Sinonim dengan penampilan seksi sehingga digelar bintang porno, bagaimanapun sejak kebelakangan ini Zizi Kirana dilihat mula menjaga pemakaiannya. Malah, ramai tertanya-tanya apabila Zizi tidak lagi berkongsikan gambar seksi di Instagram.
Menurut Zizi, dia kini tidak lagi memakai pakaian yang mendedahkan bentuk badan selepas ditegur ibunya. Tidak sanggup melihat ibunya bersedih, Zizi juga berazam untuk berubah ke arah yang lebih baik. “Saya dapat nasihat dan teguran daripada mummy, sebab sehingga umur saya 35 tahun dia tak pernah bagi nasihat yang panjang-panjang melalui mesej. “Bila mummy mesej macam tu, saya pun terfikirlah selama ni saya kecewakan dia ke? Saya nangis semasa baca mesej macam tu,” katanya. Dalam pada itu, Zizi berkata ibunya turut berpesan untuk melakukan perubahan secara perlahan-lahan. Katanya, dia sudah berjanji pada ibunya untuk tidak lagi berpakaian seksi. “Mummy cakap tak semestinya kau kena pakai tudung, sebab mummy tak nak kau nanti tiba-tiba kau nak pakai tudung alih-alih esok nanti kau nak buka habis semua. “Jadi saya janji kat mummy takkan pakai seksi-seksi lagi… saya berubah perlahan-lahan, ” katanya kepada mStar Online. Menurut Zizi lagi, dia juga telah memadam gambar-gambar seksi dan berpakaian terdedah yang pernah dimuat naik di Instagram sebelum ini. Sumber: RotiKaya |
prettyuglybabe replied at 31-12-2020 10:47 AM
dia ni lawa.. suara pun ok..
kalau tak seksi ramai je acik-acik minat..
JalaEmas replied at 31-12-2020 10:50 AM
seriuslh uolls.. tgk gmbr mase af7 cm byk dh direnovate espcially tang hidung.. tak ori sudeh
prettyuglybabe replied at 31-12-2020 10:47 AM
dia ni lawa.. suara pun ok..
kalau tak seksi ramai je acik-acik minat..
bulalof: piggiii daaahhh. tu pun tak mampu nak fikir.
cruz2 replied at 31-12-2020 05:22 PM
Iols suka zizi ni.suara sedap.ckp teratur dgn slang sabah tu dan nmpk jenis hormat org.biasa tgk dia ...
ADVERTISEMENT