CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Cinta Sejati! Atuk Rela Duduk Tepi Tingkap Berjam-jam, Tidur Di Pondok Hospital

29-12-2020 01:50 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 6842| Komen: 45

Tular kisah seorang warga emas tetap setia menemani isterinya di hospital meskipun tidak dibenarkan untuk berada sepanjang masa di dalam wad bersama suri hatinya itu.

Gara-gara pandemik Covid-19 ini, dia akur terpaksa mematuhi segala arahan dan prosedur yang telah ditetapkan pihak hospital walaupun ia sangat berat untuk diterima.


Tular beberapa foto di laman Facebook apabila warga emas ini menjenguk isterinya di tingkap wad Hospital Parit Buntar, Perak pada Khamis lalu, kira-kira pukul 2 petang.



Becerita kepada mStar, Munirah Muhamad Basir iaitu cucu kepada warga emas itu berkata foto yang dimuat naik itu bukan diambil olehnya tetapi dihantar oleh makcik yang menjaga atuknya di kampung melalui group WhatsApp.

"Saya kenal sangat gelagat atuk dan nenek saya ini. Tak boleh berjauhan langsung. Sebab itu saya terpanggil untuk berkongsi kisah mereka di 'Kami Suri Rumah'.


"Tak sangka pula sampai viral, niat saya nak kongsi kisah cinta mereka dan nak minta orang ramai untuk doakan nenek saya," katanya kepada mStar.

Wanita berusia 28 tahun itu mendedahkan, neneknya, Sabariah Omar kini berusia 74 tahun manakala datuknya, Mohd Saad Sudin pula 76 tahun.

"Nenek saya on off masuk hospital, dia sebenarnya tak boleh terlalu penat. Nanti dia sukar untuk bernafas.

"Kali ini dia kena masuk wad sebab tekanan darah tinggi. Selain itu, nenek saya ada tiroid dan masalah paru-paru.

"Hidupnya memang dengan ubat, tapi kalau tengok betul-betul tak adalah terlalu uzur. Dia kuat lagi.

"InsyaAllah... esok nenek saya dah boleh keluar kalau tekanan darah semua okay, dan kalau paru-paru semua tak ada masalah," ujarnya.



Munirah turut memberitahu, nenek dan atuk sebelah ibunya itu memang sangat manja dan sering kali memberi gelaran cinta sejati kepada mereka.

"Mula tu, atuk saya sanggup tidur di pondok hospital, dia tak kisah nyamuk ka apa. Janji boleh jaga nenek saya. Dia terlampau risau cuma sekarang dah okay sikit bila makcik saya dibenarkan untuk ada bersama nenek di dalam wad.

"Dia akan mengintai-intai dekat tingkap wad, asalkan dia boleh lihat kelibat isterinya walaupun sebelah mata kiri dah tak nampak.

"Mereka ini kalau dekat akan bergaduh-gaduh manja kalau jauh baru nanti rindu. Ramai tahu mereka ini memang sweet.

"Dulu sebelum Covid-19, atuk saya memang akan jaga nenek saya di wad kalau kena tahan, jadi sekarang mungkin sebab faktor usia juga, dia tak dibenarkan untuk jaga. Itu yang sanggup duduk tepi tingkap berjam-jam pun tak apa," ujarnya sambil berseloroh.


Sumber: mStar

1

Bagus

Marah

Terkejut
2

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (3 people)


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote soslaili 29-12-2020 02:04 PM
Sweetnya.. baru le cinta agung mcmni.
Quote lonelymd 29-12-2020 02:07 PM
Moga nenek cpt sembuh..
Sweet sgt
Quote mamajawie 29-12-2020 02:10 PM
Cinta sampai hujung nyawa ni..{:love{:love
Quote MissyMolly 29-12-2020 02:21 PM
Nak jugakkkk.. till jannah gitoo.. smg nenek cepat sembuh spy atok ley gado2 manja dgn nenek seperti selalu
Quote lavendernovella 29-12-2020 02:23 PM
This is rare.
Quote Belibis 29-12-2020 02:30 PM
soslaili: Sweetnya.. baru le cinta agung mcmni.

Ingatkan letak ipong dlm kes besday paling sweet dan paling agung..salah ehh?
Quote sharlenetexas 29-12-2020 02:33 PM
So sweet
Quote misz_sanggul 29-12-2020 02:35 PM
untungnye dpt nenek dpt suami mcm tu...
nk taw org syg kte atau x tgk ms kte sakit..time x sakit mmg x lyn..kalo sakit hanta  p hospital mcm grab phm2 jela..
Quote doubleA 29-12-2020 02:36 PM
Comelnya. Memang la kebanyakan org tua2 ni cinta sejati. Kalau salah sorang meninggal dulu, yg hidup tu akan terus hidup dalam kenangan, maknanya masih sebut2kan arwah
Quote Megikari 29-12-2020 02:40 PM
Awwww cuweetnya.. {:love
Quote kechikchomel 29-12-2020 02:45 PM
kalau atok2 nenek2 yg buat camni iolss approved!
sweet je rasa.
kalau yg muda2, bbnu yg buat iolss puihhhh kan aje!
Quote aint 29-12-2020 03:09 PM
sama2 tempuhi kehidupan... dr awal... kagum dgn atok ni... moga Allah sentiasa rahmati hidup atok & nenek
Quote budaktua 29-12-2020 03:29 PM
jgn terkejut kalau nenek tu jenis berleter &  datuk tu  jenis tahan telinga....
Quote VespaSilbe 29-12-2020 04:05 PM
Nih baru bersemut kat hp aku
Quote cikdumbo_92 29-12-2020 04:05 PM
Auchhh sweetnya atok nenek ni, dumbo harap dumbo n shuben pun mcm ni {:love
Quote petak96 29-12-2020 04:24 PM
Teringat pengalaman sendiri witnessed kisah sweet pasangan yang dah tua waktu I warded di Hospital Klang tahun 2009. Kisah yang sama tapi time tu takde covid, so takde halangan untuk atuk teman nenek di wad. Nurse pulak baiknya bagi extra bed sebelah nenek.
Quote MissVixen 29-12-2020 05:39 PM
Bahayanya atuk ni. Nanti kena denggi ke apa. Banyak aku jumpa penjaga yang meninggal dulu dari orang sakit. Tido atas kerusi, makan tak tentu sebab jaga orang sakit. Harap2 atuk ni balik dan berehat di rumah. Tak sweet kalau dua2 sakit.
Quote cikkittydiva 29-12-2020 05:44 PM
Relationship goal
Quote Tinot7 29-12-2020 06:24 PM
so sawit.. get well soon

Lihat semua komen(45)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-11-2024 03:51 AM GMT+8 , Processed in 0.115116 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top