04:07 PM
pipit seharusnya terbang dengan pipit dekkk..
Quote Themilo 28-12-2020 04:08 PM
pipit seharusnya terbang dengan pipit dekkk..
Quote Kadaisaku 28-12-2020 04:11 PM
Aku tak tahulah nak rasa kesian ke apa. Tapi haih ntahlah lain kali klu risik tu dendiam je rahsiakan bila jadi macamni takda la malu sgt

Papepun aku doakan kebenaran akan terbukti jugak soon! Sama ada lopa propa n family yg salah atau sama sama wayang dgn dak piu piu ni
Quote naina 28-12-2020 04:12 PM
Netizen pon dh bukak mata suh lari jauh2 wei dr family toxic tu.
Quote naina 28-12-2020 04:15 PM
Semoga haris terus melangkah penuh hensem bergaya dan macho. Biarkan neelofa terkemut2 meronta2 batin nakkan kau. Biar family dia merasa seksa.tgk lofa mcmtu
Quote husna_amal 28-12-2020 04:18 PM
Sebelum lopa tunang dengan riz ni, puak lopa tak tahu kisah burung terbang pu ni ke?
Quote meteorspeed 28-12-2020 04:19 PM
Harap pu bird pikir 10 kali la nak masuk geng sskjp. Dah di malukan dqlqm socmed kalu gigih lagi aku tak tau la
Quote makadek 28-12-2020 04:19 PM
Muak ... Sembang acah2 islamik... Dr awl lagi aku dh ckp diorg ni something wrong
Quote tumpanglalu74 28-12-2020 04:24 PM
Kalo anak zantan meh le masok gelanggang.  Sia2 ibu meneran telor engkau ke dunia ni last2 tak bangkit bele diri bila dipitenah..

Diam tande setujoo tau.
Quote tagas 28-12-2020 04:53 PM
blom kawen da bertoksik bagaih

lepas kawen cepat mampuih sakit jantong

nak melayan kerenah bini mertua
Quote rhea85 28-12-2020 04:56 PM
lari la sebelum terlambat puriz oi

Lihat semua komen(246)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-11-2024 08:49 AM GMT+8 , Processed in 0.039852 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top