Tindakan pelakon Mawar Rashid menghantar anak sulungnya yang belum mencecah usia dua tahun ke prasekolah mengundang kecaman netizen. Mawar menerusi Instastory berkongsi paparan skrin mesej daripada individu yang menganggap aktres itu seakan-akan malas menjaga anaknya iaitu Raden Muhammad Rafael sejak kecil lagi.
Malah, individu tersebut juga mendakwa pelakon berusia 25 tahun itu seperti tidak menyukai anaknya sehingga menyerahkan tanggungjawab penuh kepada pembantu rumah dan ibunya sendiri. "Mawar malas nak jaga Rafael ke suruh hantar sekolah? Kesian dia kecil lagi, baru setahun. Perasan juga daripada Rafael kecil, Mawar macam tak jaga dia. "Pembantu rumah dan mak Mawar yang jaga. Mawar macam tak suka anak... tapi sibuk bunting lagi," tulis individu tersebut.
Sebelum ini, pemilik nama Wan Mawar Shaputri Wan Abdul Rashid ini berkongsi video di Instastory memperlihatkan anak sulungnya itu kelihatan teruja untuk melakukan aktiviti di sebuah prasekolah. Mawar juga pernah menjelaskan dia terpaksa menghantar anaknya ke prasekolah kerana mahu mencari rezeki seperti menguruskan perniagaan dan kerja dalam bidang seni. Dalam pada itu, pelakon telefilem Penaklukan Syaitan berkenaan berkata dia sudah memaafkan dan mendoakan agar Allah membersihkan hati individu tersebut.
|
TerataiMelur02 replied at 31-12-2020 02:55 PM
Anak dia comel tapi nampak macam comot sentiasa.. Pakaian pun x nampak macam anak org have2
ADVERTISEMENT