CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Pendapatan Terjejas, Duit KWSP Amelina Dah Habis Kena Korek

4-1-2021 01:22 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 13832| Komen: 74

Penyanyi, Amelina merindui menyanyi dan menghiburkan peminat atas pentas.

Amelina berkata, dia percaya golongan anak seni turut merasakan perkara yang sama.



Foto: IG

"Menghiburkan penonton sudah menjadi satu tanggungjawab. Jujurnya, saya sedih tak dapat berbuat demikian. Saya rindu nak dengar peminat sebut dan sorak nama apabila tampil atas pentas.

"Sebenarnya, di situlah kepuasan saya sebagai penyanyi apabila melihat peminat gembira. Ramai orang beranggapan penyanyi sentiasa gembira, tetapi mereka tak tahu apa yang terjadi di sebalik tirai pentas.

"Ketika bersedih pun terpaksa menghiburkan orang. Jadi, apabila kurang menghiburkan peminat, rasa rindu mula terbit di hati," katanya kepada BH Online.



Bagaimanapun, Amelina berkata, dia reda dan pasrah dengan situasi COVID-19. Kini, dia cuba mencari platform lain untuk menghiburkan peminat.

"Kita kena cerdik dalam keadaan ini, mencari platform berbeza dan pada masa yang sama, cari rezeki dengan inisiatif lain.

"Saya tidak menafikan 2020 memberikan impak besar kepada pejuang seni dan tidak kurang, masyarakat seluruh dunia. Bagi saya, 2020 sangat mencabar.

"Awalnya, saya sangat takut tetapi sekarang ini, saya sudah reda. Apapun berlaku, hidup perlu diteruskan. Bukan saya sahaja, tetapi seluruh dunia terkesan dengan pandemik ini.

"Kita janganlah kutuk dan caci maki kerana semua orang terkesan dengan pandemik ini," katanya.


Bagi Amelina, semua orang perlu saling membantu dan tidak menjatuhkan antara satu sama lain sempena menyambut tahun baharu dalam situasi pandemik COVID-19 masih belum berakhir.

"Ada yang mengatakan golongan artis berpendapatan tinggi, tetapi kena ingat, kami kerja bukan makan gaji. Semua kegiatan seni terbatas, jadi pendapatan tidak semeriah dahulu.

"Saya termenung memikirkan soal ini sebab saya tak tahu berniaga. Nak cari kerja pun usia bukan muda lagi, tambah pula sekarang ramai kena buang pekerja. Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) pun tiada, jadi mana nak korek duit? Kalau ada pun duit KWSP masa kerja kilang dahulu, tetapi berapa sen sangat.

"Lagipun, duit KWSP kerja kilang dahulu sudah habis dikorek. Sekarang, saya hanya bergantung kepada pendapatan menyanyi. Nasib baik, saya seorang yang berjimat cermat, bukan jenis lupa diri ketika berduit. Saya jenis menyimpan," katanya.


Bertanya mengenai pendapatannya, Amelina bersyukur, dia diberikan peluang berlakon ketika kegiatan nyanyian tidak dapat dijalankan.

"Saya menjayakan drama 28 episod berjudul Rahimah Tanpa Rahim untuk siaran TV3, baru-baru ini. Saya diberikan watak penting daripada drama terbitan penerbit, Jalena Rejab itu.

"Selain itu, ada juga orang bertanya mengenai undangan nyanyian untuk majlis tertutup di Johor Bahru dan Sabah. Malah, saya juga mendapat undangan menjayakan sambutan Tahun Baharu, baru-baru ini, tetapi disebabkan kes COVID-19 bertambah, ia terpaksa dibatalkan.


"Namun, saya reda dan pasrah. Dalam masa sama, saya berdoa agar keadaan ini segera pulih," katanya.

Terdahulu, Amelina turut menceburi bidang perniagaan makanan dengan menjual kek Banji Mat Roll selepas kerjaya nyanyiannya tidak boleh diteruskan sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). -CARI


Bagus

Marah

Terkejut
1

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote chinta89 4-1-2021 02:04 PM
Semua org pun tgh susah skg..{:hero
Quote jijioaynna 4-1-2021 02:07 PM
Habis...masa ngko top top meletop rtu,x simpan duit kahh?? Dah tau job sbg retis mmg xde KWSP, sendiri mau igt la kakak.
Quote djzara81 4-1-2021 02:17 PM
Mase tgh mewah tak beringat..peringatan utk kita semua
Quote prettyuglybabe 4-1-2021 02:17 PM
cam mana dia korek epf awal-awal dulu?
buat beli rumah? pelaburan? sakit?
Quote TerataiMelur02 4-1-2021 02:21 PM
Bukan tengah bercinta ngan ahli perniagaan ke?
Quote sokmogitu 4-1-2021 02:36 PM
jijioaynna replied at 4-1-2021 02:07 PM
Habis...masa ngko top top meletop rtu,x simpan duit kahh?? Dah tau job sbg retis mmg xde KWSP, sendi ...


Kau x baca ke artikel tu? Ke baca tajuk je?
Quote sokmogitu 4-1-2021 02:38 PM
prettyuglybabe replied at 4-1-2021 02:17 PM
cam mana dia korek epf awal-awal dulu?
buat beli rumah? pelaburan? sakit?

Tak rasa kwsp dia masa kene kilang byk..dia kerja kilang dari 1992-1994 je pun. Mungkin dia pakai duit tabung 2 dia utk renovate rumah kot  .
Quote adeqbun 4-1-2021 02:38 PM
time jd artis kene ade financial planning utk masa2 time xde job.,.cthnye skang dh ade insurans ala2 utk skim pencen(ai bkn ejen ai dgr je kwn ai cite)..xpon bole kan nak amik kwsp sndri..carum utk diri sndri..so benda tu dr awal kene pk bile decide jd retis which is maksudnye bekerja sndri kene ade bekap sekiranya dh xlaku...
jgn slhkan covid..
kalau nak slhkan jugak, yg keje hebat2 pon ramai dh kene buang keje terkesan sbb covid ni..
Quote salmon-suki 4-1-2021 02:40 PM
Kalau jd retis kan,,xleh ke carum kwsp sendiri?cth tiap kali payment show dpt,carum kt kwsp..xleh bt gtu ke?lg satu,xde bt pelaburan asb ke ape ke?
Quote me12345 4-1-2021 02:48 PM
Dulu time tersohor duit buat apa....kesian
Quote underground 4-1-2021 02:55 PM
djzara81 replied at 4-1-2021 02:17 PM
Mase tgh mewah tak beringat..peringatan utk kita semua

kan ada pepatah masa muda dan kaya kena la joli tak ingat donia..
Quote doubleA 4-1-2021 03:01 PM
Kaklong sebelum masuk gv pun camana sara hidup lepas cerai dengan laki? Dia top sekejap jugak lepas kawen terus senyap sampai muncul balik gv
Quote putu 4-1-2021 03:15 PM
Edited by putu at 4-1-2021 03:17 PM
salmon-suki replied at 4-1-2021 02:40 PM
Kalau jd retis kan,,xleh ke carum kwsp sendiri?cth tiap kali payment show dpt,carum kt kwsp..xleh bt ...


Nak tanya. Apa beza carum kwsp & pelaburan asb? I mean dr segi manfaat nya. Mn 1 lagi byk beri keuntungan
Quote salmon-suki 4-1-2021 03:18 PM
putu replied at 4-1-2021 03:15 PM
Nak tanya. Apa beza carum kwsp & pelaburan asb?

Kwsp boleh keluar kalau certain situation je..akaun 2 tu boleh keluar kalau sbb2 tertentu,smbg study,beli rumah etc..akaun 1 xleh lgsg sentuh smpai dah bersara...asb plak boleh je kuar bila2 masa..

Tp keadaan skrg,ramai y hilang keje n dlm kesusahan,sbb tu gomen bg keluar kwsp utk akaun 2 dan akaun 1...
Quote MadameOnion 4-1-2021 03:23 PM
prettyuglybabe replied at 4-1-2021 02:17 PM
cam mana dia korek epf awal-awal dulu?
buat beli rumah? pelaburan? sakit?

ambik i lestari yg rm 500 sebulan tu kot...lgpun dia kata dulu keja kilang..maybe la ada duit dlm kwsp 4000-5000 agaknya
Quote MadameOnion 4-1-2021 03:25 PM
kak long ni anak ramai..single mother..kalau mendunia pun rasanya payment tak tinggi mana..aku lagi heran yg retis yg muda2 kuat lagi mintak umah pprt
Quote tagas 4-1-2021 03:41 PM
Dah bebaik ke ngan parents

dulu bkn main kes menghilangkan diri lepas kawen
Quote no_el 4-1-2021 03:48 PM
Patut dulu masa ko boleh buat duit melimpah ruah ko g kawin sesenyap.
So hadap la
Peringatan lat retis muda2 ni
Tgh top ko pulun abis abisan. Bisnes, food review, pgacara, blakon nyanyi rembat kasi kaw kaw n beli aset serts simpan kat asb
Xla bila dah tua merempat
Quote rayna_raynes 4-1-2021 04:07 PM
jijioaynna replied at 4-1-2021 02:07 PM
Habis...masa ngko top top meletop rtu,x simpan duit kahh?? Dah tau job sbg retis mmg xde KWSP, sendi ...

kan habis dikikis bekas lakinya

Lihat semua komen(74)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-11-2024 12:54 PM GMT+8 , Processed in 0.082559 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top