CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

"Dia Pernah Beritahu Kahwin Nak Tema Tradisional," - Anak Saudara Noraniza Idris Maut Lemas Mandi Laut

29-12-2020 11:13 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 6556| Komen: 19

Penyanyi Noraniza Idris reda dengan pemergian anak saudaranya Allahyarham Naim Hariri Kamaruddin, 31, yang ditemukan lemas di Pantai Kelulut, Terengganu, pada Ahad.

Noraniza, 52, menyifatkan Naim merupakan seorang pemuda yang sangat baik dan anak saudara yang cukup rapat dengannya.

Tambah penyanyi lagu Dondang Dendang ini, kali terakhir mereka bertemu kira-kira 10 hari lalu dan menyedari Allahyarham kurang bercakap tidak seperti biasa.


Foto: IG
"Saya sedih dan terkilan dengan cara arwah pergi sebab dia bukan tidak tahu berenang. Tapi yelah... kalau tengok daripada video memang air sangat deras.

"Mungkin sudah sampai masanya, ajal maut semua di tangan Tuhan, saya reda dengan pemergian arwah.


"Kali terakhir saya jumpa Allahyarham kira-kira 10 hari lalu, masa itu memang kebetulan terjumpa dia sebab peminat raikan kemenangan saya di konsert akhir Gegar Vaganza 7.

"Pertemuan itu memang tidak disangka tapi dia macam biasa salam saya dan suami. Cumanya dia kurang sedikit bercakap hari itu, tak ramah macam selalu," katanya kepada mStar.


Tambah Noraniza, menerusi pertemuan itu juga, Allahyarham menjemput dia sekeluarga bagi menghadiri majlis perkahwinannya yang dirancang di pada 9 Januari nanti.

Malah katanya, Naim turut meluahkan hasrat untuk mengadakan majlis itu dengan tema tradisional.

"Arwah ada jemput saya dan suami untuk hadir majlis perkahwinan yang dia buat secara kecil-kecilan pada Januari nanti... Allah lebih sayangkan dia.

"Dia menyatakan hasrat nak adakan majlis tema tradisional macam saya buat untuk majlis perkahwinan anak sulung, Aliff dua tahun lalu. Tapi hasrat dia tak tercapai, ” katanya.


Terdahulu, mayat Allahyarham Naim ditemukan kira-kira pukul 10.10 pagi Ahad oleh pasukan penyelamat selepas tiga hari hilang sejak Jumaat di pantai berkenaan akibat ditarik ombak ketika sedang mandi.

Allahyarham Naim merupakan ahli fisioterapi berkunjung ke Terengganu bagi melangsungkan pernikahan dengan gadis pilihan hati yang sepatutnya berlangsung pada Sabtu. -CARI

Sumber: mStar Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote sarahmirza 29-12-2020 11:40 AM
Alahai TT.... ada je org lain esok nak nikah mati accident... Takde la sampai buka thread lagi... Thread tunang kumpul follower je dah la...
Quote ejrazak 29-12-2020 11:45 AM
Beriya plk dia mencapub ya..sejak abis drama GV ni. Arwah Naim ni anak buah kepada bekas suami dia. Tapi cara sembang mcm anak buah dia sndiri plk
Quote fadz84 29-12-2020 11:48 AM
ejrazak replied at 29-12-2020 11:45 AM
Beriya plk dia mencapub ya..sejak abis drama GV ni. Arwah Naim ni anak buah kepada bekas suami dia.  ...

La anak buah Fareez ye.. Igt anak buah dia betul.. hehe
Quote tikusmontok 29-12-2020 11:51 AM
ejrazak replied at 29-12-2020 11:45 AM
Beriya plk dia mencapub ya..sejak abis drama GV ni. Arwah Naim ni anak buah kepada bekas suami dia.  ...

dia ada bgtau buat fisioterapi dgn arwah..mmg rapat la kot.
Quote msdummy.2018 29-12-2020 12:07 PM
sarahmirza replied at 29-12-2020 11:40 AM
Alahai TT.... ada je org lain esok nak nikah mati accident... Takde la sampai buka thread lagi... Th ...

aku ok jerlah..dia buka pun sb ank sedara noraniza kan....kalo tak..xduduk dlm gosip tempatan...aku ok sb aku rasa menyampah gile tgk benang tajuk saya gembira org panggil sy puan..itu lebih sampah
Quote harisbee 29-12-2020 12:23 PM
kenapa dipanggil anak syurga...bukan anak syurga ni  yg belum baligh atau autism ke?
Quote awanearisu 29-12-2020 12:50 PM
Edited by awanearisu at 29-12-2020 12:53 PM
harisbee replied at 29-12-2020 12:23 PM
kenapa dipanggil anak syurga...bukan anak syurga ni  yg belum baligh atau autism ke?


Mungkin sebab kematian akibat lemas ini dikatakan sebagai syahid kecil (istilah Melayu)

Di sini kami datangkan beberapa hadis yang menyebut tentang golongan yang mendapat syahid akhirat, antaranya:

Sabda Nabi Muhammad S.A.W yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah R.A:

         

Maksudnya: “Orang yang mati syahid lima golongan iaitu orang yang mati kerana taun, mati kerana penyakit perut, mati lemas, ditimpa runtuhan dan syahid di jalan Allah.”

Riwayat al-Bukhari (653)


Sumber:
Mufti WP
Quote harisbee 29-12-2020 02:13 PM
awanearisu replied at 29-12-2020 12:50 PM
Mungkin sebab kematian akibat lemas ini dikatakan sebagai syahid kecil (istilah Melayu)

ooo ok...

Quote exclusive_vvip 29-12-2020 02:31 PM
ejrazak replied at 29-12-2020 11:45 AM
Beriya plk dia mencapub ya..sejak abis drama GV ni. Arwah Naim ni anak buah kepada bekas suami dia.  ...

oh, patutlah..i heran jgk baca kat atas tu, arwah jemput dia ke kenduri masa kebetulan terjumpa tu..pelik gak tadi, kenapa jemput masa kebetulan terjumpa..rupanya bukan anak buah side dia..
Quote bukanomi 29-12-2020 03:16 PM
fadz84: La anak buah Fareez ye.. Igt anak buah dia betul.. hehe


Kan. Rasa menyampah pulak dgn dia ni. Cakp macam rapat gila2. Nk jugak menyelit
Quote dejure 29-12-2020 03:51 PM
For me ok je wlupn dia ank buah ex suami dia..yg bermasalah mereka berdua xkanlah sbb kau dh cerai kau nk buang mereka semua tu.
Quote sleepandream 29-12-2020 04:39 PM
salam takziah buat anak sedara sheols
Quote faraway1 29-12-2020 08:35 PM
Anak suadara pun jadi ex anak saudara ke kalau bercerai?

Quote me12345 29-12-2020 08:38 PM
Semoga syurga tempatnya...dah tengkujuh napa ada juga org nk mandi laut ombak kuat...ramai org gi pantai time time camni mandi...hisshhh...
Quote sokmogitu 29-12-2020 09:24 PM
dejure replied at 29-12-2020 03:51 PM
For me ok je wlupn dia ank buah ex suami dia..yg bermasalah mereka berdua xkanlah sbb kau dh cerai k ...

Tau takpe. Makcik aku bekas isteri adik mak aku...sampai bersuami baru pun masih lagi datang melawat mak aku. Apa masalah? Ke sebab dia Kak ani, so kena rasa menyampah? Hairan aku. Kak ani kan dah terangkan sepanjang GV dia buat fisio dgn arwah. Maknanya hubungan rapat lah  ...sibuk nk persoalkan mcm kau tu mak si Fareez pulak
Quote hotmak 29-12-2020 09:28 PM
faraway1 replied at 29-12-2020 08:35 PM
Anak suadara pun jadi ex anak saudara ke kalau bercerai?

ye, sebab tu anak sedara ex husband dia, kalau masih suami pun batal air sembahyang, yg tak ex cuma mak bapa mertua je kalau dlm perkahwinan tu ada anak
Quote Carcosa 29-12-2020 11:48 PM
Ohh arwah boleh swim ya?
Baru haritu meols sembang2 dgn husband meols, pasal rip tide ni
Akan rasa ditarik lagi jauh dari shore, dan kalau bukan experienced swimmer, mmg takkan berjaya / berdaya nak swim against rip ni. Kena keluar drpd rip ni, dgn swimming horizontally (melintang) dan bukan vertically (ke arah shore / pasir). Tapi bila panic, dgn pukulan dan daya tarik rip ni, mesti disoriented dan taktau dah, mana horizontal, mana vertical. Rip tide ni selalunya ada dark patch, compared to kawasan yg takde rip. Rip tide juga, airnya nampak tenang je sekali pandang, sedangkan kwsn yg takde rip, air dia berbuih2 akibat sisir ombak.
Boleh YouTube " How to Spot a Rip Current"
Quote famri7 30-12-2020 12:52 AM
Kalau anak neraka mcm siapa sis?
Quote Baladna804 16-4-2021 10:47 PM
Al Fatihah

Lihat semua komen(19)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-11-2024 06:27 AM GMT+8 , Processed in 0.038579 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top