CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Gosip Lihat artikel

Abby Abadi mahu berdakwah menerusi lakonan

11-10-2012 03:28 PM| Diterbitkan: admin6| Dilihat: 120146| Komen: 976

Wartawan Sinar Harian

9 Oktober 2012


Abby Abadi

Mungkin ramai menyangka bidang kerjaya pelakon Gerak Khas, Abby Abadi telah berubah selari dengan imejnya kini.

Semakin aktif dengan ceramah politik dan agama, bekas isteri pelakon, Norman Hakim ini dilihat seolah-olah enggan kembali ke dunia seni lagi.  Bagaimanapun, Abby mengakui masih rindu untuk berlakon yang menjadi punca rezekinya sebelum ini.

"Secara jujurnya, saya rindu berlakon lagi. Saya masih sayangkan dunia lakonan dan teringin  kembali berlakon seperti dahulu.

"Ramai beranggapan yang saya tidak akan berlakon lagi, malah ada yang meletakkan saya sebagai bekas pelakon," katanya.

Tidak mahu digelar ahli politik, kata Abby, itu bukanlah bidang kemahirannya. Jelas Abby, dia tidak akan menolak tawaran lakonan yang dirasakan sesuai dengan imejnya kini.  

"Walaupun imej saya sudah berubah, namun saya masih boleh berlakon dan berdakwah menerusi lakonan.

"Mungkin saya harus lebih selektif, tetapi jika ada yang benar-benar sesuai, saya tidak akan menolak," katanya.



Credits: sinarharian.com.my


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote maxim 9-10-2012 04:18 PM
wahhh..benang baru utk abby


dino sila masuk
Quote NAT_11 9-10-2012 04:20 PM
Tuan Tanah sila ubah tajuk kepada: Stazah Arbakyah
mahu berdakwah melalui lakonan!..................
Quote lina_lyn 9-10-2012 04:21 PM
dia belakon best...
Quote smurfet 9-10-2012 04:22 PM
Kan ke setazah kata akan berlakon bila pas masuk putrajaya?
Quote zaza86 9-10-2012 04:23 PM
NAT_11 posted on 9-10-2012 04:20 PM
Tuan Tanah sila ubah tajuk kepada: Stazah Arbakyah
mahu berdakwah melalui lakonan!................. ...

x layak pun sheollss nk jadi stazah..jauh bebenor..tuntut ilmu x abis lg..nga ex mufti pun nak gaduh..
Quote koko2 9-10-2012 04:24 PM
Bakyah dah rasa sesak tadek job ker...?
Errr..ada ker org nak amik dia blakon lagi..? lepas dok lantang kat pentas PAS..?
Penerbit pun takut drama kena gam...tak bole jual..
Quote etonjelita 9-10-2012 04:25 PM
Yahhhhhhhh!!!!! Arbaeyah dh rindu kt dunia seni yg dikatakn kotor suatu tika dulu.... Oh my!!!!!
Quote go_kart 9-10-2012 04:25 PM
dah kurang fuluss bceramah lettew
Quote dino 9-10-2012 04:28 PM
maxim posted on 9-10-2012 04:18 PM
wahhh..benang baru utk abby  

bkn bidang die ek... yg dok cite psl memali... segala tuh
Quote dino 9-10-2012 04:29 PM
smurfet posted on 9-10-2012 04:22 PM
Kan ke setazah kata akan berlakon bila pas masuk putrajaya?

die dah lupa....
Quote NAT_11 9-10-2012 04:30 PM
koko2 posted on 9-10-2012 04:24 PM
Bakyah dah rasa sesak tadek job ker...?
Errr..ada ker org nak amik dia blakon lagi..? lepas dok lan ...

Rasanya penerbit kena pikir beratus kali sebelom amik stazah ni berlakon. Kang
asik nak ubah skrip, sesuai dengan ajaran agamanya.............
Quote cikokui 9-10-2012 04:31 PM
org Bongok Sombong ni nak belakon pulak. kata dunia seni ni kotor. duit semua kotor.
PAS menang baru nak belakon. aapsal. rasa2 nak kalah dah ke? kalau kalah teruk pon pasal ko la pompuan. cakap ikut suka hati kau je padahal ilmu cetek
Quote kikuri 9-10-2012 04:31 PM
tak sangka setazah abby rindu dunia lakonan
Quote cikokui 9-10-2012 04:31 PM
bulu kening potong lagi ke?
Quote clarizsa 9-10-2012 04:31 PM
aik.. putar belit la ustazah nih... aritu ckp lain.. dh agak dh... propa jer suma tu kan?...
Quote chekshu 9-10-2012 04:36 PM
tak senada langsung dengan kutukan manja sheols pasal dunia hiburan sebelum ni...

bak kata orang tua2....  - dah ludah jilat balik lah ni!

Quote NAT_11 9-10-2012 04:39 PM
Masa dia kutuk donia seni dulu, dia di bawah alam sedar. Dia tak tahu
pun dia tercakap camtu. Lagipun, masa tu jiwa dakwahnya tengah berkobar-
kobar. La ni, mungkin dah tak banyak lagi jemputan berceramah.
Orang pun malasa nak dengo pita rakaman buruk diulang......
Quote pocahontass 9-10-2012 04:39 PM
hahaha... aritu ckp klu pemerintah dah betukar baru nak mula belakon.... alahaiiiii abby., ckp x serupa bikin LOL  
Quote harkktuih 9-10-2012 04:41 PM
aku gelak jer dgr stetmen rindu nk brlakon..

Lihat semua komen(976)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-12-2024 06:06 PM GMT+8 , Processed in 0.069580 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top