CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Kes Langgar Lubang Lagi, Penghantar Makanan Maut Di Damansara

5-1-2021 11:50 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 6394| Komen: 42

Kes kemalangan akibat struktur jalan raya yang tidak rata serta berlubang seringkali mendedahkan penunggang motosikal kepada bahaya. 

Terbaru, Harian Metro melaporkan seorang penghantar makanan meninggal dunia selepas motosikal ditunggangnya melanggar lopak di bahu jalan sebelum terjatuh dalam kemalangan di Jalan PJU 7/2, di Mutiara Damansara berhampiran The Curve, semalam.



Kredit foto: Harian Metro/OhBulan

Video berdurasi kurang seminit ini dirakam secara langsung selepas kemalangan berlaku. Penunggang motosikal itu dilihat terbaring di tepi jalan menunggu bantuan sampai. 

Mangsa berusia 31 tahun berasal dari Kampung Cempaka terlanggar lubang di bahu jalan sebelum hilang kawalan dan terbabas di lorong kiri jalan.

Kejadian dipercayai berlaku pada 1.15 tengah hari ketika mangsa sedang dalam perjalanan menghantar makanan. 


Ia adalah kejadian kedua dalam tempoh dua hari berturut-turut yang menyebabkan penunggang motosikal maut akibat terlanggar lopak di jalan raya. 

Mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat kecedaraan parah.



Kredit foto: Twitter

Di ruangan komen, rata-rata meminta agar pihak berwajib melakukan tindakan agar perkara ini tidak berulang kembali.



Bagus
1

Marah

Terkejut
4

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (5 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • yeos


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote bluebutter 5-1-2021 11:53 AM
Allahuakbar.
Innalillihiwarouhjioun.


Siannya...
Al Fatihah.
Sedih.
Quote mamajawie 5-1-2021 12:05 PM
aku harap jalan yg berlubang ni elok la dipacakkan batu nisan..aku penah nmpak depan mata org eksiden bawak moto langgar lubang jalan..ksian da cm ikan mengeletik than sakit memang tinggal nyawa2 ikan da tu..xtau la sempat bawak g spital ke x sbb ambulans masa tu pn aku xde nmpak pun..
Quote mikasa 5-1-2021 12:07 PM
Berlubang atau tak rata tu
Quote kukuhalus 5-1-2021 12:10 PM
Spi meragut nyawa...hrp pihak keluarga saman JKR..
Quote Artemesiaa 5-1-2021 12:21 PM
Kalau pihak berwajib masih tak nak bertindak pantas perbaiki kerosakan tak tahulah nak kata apa
Quote ifanonline 5-1-2021 12:23 PM
sila saman kerajaan
Quote NazRysha 5-1-2021 12:38 PM
JKR ada buat permohonan maaf tak tu
menaya dekat orang jer
Quote cap_ayam 5-1-2021 12:41 PM
Allahuakhbar ..
Quote pasa 5-1-2021 12:44 PM
bawak laju sgt pemandu makanan tu.

sy kalau yg hantar lambat sikit 10 minit tak pe je sbb faham macam mana rasa naik motor ada brg.

kalau bawak motor 40-50kmj kalau langgar lubang tak teruk sgt .

cuba perati food rider bawak motor mcm tak syg nyawa. bukan semua tapi kebanyakan nya nak cepat sbb tak nak customer complaint.
Quote missus_meow 5-1-2021 12:51 PM
kalau dah sampai meragut nyawa ... boleh tak saman je pihak berwajib?
Quote kbyne 5-1-2021 12:53 PM
Banyak simpang ada pasir dan debris boleh sebabkan jatuh teruk.
Quote lattehazelnut 5-1-2021 01:51 PM
Risaunye rider bwk mknn i kne eksiden ke
Quote cruz2 5-1-2021 01:57 PM
Slps selamat pesanan sampai i selalu pesan dekat adik2 raider bwk motor elok2 dik.tambah2 skrg musim hujan.kawasan sekitar rmh ni sampai area bndr i tahu sgt byk ya amat lubang2 lopak airnya.selalu terbayang if diaorg adik lelaki kita.depa rajin keje cari rezeki dr dok lepak hu ha sana sini pon dh cukup bagus.
Quote airfilterkotor 5-1-2021 02:01 PM
missus_meow replied at 5-1-2021 12:51 PM
kalau dah sampai meragut nyawa ... boleh tak saman je pihak berwajib?

Mengikut kes warga Paki yg menang tuntutan dgn pihak berwajib seperti di bawah:

Hakim kata....
Hakim S M Komathy Suppiah dalam penghakiman bertulisnya berkata, kerajaan tidak mempunyai kekebalan undang-undang mengikut Seksyen 7 Akta Prosiding Kerajaan 1956.

Mereka mempunyai kewajipan statutori kepada plaintif untuk memastikan jalan dalam keadaan baik. Mereka tidak boleh mengelak liabiliti dengan menyerahkannya kepada pihak ketiga,” katanya.

Komathy berkata, ketua pengarah JKR dan kerajaan tidak memastikan pihak ketiga (kontraktor lantikan) terbabit menampal lubang jalan berkenaan atau meletakkan tanda amaran atau kon berhampiran lubang itu untuk memberi amaran kepada pengguna jalan.


Kes yg atas tu JKR, sebab dorang yg senggara jalan tu.
Dalam kes rider ni, kena tengok jalan tu di bawah senggaraan PBT atau JKR.

Quote airfilterkotor 5-1-2021 02:04 PM
Yang naik motor tapi pegang phone sambil mata duk fokus ke bawah pun ada.
Quote tumpanglalu74 5-1-2021 02:10 PM
Sukkoorr..

Bukan pak muntri. #perli
Quote baghal_bortuqal 5-1-2021 02:38 PM
masuk 64 tahun merdeka tapi tang jalanraya masih bodoh tak boleh nak di ajar.


org buat jalan pakai asphalt kau buat camppur interlocking brick.

pastu pecah berlobang antara interlocking brick dgn tar.

interlocking brick mendap, tak rata.


dlm video di atas pulak, resurface jalan dah sampai tak level dgn interlocking block.


kebahlulan apa semua ni semata2 gegeh nak pakai interlocking brick?


dumbfucks.
Quote salmon-suki 5-1-2021 03:55 PM
Jalan situ mmg bahaya,lubang ke tak sbb pemandu2 situ mcm org bangang..laju n xbagi laluan...lg satu tmpt y dia lalu tu salu jgk laa ada ranting2 pokok n daun2 kering bergelimpangn..mmg bahaya kalau ada lubang tertutup dgn daun2 kering tuh..
Quote Modngengade 5-1-2021 03:57 PM
panas bontot la DBKL dan JKR

Lihat semua komen(42)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-11-2024 10:18 AM GMT+8 , Processed in 0.048515 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top