Insta Story bekas isteri Fizo Omar, Mawar Karim nampaknya menjadi bualan selepas memuat naik status yang menyebabkan ramai mebuat spekulasi dia dan anaknya dijangkiti Covid-19.
Menerusi satu entri, Mawar juga berkata dia dan anaknya, Wan Maryam perlu kuat dalam melawan virus berkenaan. Mawar juga sempat mengucapkan terima kasih kepada mereka yang mendoakan kesihatan mereka.
Ramai tertanya-tanya kerana Mawar menggunakan tanda pagar Covid-19 dan Covid Fighters. Malah Mawar juga mengucapkan terima kasih kepada frontliners yang membantunya. Dia turut memuat naik gambar yang menunjukkan dirinya dijemput pihak hospital yang lengkap memakai PPE. Di ruangan komen, Fizo dan peminat turut mendoakan mendoakan agar Mawar dan Maryam segera sembuh dan dipermudahkan segala urusan. -CARI
Dapatkan lebih banyak info terkini di Channel Rasmi Cari Dot My
|