CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

'Menyewakan Diri' Jadi Peneman Untuk Makan, Minum Dan Jalan-jalan

31-12-2020 10:48 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 4682| Komen: 21

Seorang lelaki di Jepun menjadi selebriti selepas membina kerjaya hanya dengan menjadi peneman individu lain untuk makan, minum dan bersiar-siar.

Menurut laporan portal Oddity Central, Shoji Morimoto, 37, mengambil masa hanya dua tahun untuk berubah dari seorang penganggur kepada selebriti dan memiliki lebih 270,000 pengikut Twitter.

Lebih mengagumkan, kisahnya dipaparkan di stesen televisyen dan majalah serta mempunyai manganya (komik) sendiri.

Shoji 'disewa' untuk melakukan khidmat unik hanya untuk menemani pelanggannya untuk makan, minum dan bersiar-siar. Tidak lebih dari itu.


Kredit foto: Oddity Central


Pelajar dan model itu memiliki ijazah sarjana dalam bidang fizik dari Universiti Osaka sebelum menjadi pengarang buku di syarikat penerbitan.

Namun, selepas tiga tahun bekerja iaitu pada 2017, dia memutuskan untuk berhenti kerja kerana ia bukan kerjaya idamannya.

Shoji memaklumkan Toyokeizai Online dia bahawa keputusan itu diambil selepas membaca buku ahli falsafah Jerman, Friedrich Nietzsche yang mengubah perspektifnya mengenai kehidupan.

Difahamkan, dia menawarkan khidmat itu secara percuma, manakala pelanggan hanya perlu membayar kos pengangkutan, makanan atau minuman.




Agak melucukan apabila perkongsiannya di Twitter baru-baru ini mendedahkan bahawa dia dijemput seorang lelaki ke hotel lima bintang untuk lelaki itu berkongsi hobinya selama tiga jam.

Katanya, lelaki itu menjadikan rutin mengunjungi hotel mewah berkenaan sebulan sekali sebagai hobinya. - CARI

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Kurex 31-12-2020 10:54 AM
Takde adegan ikek ikek kimochi ke?
Quote Mooverine 31-12-2020 11:13 AM
Kesian, penat ja rupa dia kurus kering.. mesti penat stress dengar pelanggan dia punya cerita. cerita tak best pun, terpaksa layan juga..
Quote makneng 31-12-2020 11:32 AM
pada mak job dia ni rengsek..rengsek nak layan kerenah and ragam manusia..kalau mak tak sanggup
Quote mamajawie 31-12-2020 11:36 AM
Kurex replied at 31-12-2020 10:54 AM
Takde adegan ikek ikek kimochi ke?

tah2 jumpa klien yg hot2 sbenarnya dia menahan nafsu nak ike ike kekdahnya..

Quote sekngucing 31-12-2020 11:40 AM
perempuan utk disewa takde ke.... muka ala ala chiaki kuriyama pun dah ok...
Quote MissYouSayang 31-12-2020 11:45 AM
sekngucing replied at 31-12-2020 11:40 AM
perempuan utk disewa takde ke.... muka ala ala chiaki kuriyama pun dah ok...

Sapa lak chiaki kunikoya tu?? Xpernah dgr pom
Quote Miss_LoveLeen 31-12-2020 11:55 AM
Mcm tak berapa menyelerakan je utk disewa
Quote lattehazelnut 31-12-2020 12:00 PM
Mcm je mcm escorts
Quote Tinot7 31-12-2020 12:43 PM
MissYouSayang replied at 31-12-2020 11:45 AM
Sapa lak chiaki kunikoya tu?? Xpernah dgr pom

kecian sekngucen... chenta tak berbalas...

[youtube]qgwMERgQbYY[/youtube]

[youtube]499Aiwh_If0[/youtube]


Quote September14 31-12-2020 12:47 PM
Tapi kenapa x ensem? Klu muka mcm takeshi kaneshiro berbaloi gak byr klu mcmni baik mkn sesorg hahah
Quote MissYouSayang 31-12-2020 06:25 PM
Tinot7 replied at 31-12-2020 12:43 PM
kecian sekngucen... chenta tak berbalas...

Lelaki yg kena bunuh dlm video pertama tu sekngucen kew....pprt nye ngucen nie..
Quote Tinot7 31-12-2020 06:55 PM
MissYouSayang replied at 31-12-2020 06:25 PM
Lelaki yg kena bunuh dlm video pertama tu sekngucen kew....pprt nye ngucen nie..

Eh tade la ... tatau apa rupe ngucen.
Quote dizekni 31-12-2020 08:24 PM
Ramai je perempuan yang suka ada orang dengar dia bercerita

telinga untuk mendengar

tak payah cakap apa sangat
Quote Zeatyisaac 31-12-2020 11:23 PM
Chiaki, Takeshi.... My time....
Quote mbhcsf 31-12-2020 11:33 PM
Edited by mbhcsf at 31-12-2020 11:35 PM

oh my god - of all the works, he chose to read  Nietzsche - hmm can see why ...
dah kalau Physics awat tak suke  Descartes ( Deka) ? cheh....Deka lagi bagus
Nietzsche ni gelumang dengan pessimistic worldview - tragedy.


Quote Bholatchomel 1-1-2021 07:55 AM
Ari tu ada tgk dokumentari kat jepun, benda ni memang ada agensi. Yg balik makan kat rumah konon mcm family sweetlah. Mcm ada 1 perempuan dia sewa lelaki yg sama tuk balik rumah mkn malam sama dia ngan anak dia. Dia bercerai ke laki mati lupa plak. Ada pasangan tua sewa tuk makan sama tuk mcm ada anak kesian depa kesunyian.
Quote fox. 1-1-2021 07:58 AM
Tidak berteman pun tidak mengapa jika ghoper kayak ginih yah
Quote Jitu 1-1-2021 10:16 AM
fox. replied at 1-1-2021 07:58 AM
Tidak berteman pun tidak mengapa jika ghoper kayak ginih yah

kalau mcm ni

Quote AyaqMeloSuam 1-1-2021 02:50 PM
X selera ah nk sewa.. yg lain ada x ?

Lihat semua komen(21)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-11-2024 07:27 PM GMT+8 , Processed in 0.295485 second(s), 51 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top