CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Polis Simpan 430 Anak Pokok Ketum, 14 Burung

31-12-2020 01:59 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1382| Komen: 0

Seorang anggota polis bantuan Felda ditahan selepas didapati menyimpan 430 anak pokok ketum dan memelihara 14 ekor burung dilindungi tanpa lesen di rumahnya di Felda Aring 1, di sini, pagi semalam.


Lelaki berusia 32 tahun itu ditahan di rumahnya pada 1.20 pagi hasil maklumat awam dan risikan polis.

Pemangku Ketua Polis Daerah Gua Musang, Deputi Superintendan Sik Choon Foo berkata, pihaknya turut menemui 72 botol mengandungi cecair hitam dipercayai ubat batuk di dalam rumah itu.

Foto: Harian Metro

"Selepas itu, polis menyerbu sebuah bangsal berhampiran rumah suspek dan menemui 2,880 botol ubat batuk dan empat guni berisi daun ketum.

"Seorang lelaki warga Myanmar berusia 23 tahun yang berada dalam bangsal terbabit turut ditahan untuk membantu siasatan.


"Kami menemui 430 anak pokok ketum dalam polybeg di halaman rumah suspek dipercayai untuk dijual," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Daerah Polis (IPD) Gua Musang, hari ini.

Hadir sama, Pegawai Penyiasat Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Gua Musang, Noriza Abd Ghani.

Sik berkata, ia adalah rampasan ubat batuk dan anak pokok ketum itu terbesar tahun ini dipercayai untuk pasaran tempatan.

Beliau berkata, pihaknya turut merampas 14 ekor burung tanpa lesen di bawah kawalan Perhilitan membabitkan seekor burung batu Sabah, murai batu tempatan, burung kepala keras, burung murai buluh, burung daun hijau.

Katanya, burung lain termasuk dua burung hantu, lima burung kedidi pantai dan dua ekor burung ruak-ruak bernilai semuanya RM1,330.

"Kes daun ketum, pokok anak ketum dan ubat batuk disiasat mengikut Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952, Seksyen 30(3) Akta Racun 1952 dan Seksyen 15(1)(a) ADB 1952.

"Bagi rampasan 14 ekor burung terkawal itu di serahkan kepada Perhilitan untuk tindakan lanjut," katanya. -CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

| Komen di Forum

Komen Terbaru


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-11-2024 05:38 PM GMT+8 , Processed in 0.434784 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top