CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

"Tak Patut Buang Gambar Mao, Itu Hiasan Promosi Restoran Je" - Nga Kor Ming

4-1-2021 08:16 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 15300| Komen: 209

Pengerusi DAP Perak Nga Kor Ming menyifatkan tindakan pihak berkuasa menanggalkan gambar Pengerusi Parti Komunis China Moa Tze Tong dalam sebuah restoran di Pulau Pinang sebagai salah.

Ahli Parlimen Teluk Intan itu berkata, tindakan pihak berwajib juga disifatkan sebagai tidak wajar kerana gambar tersebut hanyalah sebagai hiasan bagi mempromosi restoran tersebut.



Kredit foto: IG Nga

Katanya, pada abad ke-21 ini rakyat dapat membezakan antara gimik pemasaran dan ideologi komunis.

“Adalah salah dan tidak wajar bagi pemerintah pintu belakang PN untuk membuang hiasan promosi restoran yang nakal hanya kerana mereka memasang gambar Pengerusi Mao.

“Ayuh, rakyat Malaysia pada abad ke-21 dapat membezakan sendiri apa itu ideologi komunis dan gimik pemasaran,” ciap Kor Ming di Twitternya.

Semalam, tular gambar hiasan dalam sebuah restoran yang memaparkan elemen komunisme dan pemimpin komunis dalam media sosial.



Kredit foto: Twitter Nga

Hiasan berlebihan seolah-olah mengagungkan pemimpin luar dan berfahaman komunis menimbulkan pertikaian warganet.

Selain hiasan didinding cawan dan peralatan dalam restoran itu turut mempamerkan karikatur berunsurkan wajah pemimpin komunis di dua premis restoran tersebut.

Polis sedang menjalankan siasatan terhadap pemilik sebuah restoran yang menghias dua premisnya masing-masing di Auto City dan Pulau Tikus dengan kertas dinding memaparkan elemen komunisme dan pemimpin komunis.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pulau Pinang, Senior Asisten Komisioner Rahimi Ra’ais, berkata siasatan dijalankan setelah polis menerima maklumat daripada orang awam berhubung perkara itu.

Kes disiasat di bawah Seksyen 47 Akta Pertubuhan 1966 kerana menerbitkan propaganda sebuah pertubuhan haram.

Kes terbabit juga disiasat di bawah Seksyen 505(b) Kanun Keseksaan kerana menerbit atau mengedarkan sebarang kenyataan, khabar angin atau laporan dengan niat menyebabkan ketakutan atau kegentaran awam.


Sumber: Suara Merdeka

1

Bagus
1

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (2 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote LadyCarefree 4-1-2021 08:20 AM
Apo ko ingat ni bapak ko punya negara? Buat gimik bodo takpe tp gimik camni bangang.
Quote blastoff 4-1-2021 08:25 AM
Edited by blastoff at 4-1-2021 08:27 AM

Kat restoren tu tayang lukisan....

yg di buat PN dan muhyidin bukan stakat gambar betul je tayang kat media , tapi segala2 propaganda yg buruk dari sistem komunis telah pun di praktikkan dlm negara kita .....cuma di buat atas alasan pandemik dan di adaptasikan sebagai SOP


[[[[[[[[[[[[[[[[[[[[[[[[[[[[[[[[[[[[[[[[[[[[[[[[

https://www.pmo.gov.my/ms/2020/1 ... id-19-pm-muhyiddin/

Pejabat Perdana Menteri Malaysia > Berita > Anggap Malaysia negara sahabat baik, China akan beri keutamaan vaksin COVID-19 – PM Muhyiddin
Anggap Malaysia negara sahabat baik, China akan beri keutamaan vaksin COVID-19 – PM Muhyiddin[size=0.8666em]November 26, 2020Berita, Galeri Gambar

KUALA LUMPUR, 26 Nov — Malaysia telah disenaraikan sebagai negara yang akan diberi keutamaan untuk menerima vaksin COVID-19 daripada China,  kata Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Muhyiddin berkata perkara itu dinyatakan oleh Duta Besar China ke Malaysia Bai Tian semasa melakukan kunjungan perpisahan ke atas beliau di bangunan Parlimen semalam.
Katanya Malaysia turut menzahirkan penghargaan kepada China atas komitmen tersebut.
‘’TYT  (Tuan Yang Terutama) Bai Tian turut menzahirkan penghargaan kepada kerajaan Malaysia yang sentiasa memberi  sokongan dalam pelbagai aspek kepada negara itu, khususnya ketika pandemik COVID-19 melanda Wuhan awal tahun ini.
“Beliau menganggap Malaysia sebagai negara sahabat sangat akrab yang sentiasa bersedia menghulurkan bantuan ketika China berdepan musibah,’’ kata Muhyiddin dalam hantaran Facebook beliau hari ini.
Sementara itu, Muhyiddin melahirkan perhargaan kerajaan Malaysia  terhadap sumbangan Bai Tian dalam mengukuhkan hubungan dua hala Malaysia-China yang kini berada pada tahap sangat tinggi sejak hubungan diplomatik kedua-dua negara terjalin pada 1974.




Quote Buritan 4-1-2021 08:27 AM
Aku nak letak gambo hitlerlaa.. hidup hitler.. aaa gittew
Quote lattehazelnut 4-1-2021 08:27 AM
Kat rumah kau pun ada poster mao kan
Quote axl_bach 4-1-2021 08:29 AM
Kalau sekadar hiasan amik lah yg btol2 hiasan....benda2 provokatif ni xyah buat hiasan.....

Amik tokoh2 tertentu sahaja sbg hiasan akan timbulkan masalah....unless ko nk pampang semua tokoh sedunia regardless ideologi.....then oklah nk justify kata hiasan
Quote mbhcsf 4-1-2021 08:30 AM
Nga kor Ming - how about letakkan gambar gambar  kemerdekaan malaysia, gambar rukun negara keeee, gambar TDM keee ( hahaha) gambar gambar  patriotic malaysia ke.


gambar  Tan Cheng Lock Ke , Tan Siew Sin ke

Burhanuddin Helmy keeee



saja suggested a few  kalau nak sangat hias premis





kalau dah terlangsung gambaq Chairman Mao awat tak bubuh gang of 4 terus?
Quote mbhcsf 4-1-2021 08:32 AM
gimmick pemasaran -oh my god , excuse ape ni?
awat depa lalui zman gemilang terbilang cemerlang CULTURAL REVOLUTION kaa? ingat ye , masa ni la SEGALA  aspek warisan kegemilangan kebudayaan China musnah......yes...hilang
Quote rospinki 4-1-2021 08:33 AM
amboi suda belani oo..lu mau tepek hepi2 punya gbr lu tepek lu punya latok moyang la. siau liou
Quote gujiwa 4-1-2021 08:39 AM
nasib la kena tanggal kan je.. kalau kena tutup terus kedai tu lagi naya kot.
Quote lonelymd 4-1-2021 08:40 AM
Sebab xde apa2 tindakan lagi diambik setakat ni utk kes2 yg serupa... itu psl si nga ni berani backup
Quote Mooverine 4-1-2021 08:45 AM
Bengongnya statement dia ni..

Quote Nnasda53 4-1-2021 08:53 AM
Banyak photo lain nak juga2 komunis punya muka..ish2.
Quote swateng1 4-1-2021 08:53 AM
apoo statement apek ni.. hiasan korakkkk mu. sah2 mmg tali barut komunis ni
Quote fizamn 4-1-2021 08:56 AM
letak aje pic Dalai Lama..  
Quote blastoff 4-1-2021 08:57 AM
Edited by blastoff at 4-1-2021 09:02 AM

Gambar bawah ni dlm bentuk Mao yg sebenar ...... yg kat restoren tu lukisan ...mana lagi hebat "real" nya tuh ?


]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]



https://www.reddit.com/r/malaysi ... _razak_and_mao_tze/


A meeting image between Tun Razak and Mao Tze Tung used by BN propaganda in 1974 elections.





Quote blastoff 4-1-2021 09:01 AM
Edited by blastoff at 4-1-2021 09:06 AM

Pada tahun 2014 , di buat exhibition truihhh dipamerkan utk semua mural sepanjang 80 kaki mengenai gambar2 lawatan tun razak ke china bertemu Mao
Sampai mcm tu gah diperlakukan gambar2 mao di exhibition itteww boleh plak sapa tak riuh pungg sampai ke lani di kalangan org2 UMNO ?



''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''

https://www.theborneopost.com/20 ... aks-visit-to-china/


Exhibition on Tun Razak’s visit to China
POSTED ON MAY 28, 2014, WEDNESDAY AT 7:46 AMNATION
Visitors tour the exibition ‘Everlasting Friendship’ Malaysia — China Pictorial Exibition in conjuction with 40th anniversary of the establishment of diplomatic relations between Malaysia and China held at Bangsar Shopping Complexs in Kuala Lumpur. — Bernama photo

KUALA LUMPUR: An exhibition opened yesterday at the Bangsar Shopping Complex in the form of an 80-foot-long mural bearing 200 pictures of the historic visit of Malaysia’s second prime minister Tun Abdul Razak Hussein to China in 1974.

The ‘Everlasting Friendship — Malaysia and China’ pictorial exhibition will be on for 13 days up to June 8.

It is organised by the Malaysia-China Friendship Association and Canvas Art Sdn Bhd in collaboration with the Tourism and Culture Ministry in conjunction with the 40th anniversary of Malaysia-China diplomatic relations.
Canvas Art managing director Robert Lim said the exhibition consisted of a mural of Tun Razak’s six-day visit to China in 1974 when Kuala Lumpur and Beijing established diplomatic ties.
“The 200 pictures have been meticulously designed into a mural, 80 feet long, reflecting a daily pictorial record of Tun Razak’s historic journey. Such integrated work has never been produced or displayed to the public before,” he said at the exhibition.
The exhibition was opened by Tourism and Culture Ministry secretary-general Datuk Dr Ong Hong Peng who represented the minister, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz.
Also present were the director and first secretary of the Cultural Office at the Embassy of China, Gao Wei, and Malaysia-China Friendship Association president Datuk Abdul Majid Ahmad Khan.
At the event, retired police officer Datuk Mohd Nordin Idris said Tun Razak’s visit paved the way for mutual benefit, particularly in the economic aspect.
Mohd Nordin was an escort officer to Tun Razak during the visit to China and had the chance to shake hands with Mao Zedong, the late chairman of the Central Committee of the Communist Party of China.
“I was one of those officers who went with Tun Razak and I was one of those who went into the Chairman’s residence with Tun Razak and shook hands with him (Mao Zedong).
“I am so proud. Not everybody got to see the Chairman at that time,” he said, and expressed the hope that bilateral relations could be enhanced further for long-lasting economic and social benefits for both countries. — Bernama







Quote axl_bach 4-1-2021 09:02 AM
blastoff replied at 4-1-2021 08:57 AM
Gambar bawah ni dlm bentuk Mao yg sebenar ...... yg kat restoren tu lukisan ...mana lagi hebat "re ...


Mau Tsi Tunh ni idup zaman Allahyarham Tun Abdul Razak ke?....hahahaha, mati2 aku igt dia tokoh awal 1900-an....
Quote pxlbb 4-1-2021 09:08 AM
Buritan replied at 4-1-2021 08:27 AM
Aku nak letak gambo hitlerlaa.. hidup hitler.. aaa gittew

dff8d4ca6f54d45dedf408f5c0563f85a5e2215b.jpg

Nah kaka buritan chuols sila jadikan canvas letak kat ruang tamu yach
Quote blastoff 4-1-2021 09:10 AM
axl_bach replied at 4-1-2021 09:02 AM
Mau Tsi Tunh ni idup zaman Allahyarham Tun Abdul Razak ke?....hahahaha, mati2 aku igt dia tokoh  ...

zaman tun razak dulu bangga kemain lagi yg iringi tun razak pi shake hand dgn mao ........lani plak keturunan depa dlm UMNO marah gambar mao je di buat lukisan kat restoran tuh  ..... mungkin depa nak lukisan tunjukkan tun razak perlu ada sama kot tengah dok shake hand dgn mao baru pada depa jadi ok .

Lihat semua komen(209)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-11-2024 12:37 PM GMT+8 , Processed in 0.067106 second(s), 37 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top