Selepas beberapa bulan tidak tinggal sebumbung, pelakon Puteri Sarah mengakui masih berhubung dengan suaminya yang juga pengarah filem Munafik, Syamsul Yusof demi anak-anak. "Kami masih berhubung dan kadang-kadang Syamsul datang bertemu anak-anak. Insya-Allah, kami dalam fasa berbaik, tapi dalam tempoh ini harapnya semua dapat berikan sokongan dan mendoakan yang terbaik. Jangan harap perkara buruk berlaku. "Sudah menjadi lumrah apabila seseorang jatuh pasti akan ada individu yang bertepuk tangan, tapi saya tidak akan biarkan perkara itu berlaku," katanya. Tambah Sarah atau nama sebenarnya Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin, dia dan Syamsul sudah mempunyai jalan penyelesaian dan berharap hubungan mereka kembali pulih. "Sebenarnya kami sudah ada jalan penyelesaian selepas berbincang dan mencari kesefahaman. Akan ada berita baik. Doakan yang terbaik saja buat kami," katanya.
Mengakui tahun lalu adalah episod duka yang penuh cabaran dan kepahitan apabila rumah tangga yang dibina hampir enam tahun lalu dikatakan diganggu orang ketiga, Sarah bagaimanapun enggan terus hanyut membuai perasaan sedih sebaliknya ingin terus bangkit.
|
chinta89 replied at 4-1-2021 08:07 AM
Semoga yg baik2 utk mereka.. Btw btl ke org ketiga tu anak kaxar???
follesegal replied at 4-1-2021 10:22 AM
yg iols prasan sarah ni mcm nk try mk kclique je...ada je bnda dia nk post puji mk ni..pastu gigih m ...
ADVERTISEMENT