Dek kerana teruja mahu mengabadikan kenangan di tempat menarik, banyak kemudahan rosak di tangan manusia yang tidak bertanggungjawab.
Tasik Tasoh, Perlis menjadi tumpuan ramai pengunjung dek keindahan alam semula jadi serta kawasan menarik untuk dirakam keindahannya. Namun, segala-galanya menjadi serba tidak kena apabila segelintir pengunjung merosakkan kemudahan yang disediakan hanya untuk bergambar. Menurut pihak resort, sebelum ini buaian sarang burung telah putus (mungkin disebabkan berebut-rebut atau beban berat), kemudiannya kerusi yang dipasang juga tercabut dan trend terbaharu adalah berbaring di celah pokok bunga tulip LED.
Ianya menimbulkan kemarahan netizen kerana telah merosakkan kemudahan yang disediakan, seterusnya mungkin membuatkan orang lain meniru perbuatan tersebut dan lama kelamaan menjadi rosak. Pokok bunga tulip berlampu itu lebih menarik dengan cahaya lampunya pada waktu malam. Namun, disebabkan kerakusan segelintir pengunjung, ia membuatkan kemudahan disediakan ini jahanam. Netizen turut meluahkan rasa tidak puas hati atas insiden tersebut. Apa salah pokok bunga itu? Sementara itu, ada juga berpendapat supaya pihak pengurusan lebih peka dengan sikap sambil lewa pengunjung ini dengan menyediakan tempat khas untuk berfoto. |
ADVERTISEMENT