Disebabkan pandemik Covid-19 yang belum berkesudahan, seorang jurusolek mengambil keputusan untuk menceriakan jiran-jirannya dengan tampil dalam dress cantik setiap Rabu hanya untuk menolak tong sampah. Nicola Matthews, 49, mengambil masa sejam untuk bersiap sebelum keluar membawa tong sampahnya dan mengambil gambar. Menariknya, dia berjaya mengumpul dana sebanyak 600 pound sterling, kira-kira RM3,300. Menurut Daily Star, semuanya dilakukan sejak 20 minggu lalu dengan memakai gaun glamor, dress untuk parti dan pelbagai lagi.
Jadi, pada setiap Rabu, jam 8 pagi, Nicola telah bersiap dengan gaun glamornya lalu membawa tong sampah keluar dan berswafoto dari rumahnya di Essex, England. Baju-bajunya diinspirasikan dari filem Austin Power, Marilyn Monroe serta drama bersiri Desperate Housewives. "Mula-mula memang rasa kelakar, tapi ia jadi menarik bila jiran-jiran turut membantu. Saya pernah berjalan sejauh lima kilometer menolak tong sampah ini untuk menyumbang kepada balai bomba." Jadi, ada yang berani mencuba idea ini untuk mendapatkan sumbangan buat kebajikan? - CARI
|
nanies replied at 4-1-2021 01:40 PM
untong la kurus. cer gemok, pakai bogel pun org takmo bg donation.
ADVERTISEMENT