Pasangan selebriti terkenal Indonesia Baim Wong dan Paula Verhoeven menghadiahkan pacuan empat roda kepada anak sulung mereka, Kiano Tiger Wong. Baim berkata, hadiah itu hanya sebagai tanda sempena hari lahir pertama anaknya yang disambut pada Ahad lalu. “Itu lebih ke arah simbol untuk hari jadi Kiano dan saya juga suka... cuma saya dan Paula juga yang pakai nanti.
“Kereta itu saya idamkan dari dulu dan baru kini dapat,” ujarnya seperti dipetik Cumi-Cumi. Tambah Baim, anaknya juga sukakan permainan berbentuk kereta dan pastinya gembira dapat melihat kenderaan sebenar itu depan mata. Selain kereta, Baim turut menghadiahkan anaknya mainan dan permainan yang menguji minda. “Kita juga beri hadiah lain yang boleh dia main di playground dan untuk pembelajaran dia,” ujarnya.
Dapatkan lebih banyak info terkini di Channel Rasmi Cari Dot My
|